BUK!
BUK!
BUK!
Wajah Hill ditumbuk beberapa kali oleh Haq dan Dareeka, lelaki itu menjerit kesakitan untuk beberapa kali walaupun wajahnya sudah bermandikan darah dengan bibir yang pecah. Pergerakannya turut terbatas dek kerana terikat pada kerusi.
"Kau khianat kumpulan ni, Hill!"suara Dareeka bergema dengan penumbuk yang dihayun laju pada wajah Hill.
BUK!
Direntap kolar baju Hill untuk merapat, Haq memandang tajam ke arah lelaki itu.
"Siapa yang suruh kau langgar aku? Cakap!"suara Haq memenuhi ruangan itu sambil tangan menumbuk wajah Hill beberapa kali.
Hill meringis kesakitan, dia memandang Haq dengan pandangan yang sudah sedikit kabur kerana tumbukan yang diberikan pada wajahnya.
"Aku percayakan kau tapi ini kau buat? Cakap dengan aku siapa yang suruh kau buat macam ni dekat aku, Hill!"semakin keras nada Haq, isterinya yang berada di sebelah pun tidak mahu masuk campur kalau Haq sudah naik hantu.
"Maaf..."kata Hill perlahan, bibirnya sedang sangat sakit sekarang ini kerana bibirnya pecah ditumbuk Haq dan Dareeka. Penumbuk mereka sahaja cukup untuk bunuh seorang lelaki macam dia.
"Maaf?"Haq menyoal sinis.
BUK!
"Maaf kau cakap? Kau dah buat aku hilang masa dengan anak isteri aku and now kau nak ucap maaf?"satu lagi tumbukan dihayun tepat pada wajah Hill lagi.
Hill memuntahkan darah lagi, kali ini dia berani jamin yang dia tidak mampu bertahan kalau Haq tumbuk wajahnya lagi. Memang dia tidak akan sedarkan diri kalau dia masih tidak mahu memberitahu apa yang Haq mahu dengar sekarang ini.
Baru sahaja Haq mahu mengangkat tangannya untuk menumbuk, terhenti apabila isterinya menahan tangannya dari terus menumbuk wajah lelaki itu.
Kepala Haq bergerak memandang ke arah isterinya dengan wajah yang bengis.
Isterinya itu pula menayangkan wajah yang tenang dengan satu senyuman nipis lalu bersuara.
"Calm down, Haq."kata Dareeka perlahan dan cukup lembut hanya untuk mereka berdua sahaja yang mendengar.
Haq menutup mata sambil nafas ditarik untuk berasa tenang, Dareeka turut mengusap dada suaminya beberapa kali supaya nafas bengis Haq berubah menjadi stabil.
Mata terus memandang Hill yang berada di hadapan mereka berdua, terus Haq menyoal dengan nada yang mendatar.
"Give me the answer. Siapa yang suruh kau buat semua ni?"soal Haq, kalau lelaki ini enggan menjawab memang dia hayun satu lagi penumbuk biar koma terus Hill ni.
Dareeka di sebelah hanya diam tapi bersedia jika suaminya mahu mengamuk sekali lagi.
Keito dan Satoru hanya memerhati di belakang, nampaknya hanya Dareeka sahaja yang boleh tenangkan naga berapi yang berada dalam diri seorang Dizran Al-Haq.
"Cakap, Hill. Aku tak suka ulang-ulang."kata Haq kali ini, nada sudah bertukar menjadi lebih tegas.
"Ada...Ada orang...suruh aku...buat semua ni..."Hill akhirnya bersuara, tidak sanggup lagi dia nak makan penumbuk Haq.
"Siapa?"celah Dareeka ingin tahu.
"Zeph."nama itu serta merta membuatkan semua memandang Hill, mereka tidak salah dengar kan?
"Ulang balik, siapa?"Haq menyoal sekali lagi untuk mendapatkan kepastian nama yang dia dengar tadi.
"Z...Zeph...dia yang paksa aku buat semua tu, kalau tak Arashikage akan musnah..."jelas Hill, dia bukan saja-saja mahu mengkhianati Haq namun dia tersepit sama ada memilih untuk membantu Zeph membunuh Haq ataupun membiarkan Arashikage musnah.
Jadi, dia mengambil Arashikage menjadi pilihan.
Haq melepaskan kolar baju Hill, tidak jangka apa yang baru dia, Dareeka, Keito dan Satoru dengar sebentar tadi memang betul-betul benar. Nama itu memang betul-betul keluar dari mulut Hill.
Zeph.
"Kat mana dia sekarang?"soal Haq.
Hill menggelengkan.
"Tak tahu. Aku dah takde kena mengena dengan dia lepas kemalangan Tuan Haq."jelas Hill perlahan dengan nafas tercungap-cungap.
Haq merengus kasar, dia memandang isterinya yang berada di sebelah. Wanita itu hanya senyum nipis padanya sambil lengan lelaki itu diusap perlahan sebelum dia kembali memandang ke arah Hill semula.
Keito dan Satoru pula dipandang.
"Nak buat apa dengan dia ni?"soal Haq mendatar.
"Kau decide."Keito membalas tenang, biar Haq yang buat keputusan apa yang mahu dibuat pada Hill. Kalau Hill perlu mati pun dia izinkan kerana hal yang berlaku pada Haq bukan perkara yang boleh dibuat main.
Haq pandang Hill yang turut memandangnya.
"Kalau bukan sebab kau ni aku anggap macam adik sendiri, aku bunuh terus."kata Haq mendatar sebelum dia melepaskan ikatan pada tangan Hill.
Hill terus dipapah oleh Haq, lelaki itu tersentak dengan tindakan Haq namun dia tidak mampu bersuara kerana kesakitan yang dia alami sekarang ini.
Dareeka sembunyi senyum sambil membuntuti suaminya dan Hill dari belakang bersama Keito dan Satoru.
'He has some soft spot in him.'kata Dareeka dalam hati, itulah lelaki yang dia kenal. Suami yang dingin tapi ada kelembutan dengan orang-orang yang tertentu.
Sedang mereka berjalan, telefon Satoru berbunyi kemudian dia melihat ada satu berita yang sedang tergempar sekarang ini. Lantas dia memandang ke arah Keito yang melihat ke arahnya dengan pandangan pelik.
"Apa yang tak kena?"soal Keito.
"Takeshi mati. Ada orang bunuh dia depan kelab Hexen."seraya itu Satoru menunjuk skrin telefonnya pada Keito, lelaki tua itu melihat dengan sedikit meluas.
Sudah viral kematian anak ketua Hamada clan itu lagi-lagi di majalah yakuza.
"Persiapkan pertahanan, aku rasa ada benda yang akan jadi nanti even bukan sekarang."arah Keito lalu Satoru menganggukkan kepala beberapa kali sebelum dia bergerak menjalankan arahan yang baru sahaja diarah oleh ketua Arashikage itu.
Keito melihat ke arah luar rumah agam Arashikage, harap mereka semua sudah bersedia untuk segala perkara yang akan terjadi tak lama lagi.
Dan dia juga berharap yang Haq dan Dareeka mampu menjaga keluarga mereka dan menjaga satu sama lain daripada ancaman yang bakal menimpa pada mereka nanti.
"KENAPA kau tak bunub aku, tuan?"soal Hill perlahan sebaik sahaja Haq membaringkan tubuhnya di atas katil.
Haq pandang lelaki itu.
"Aku tak tahu kau pekak ataupun kau buat-buat tak dengar, aku dah cakap yang aku anggap kau ni dah macam adik aku. Kalau aku bunuh macam aku bunuh adik sendiri, tapi untuk kali ni je aku lepaskan kau. Lain kali, aku bunuh terus."kata Haq mendatar sambil tepuk dahi Hill membuatkan lelaki itu menjerit kesakitan.
Dah kena tumbuk separuh mati, dapat lagi kena tepuk dahi.
"Kau rehat, kejap lagi doktor datang rawat kau."kata Haq sebelum keluar dari bilik tidur itu.
Hill hanya memerhati namun dalam hati dia rasa terharu bila Haq masih menganggap dia seperti ahli keluarga walaupun apa yang dia buat itu satu perkara yang agak salah.
'Terima kasih, Tuan Haq.'
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
Lãng mạnUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...