𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 18

6.5K 545 65
                                    

DAREEKA mencelikkan mata apabila dia tersedar dari lena, dia bangun dari baringnya kemudian dia melihat sekeliling dengan dahi yang berkerut apabila dia perasan yang dia sekarang berada di atas katil di dalam bilik yang agak mewah itu.

Dia menghela nafas, tahulah dia sekarang dia berada di mana.

Villa.

Dia turun dari katil kemudian dia melihat tubuhnya yang mengenakan pajama satin lengan panjang, setahu dia semalam dia tidur dalam kereta pakai kimono dan sekarang di dalam bilik villa pakai pajama.

Ini bermakna...

Mata Dareeka membulat.

"Fuck."terus dia keluar dari bilik itu dan menuju ke tingkat bawah, dia mencari kelibat Haq di dalam rumah namun tidak ditemui.

Ruang tamu tiada.

Dapur tiada.

Gym dan kolam renang tiada.

Dan ini hanya meninggalkan satu sahaja tempat yang dia boleh cari Haq, terus dia berjalan ke arah sliding door lalu dia melihat Haq yang sedang berlari anak di tepi tasik villa itu.

Terus dia menuju ke arah lelaki itu.

"Dizran Al-Haq!"laung Dareeka dari jauh membuatkan larian Haq terbantut, dia memandang ke arah Dareeka yang sedang berjalan ke arahnya dengan wajah yang bengis.

Dia memandang wanita itu.

"Kau ke yang tukar baju aku?"soal Dareeka dingin, panas hati dia sekarang ni.

Haq jungkit kening.

"Memang akulah, ada orang lain lagi ke yang nak tukar baju kau?"soal Haq membuatkan Dareeka semakin berapi.

"Kau ingat kau siapa nak tukar baju aku tanpa kebenaran aku?"semakin dingin Dareeka menyoal membuatkan Haq semakin geleng kepala.

Dia menarik nafas dan menghembus nafas sebelum dia bersuara.

"Kau ingat soalan yang kau pernah tanya aku siapa kau pada aku?"

"Apa kena mengena dengan tukar baju aku?"soalan dibalas dengan soalan.

"Ada kena mengena."Haq membalas.

"Apa?"

Haq merapatkan jarak mereka kemudian kepala ditunduk menatap wajah dingin Dareeka itu, Haq memegang kepala Dareeka.

Jantung Dareeka berdegup apabila tapak tangan Haq bersentuhan dengan kepalanya.

"Kau masih isteri aku yang sah, Dareeka. Sejak 8 tahun lepas lagi kau isteri aku yang sah, bunga."

8 TAHUN LALU.

"Jom kahwin."ajak Dareeka membuatkan tumbukan Haq pada punching bag itu terhenti, dia memandang ke arah gadis yang berdiri di sebelah beg pasir itu.

"Kenapa tiba-tiba?"soal Haq, agak terkejut bila tiba-tiba Dareeka ajak dia kahwin.

Dareeka ukir senyum nipis, dia pandang sekeliling ruangan latihan itu sebelum dia bertindak merangkul leher Haq setelah memastikan tiada orang yang berada di dalam ruangan itu.

Tangan Haq turut melingkar pada pinggang gadis itu, mata kelabunya saling bertembung dengan mata hitam Dareeka.

"Sebab aku taknak lepaskan kau dekat perempuan lain, kau aku punya."kata Dareeka penuh selamba membuatkan Haq tersenyum lucu.

Dia rapatkan dahi dia dan Dareeka lalu dia menganggukkan kepala beberapa kali.

"Kita kahwin."Dareeka ukir senyum lebar lalu mereka saling berpelukan dengan erat, hari itu merupakan hari yang bahagia untuk mereka berdua.

"KENAPA kita tak beritahu Keito, Haq?"soal Dareeka memeluk tubuh Haq dari belakang, lelaki itu hanya mengenakan seluar pendek tanpa baju.

Haq ukir senyum nipis, tangan isterinya yang melingkar di pinggangnya itu dicapai lalu dikucup tapak tangan wanita itu sebelum dia bersuara dengan nada yang lembut.

"Belum masanya lagi, bunga. Sampai masa nanti aku akan beritahu, aku taknak membahayakan kau kalau ada orang Arashikage yang jadi orang dalam kumpulan lain."

Dareeka angguk kepala tanda faham, dia tahu yang perkahwinan mereka ini akan membahayakan nyawa masing-masing jika diketahui oleh kumpulan yakuza lain. Jadi, buat masa sekarang dia hanya perlu ikut kata suaminya hingga masa yang sesuai untuk memberitahu perkahwinan mereka.

Haq pusing tubuh kemudian dia memandang Dareeka yang memakai baju satin paras peha bertali halus pada bahu, dia jungkit sebelah kening memandang isteri yang senyum nakal tiba-tiba itu.

"Er...what are you wearing, bunga?"soal Haq, rasa gugup pula tiba-tiba.

Semakin nakal senyuman Dareeka, tanpa kata dia terus menarik tangan suaminya untuk masuk ke dalam bilik lalu ditolak tubuh sasa suaminya itu di atas katil sebelum dia bertindak menindih tubuh lelaki itu.

Haq terkedip-kedip memandang isterinya, adakah dia baru sahaja diterkam oleh isterinya?

Dareeka memagut bibir Haq membuatkan mata lelaki itu membulat sebelum dia mula mengikut rental, tautan terlerai selepas beberapa saat kemudian Dareeka berkata dengan nada yang menggoda.

"Bunga nak suami dia sekarang."

Haq ukir senyum nakal, terus dia tolak tubuh isterinya dan sekarang dia pula menindih tubuh gadis itu.

"I'm already yours."dan 'kerja' mereka pun bermula.

"LEPAS 8 tahun kau baru nak cakap aku ni masih isteri kau?"soal Dareeka dingin.

"I'm sorry for being late, bunga."ucap Haq namun Haq tidak mendapat respon Dareeka dari mulut tapi dari tapak tangan.

PANG!

Terteleng kepala Haq apabila ditampar oleh isterinya. Dia kembali menatap wanita itu dan mata wanita itu berkaca-kaca.

"Bunga..."

"Kau jahat!"

"Kau janji kau tak tinggalkan aku tapi kau tinggal aku sorang-sorang kat sini!"

"Aku benci kau!"

Dareeka memukul dada Haq beberapa kali dengan air mata yang sudah mengalir, Haq tidak menahan. Dia membiarkan sahaja isterinya itu melepaskan rasa yang dipendam selama ini.

"Kenapa kau buat aku macam ni?"

"Kenapa kau tipu aku bila aku dapat tahu kau mati tapi kau hidup lagi?"

"Kenapa tinggal aku 8 tahun, Haq?"tangan Dareeka berhenti memukul dada suaminya, dia menangis teresak-esak mengenangkan lapan tahun dia hidup mengingatkan suami dia yang disangkakan dah mati.

Tiba-tiba Haq menarik isterinya itu ke dalam pelukan, digosok lembut belakang isterinya tanda memujuk. Semakin kuat tangisan Dareeka apabila berpelukan dengan suaminya, kedua belah tangan naik membalas pelukan lelaki itu.

Pelukan suami yang sangat dia rindukan.

"Shh...aku minta maaf tinggalkan kau dulu, bunga. Aku janji aku tak tinggal kau lagi lepas."pujuk Haq dengan nada lembut, sempat dia kucup ubun-ubun isterinya.

Dareeka angguk kepala beberapa kali dalam pelukan itu, semakin erat pelukan dia pada suaminya seakan tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi lagi.

"Janji yang kau takkan tinggalkan aku sorang-sorang macam dulu lagi?"soal Dareeka mendongak memandang wajah suaminya dengan wajah yang sembab.

Haq ukir senyuman, dia kucup dahi dan hidung isterinya.

"Aku janji aku akan ada dengan kau and takkan tinggal kau lagi lepas ni."senyuman Dareeka mula terukir membuatkan Haq merapatkan dahi mereka.

Itulah senyuman manis isterinya yang sangat dia rindu.

Bunga Haq.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now