"KAU dah tahu siapa yang serang kita?"soal Takeda.
"Kau dah lupa ke nyawa kita hampir hilang? Sudahlah, tak payah kita nak cari masalah dengan Arashikage lagi."marah Takeshi, dia sudah penat mahu ikut arahan ayahnya itu.
"Aku ni bapak kau, kau patut buat apa yang aku suruh."
"Dan sebagai anak, aku taknak mati dengan bapak aku yang degil sebab tamak kuasa dan pangkat dalam dunia gelap ni."bidas Takeshi balik membuatkan Takeda menumbuk wajah anak lelakinya secara tiba-tiba.
Anak lelakinya itu sudah semakin biadab.
"Kau -"belum sempat ayatnya habis, Takeshi sudah memintas kata-kata Takeda.
"Enough, papa. Enough. Sebelum kita pulak yang hilang nyawa, baik kita stop. We don't wanna mess with them again after what happened. Ke papa memang dah tak sabar sangat nak masuk neraka."tegas Takeshi sebelum dia meninggalkan Takeda yang menayangkan wajah bengang.
"HAQ."
Haq yang sedang leka menonton tv itu langsung menunduk memandang isterinya yang sedang berbaring di atas pehanya, dia mengusap rambut isterinya itu dengan sebelah kening terangkat.
"Kenapa, bunga?"
"Boleh tak kita jumpa Irvan? Bunga rindu anak kita..."kata Dareeka perlahan, alahai comel betul isteri aku bila cakap macam ni.
"Boleh, nanti kita jumpa Irvan. But not now, aku ada urusan yang aku kena selesaikan sebelum kita jumpa Irvan."
"Tapi tak boleh ke bawa Irvan datang sini?"Haq berfikir sejenak, dia mencapai telefon lalu nombor seseorang yang rapat dengannya menjadi sasaran panggilan.
"Hello, Nathan speaking."suara garau Nathan dengan nada yang mendatar mula kedengaran, tahulah Haq yang Nathan kawal tubuh Feroz pula sekarang ni.
"Nathan, boleh bawa Irvan datang villa aku?"soal Haq lebih kepada meminta.
Nathan diam sejenak, dia memandang anak perempuannya yang sedang dilayan oleh Irvan sebelum dia kembali bersuara dalam panggilan tersebut.
"Boleh but anak aku tengah ada geng yang boleh layan dia. Kau nak aku bawa dia datang sana bila?"soal Nathan, senang dia nak atur jadual kalau Haq beritahu nak bawa Irvan ke Kyoto bila.
"Kalau macam tu, bagilah Irvan teman anak kau tu sampai urusan aku selesai."kata Haq sebelum putuskan panggilan, Dareeka pandang suaminya dengan bibir yang memuncung.
"What?"
"Kalau nak tunggu urusan Haq, lambat lagilah bunga nak jumpa Irvan."cebik Dareeka.
"Why not, at least kalau jumpa Irvan pun dia dah tahu yang dalam perut mama dia nanti ada baby lagi sorang."merah terus wajah Dareeka apabila mendengar ayat suaminya, sangat unexpected.
Haq ketawa melihat wajah isterinya itu kemudian bibir wanita itu dikucup sekilas. Semakin merah wajah Dareeka dengan perbuatan Haq, sejak dah baik makin menjadi-jadi.
"Haq nak baby lagi?"soal Dareeka.
"Kalau rezeki aku tak tolak."jawab Haq tenang lalu Dareeka angguk kepalanya beberapa kali.
"Nanti aku bawa kau balik Malaysia, aku kenalkan kau dengan keluarga angkat aku."dahi Dareeka berkerut, Haq ada keluarga angkat kat Malaysia.
Melihat wajah isterinya, terus Haq menjelaskan tentang Tok Sah dan Mak Som yang berada di Malaysia. Termasuklah anak angkat Haq tak lain tak bukan, Aufiya Fareena.
"Mesti Aufiya marah kan kalau tahu yang bunga nak tembak dia dulu?"dengan polos Dareeka menyoal apabila teringat dia guna si kecil tak bersalah itu untuk heret Haq balik ke Jepun.
"Well, dia takkan marah sebab dia tak tahu. So, let it be a secret sebab sekarang dia nanti ada mama bunga dia."kata Haq lembut membuatkan Dareeka senyum lebar.
Inilah sisi suami dia yang hanya dia sahaja tahu, sisi lembut yang hanya untuk seorang Dareeka Rose.
Bunga yang menjadi cinta hati Haq.
RAIZO memandang ke arah Dheo yang sedang ralit memeriksa rakaman cctv lapan tahun lalu di mana rakaman itu menunjukkan Haq yang kemalangan dilanggar kereta, sudah beberapa kali mereka periksa untuk melihat clue yang boleh membantu mereka.
"Berapa lama lagi, Dheo? Aku kebosanan hadap muka kau hari-hari."soal Raizo dengan air kotak di tangan seperti biasa.
"Sabar, bukan senang nak cari orang yang 8 tahun lepas punya kes ni."balas Dheo mendatar, ada yang makan kasut saiz 9 kejap lagi ni kang.
Raizo mencebik, mata tertumpu lagi pada skrin kemudian dia perasan sesuatu dalam rakaman cctv sebelum rakaman Haq dilanggar.
"Kejap, Dheo."Dheo pandang Raizo.
"Cuba kau tengok footage yang ni."Raizo menunjuk salah satu rakaman cctv yang terpampang pada skrin laptop Dheo.
Dheo pun menurut kemudian Raizo meneliti rakaman tersebut, ditatap betul-betul sebelum dia meminta rakaman itu dihenti pada beberapa saat sebelum Haq dilanggar.
"Cuba kau tengok betul-betul kat sini, apa yang kau nampak?"Dheo pun tengok apa yang Raizo tunjuk.
Dahinya berkerut apabila dia melihat kelibat seseorang seperti sedang memerhatikan Haq yang dilanggar itu, diamati betul-betul dan ternyata memang sosok tubuh itu memang berada di tempat kejadian.
Sosok tubuh itu tetap berada di situ sehingga kereta-kereta orang Arashikage berhenti di tempat kejadian, masa itu sosok tubuh tersebut sudah pergi meninggalkan kawasan tempat kejadian dengan sebuah superbike.
"What the hell? Siapa dia ni?"soal Dheo mendatar.
"Janganlah tanya aku, I tak tahu apa-apa."balas Raizo bersahaja sambil menghirup air kotak miliknya.
"Damn, cctv ni tak jelas. Tak boleh cam muka siapa tu."marah Dheo membuatkan Raizo menjeling menyampah pada lelaki dingin itu.
"Kau kan kaya, pergi hantar kat mana-mana hacker. Kalau susah sangat, minta tolong duda mafia anak satu kat Italy tu. Dia mesti ada orang yang boleh uruskan."Dheo terfikir sejenak, rasa nak hentak kepala atas meja apabila Raizo yang gila pun boleh jadi bijak dari dia.
Kenapa aku tak terfikir dari tadi.
Terus dia menghantar email pada Feroz untuk meminta bantuan lelaki itu mencari siapa yang berada di tempat kejadian.
"Nak beritahu Haq ke?"soal Raizo.
"Nanti dulu, bagi dia spend time dengan isteri dia. Sudah lama dia tunggu saat tu."kata Dheo lalu Raizo menganggukkan kepala tanda faham.
"Eh kejap, komando 69 tu mana? Kenapa aku tak nampak muka dia dari tadi?"soal Raizo lihat sekeliling rumah agam Dheo.
"Que balik Malaysia, ada panggilan kecemasan."Raizo angguk kepala faham, kesian si Que tu asyik ulang alik ke Malaysia dan Jepun tapi apa nak heran, itulah Inspektor Qhalique Arasyah.
"Eh Dheo, kau ada tak footage cctv 'dia'?"soal Raizo.
Dheo yang mendengar soalan Raizo pantas membuka satu rakaman terkini cctv di rumah agam seseorang di Malaysia, terus Raizo menatap skrin itu sambil menongkat dagu.
"Cantiknya dia..."
Dheo hanya geleng kepala, dia bangun meninggalkan Raizo yang sudah masuk ke dalam mode angau itu. Nanti dia sendiri geli melihat lelaki gila itu menggeletis.
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
Storie d'amoreUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...