DHEO membuka pintu kereta belakang untuk Dareena, sempat wanita itu menoleh melihat ke arah Haq dan Dareeka serta Keito yang berada di belakang mengiringi dirinya dari pintu utama hingga ke kereta.
"Thanks bagi aku dengan anak aku hidup."ucapnya perlahan.
"Aku ni mungkin kejam tapi masih ada hati perut dengan adik kandung sendiri."kata Dareeka pada Dareena.
Dareena sekadar senyum nipis, dia pandang Keito. Lelaki yang sudah dianggap seperti seorang ayah itu memandangnya dengan wajah yang sungguh tenang seakan tiada apa yang berlaku semalam.
"I'm sorry."
"No need. Kau pergi and duduk dekat safe place yang Dheo bawak, nanti aku datang melawat kau and ingat yang kau tu tetap anak perempuan aku macam kakak kau."balas Keito membuat Dareena rasa sebak, dia mahu menangis tapi dia tahan.
Dareeka perasan yang mata adik perempuannya itu berkaca terus menarik wanita itu ke dalam pelukan, belakang tubuhnya itu digosok dengan lembut.
"Kau tetap keluarga aku, Arashikage ni tetap rumah kau. Lepas ni jangan jadi bodoh lagi untuk orang yang tak guna."pesan Dareeka dengan nada berbisik.
Dareena hamburkan tangisan untuk beberapa minit sambil dia membalas pelukan kakaknya, rasa menyesal dalam diri kerana terlalu bodoh ikutkan perasaan dahulu.
Selepas beberapa minit, pelukan dilepaskan lalu Dareena mula untuk masuk ke dalam kereta namun sempat dia menoleh memandang ke arah abang iparnya yang dari tadi senyap memerhati drama dia dan kakaknya tadi.
"Jaga kakak aku baik-baik, jangan sia-siakan dia."tegas Dareena.
Haq angguk kepala, bahu isterinya itu dipagut kemudian dia berkata.
"Aku jaga dia dengan nyawa aku. Kau jaga diri dengan anak kau, lepas semua selesai nanti Dheo akan hantar kau balik sini. Buat masa sekarang, kau akan berada di bawah jagaan dia."
Dareena angguk kepala, pintu kereta itu terus ditutup oleh Dheo kemudian dia memandang pasangan suami isteri dan ketua yakuza itu dengan wajah yang biasa dia tayangkan.
Tak lain, tak bukan wajah kosong.
"Tolong tengokkan adik ipar aku."pinta Haq dengan nada mendatar mendapat anggukan dari Dheo.
"Jangan risau, I know how to take care of your sister-in-law. Both of you should get ready for what comes next including Irvan, he need to prepare himself just in case."pesan Dheo sebelum masuk ke dalam kereta.
Haq dan Dareeka serta Keito memandang kereta yang dipandu oleh Dheo itu bergerak diikuti beberapa lagi pengawal-pengawal peribadi import dari pelbagai negara membuntuti kereta mereka dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Haq dan Dareeka pandang Keito.
"Kau dah sediakan orang-orang kita ke? They need to be prepared for everything."Keito memandang pasangan suami isteri itu dengan wajah tenang.
"Just prepare yourself. After all, Zeph is coming for you and Dareeka. Maybe, Irvan will be involved so prepare your boy for any possible things that will happen later."pesan Keito sebelum dia masuk meninggalkan pasangan itu di luar rumah.
Haq dan Dareeka memandang antara satu sama lain lalu Haq berkata sesuatu pada isterinya dengan nada mengusik.
"Ada taman juga eh dalam hati bunga."Dareeka menjeling suaminya, ni mesti sebab apa yang dia kata dengan Dareena tadi sampai suaminya itu pasang telinga.
"Nak mati ke?"
"Kau nak hilang laki kau lagi sekali ke?"
"Taknak!"Haq ketawa melihat Dareeka menggelengkan kepala beberapa kali dengan wajah sedikit cemas, gila ke apa nak aku hilang suami lagi sekali? Memang taklah!
"Irvan mana?"soal Dareeka, dari tadi dia tak nampak bayang anak bujangnya yang seorang itu.
"Training dengan Feroz and Raizo."terkedip-kedip mata Dareeka memandang suaminya.
"You just let your son train with crazy people?"
"What? It's good thing to train him with them, baru dia boleh rasa pengalaman untuk handle macam orang-orang bila training dengan orang gila."seloroh Haq membuatkan Dareeka mahu sahaja meluku kepala suaminya.
Nasib baiklah aku sayang si Dizran Al-Haq ni.
DAREENA memandang ke arah Dheo yang memandu di hadapan, lelaki itu hanya tayang wajah kosong dari mereka mula perjalanan. Perbualan antara mereka pun tiada sehingga dia merasakan suasana canggung dalam kereta tersebut.
"You had something in your mind sampai tengok-tengok aku dari tadi?"suara Dheo memecahkan suasana sekaligus menyentakkan Dareena.
Dia lihat mata Dheo dari cermin pandang belakang sebelum mata itu kembali memberi tumpuan pada jalan raya.
"Kau nak bawak aku pergi mana? Kenapa aku rasa macam tempat ni jauh?"soal Dareeka cuba untuk menutup rasa malu apabila tertangkap melihat anak teruna orang.
Dheo diam sejenak, dia mencapai satu botol air kemudian dia hulur pada Dareena tanpa memandang ke arah belakang. Wanita itu mengerutkan dahi melihat tingkah Dheo sebelum dia memandang cermin pandang belakang untuk memberi isyarat tidak faham.
"Kau tu belum minum air, aku tahu tekak kau kering and kau plus baby kau lapar. Minum air dulu lepas tu makan roti yang ada kat belakang kerusi aku untuk alas perut, sampai destination nanti aku bawak kau makan."terang Dheo.
Dareena kelihatan teragak-agak namun diambil jua botol air dan roti yang berada di belakang kerusi Dheo, dia pun terkejut bila lelaki itu tahu yang dia sedang haus dan lapar sekarang. Mungkin lelaki ni ahli nujum agaknya.
"Thanks for the food."ucap Dareena perlahan tapi masih sampai ke deria pendengaran seorang Armadheo Elvian.
Dheo angguk sekali sebagai balasan kepada ucapan terima kasih Dareena tanpa menoleh ke arah wanita yang duduk di tempat duduk penumpang belakang itu.
Dia membuka plastik roti itu lalu dicubit sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya satu persatu selepas dia membasahkan tekak dengan air yang diteguk dari botol tadi.
Dheo hanya memerhati sahaja tingkah ibu mengandung itu sebelum dia ukir senyum nipis dan memberi tumpuan pada pemanduan, sempat dia menghantar isyarat pada pengawal-pengawal peribadi yang escort kereta mereka di belakang agar berpecah dan mengikut formasi yang tidak jauh dari kereta yang dipandu Dheo.
Dalam situasi ini, mereka perlu bersedia jika Zeph tahu yang Dareena sedang dipindahkan walaupun dia berani jamin yang Zeph tidak tahu lokasi wanita itu kerana dia sendiri sudah memadamkan tracker yang berada dalam loket yang dipakai oleh Dareena.
Itu pun dia dapat tahu selepas wanita itu berjumpa dengannya secara peribadi tanpa Haq dan Dareeka di halaman rumah agam Arashikage.
'May you and the baby stay safe.'
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...