SUPERBIKE yang ditunggang Haq berhenti apabila dia tiba di satu kawasan yang lapang di tengah-tengah hutan, dia lihat van tadi sudah berhenti dan berada tidak jauh darinya.
Terus dia mendekati van itu dengan penuh hati-hati bersama pistol di tangan, takut-takut jika musuh sudah bersedia untuk menyerang hendap jadi dia melangkah tanpa menghasilkan bunyi yang kuat agar musuh tidak dapat mengesan dirinya.
Dengan perlahan dia mencapai pintu van itu kemudian ditolak ke tepi.
Kosong.
Hanya tinggal sebilah katana dengan satu nota yang berada di dalam van itu, terus dia capai kertas yang mempunyai sedikit titisan darah yang pekat. Nampak masih baru kerana kelihatan ada sedikit titisan yang menitis di atas lantai van itu.
Kau nak isteri kau? Jumpa aku dekat satu kawasan bangunan lama tak jauh dari kawasan van ni.
Haq merengus, dia terus memandang ke kiri. Ada satu tempat seperti kawasan makam yang ditinggalkan tidak jauh dari lokasi van putih itu terletak.
Haq keluarkan telefon kemudian dia mendail nombor Que. Dalam beberapa saat, suara Que mula kedengaran dalam talian.
"Hello, Haq?"
"Anak aku okay?"soal Haq ingin tahu.
"He's fine, anak kau baru lepas bergasak dengan orang-orang yang Zeph hantar. Completely dead diorang bila Irvan kills them using dark places."jelas Que membuatkan Haq tersenyum senget, bangga dengan anak yang dia latih bersama Raizo dan Nathan.
"Jagakan dia, aku dengan isteri aku mungkin sampai lambat sikit."
"No problem."balas Que sebelum panggilan dimatikan, terus Haq simpan telefon. Kertas yang dipegang tadi terus dironyokkan kemudian dia mencapai katana yang masih tersimpan elok dalam sarung.
Dia terus melangkah menuju ke makan terbiar itu. Sampai sahaja di situ sambil menanggalkan kot dan bow tie yang dipakai olehnya tadi ke atas tanah, kelihatan orang-orang yang merupakan Hamada clan sudah menantikan kehadiran dirinya dengan katana elok-elok dalam pegangan masing-masing.
Nafas dihela perlahan, dia mula melangkah sambil mencabut sarung dari katana lalu dilontar tepat ke arah salah seorang musuh sebaik sahaja mereka mahu menerpa ke arah Haq dengan tangan sedia melibas katana masing-masing.
Haq berjalan dengan penuh tenang sambil tangannya lincah menghalang setiap libasan yang diberikan oleh musuh. Saat ada peluang untuk memberi serangan balas, dia tidak menunggu lama dan terus melibas laju pedangnya. Ada yang hilang tangan, hilang kaki dan kepala apabila Haq membalas serangan hingga tiada satu pun yang bernyawa di sekeliling Haq.
Tanpa menunggu, dia terus melangkah menaiki tangga dan dia melihat Dareeka yang sudah diikat, isterinya itu melutut sambil rambut dipegang oleh Zeph yang menayangkan wajah sinis.
"Ingat taknak datang tadi, kalau tak memang aku makan bini kau ni."tangannya menarik rambut Dareeka hingga wanita itu terdongak dengan wajah yang menahan sakit.
"Haq..."panggil Dareeka perlahan, dapat suaminya itu dengar isterinya meringis kesakitan.
Haq mengetap rahang.
"Kau ada masalah dengan aku, jadi deal dengan aku."kata Haq dingin.
Semakin lebar senyuman sinis Zeph, dia melepas kasar rambut Dareeka sebelum dia melangkah dua tapak ke hadapan dengan katana yang berada di tangan. Berkilat bilah katana itu, tajam.
"Memang masalah aku adalah kau and it involves her, so...kau kena mati kalau aku nak perempuan jadi milik aku."
"You may try."Haq terus menerpa ke arah Zeph yang turut melakukan tindakan yang sama.
Bilah katana mereka saling berlaga dan menghasilkan dentingan yang kuat, setiap serangan yang mereka ajukan antara satu sama lain ditepis dan dielak.
Apabila Haq mengelak, tanpa dia sedar yang Zeph laju menghayun pedang ke arah dia bergerak membuatkan lengan kemeja putih yang tersarung pada tubuhnya bertukar menjadi merah.
Haq pandang Zeph yang senyum sinis.
Mereka saling menyerang antara satu sama lain dan kali ini pipi Zeph menjadi sasaran bilah katana Haq, terus terteleng kepala lelaki itu apabila libasan hinggap dari pipi hingga ke mata kanan.
Meraung Zeph terkena apabila kesakitan pada matanya itu sangat berbisa.
"Fuck! Mati kau!"Zeph sudah hilang pertimbangan, dia menyerang Haq tanpa memberi ruang untuk Haq membalas serangan Zeph.
Mereka langsung tidak sedar yang Dareeka sudah membuka ikatan pada tangannya, itu pun dia menggunakan sebilah pisau yang dia sorokkan dalam dress yang tersarung pada tubuhnya.
Melihat Haq dan Zeph sedang leka, Dareeka menyusup ke satu ruang kemudian dia mencapai sebilah parang yang dia lihat di tepi tembok. Terus dia capai parang itu dan bersembunyi di satu sudut yang membolehkan suaminya itu perasan keberadaan dia sekarang.
Sedang Haq menangkis serangan, terus ekor matanya melihat Dareeka yang sudah bersedia dengan parang di tangan sambil memberi isyarat yang dia akan turut campur dalam pertarungan itu.
Haq faham dengan isyarat itu terus melibas pedang ke arah Zeph, lelaki itu menahan namun kaki Haq laju diangkat dan menendang perut Zeph sehingga terundur beberapa tapak ke belakang. Belum sempat dia mahu maju ke arah Haq, Dareeka muncul dari belakang dan melibas parang itu di belakang Zeph.
Terus lelaki itu menjerit kesakitan, dia menoleh ke arah Dareeka dan menendang wanita itu. Namun, wanita itu jauh lebih tangkas mengelak lalu dia menghayun parang pada lengan Zeph. Semakin kuat Zeph menjerit kesakitan.
"Perempuan sial!"
Katana diangkat untuk melibas Dareeka tapi terhenti, mulutnya tiba-tiba memuntahkan darah di hadapan wanita itu lalu perlahan-lahan kepalanya ditunduk dan matanya sekarang dihiasi dengan bilah pedang yang bermandikan darah menembusi dada Zeph.
Terus Zeph perlahan-lahan menoleh memandang ke arah Haq.
"Kau...-"terhenti ayat Zeph apabila Dareeka melibas parang tepat pada leher lelaki itu, bergolek kepala lelaki itu di atas tanah bersama tubuh yang rebah arah berlainan dengan darah mengalir deras seperti sungai.
"Haq."terus tubuh suaminya itu dipeluk erat.
Haq membalas pelukan isterinya, sempat dia kucup ubun-ubun wanita yang memegang hatinya itu sebelum mereka memandang antara satu sama lain.
"Glad that you're safe, dia takde buat apa-apa dekat kau, kan?"
"Dalam van tadi hampir tapi bunga hentak muka dia dengan kepala."seloroh Dareeka membuatkan Haq menganggukkan kepala.
Patutlah dia perasan yang hidung Zeph tadi tidak seperti orang normal, patah kena hentak dengan kepala Dareeka rupanya.
"Good job, my flower."
"Of course, bunga ni pandai jaga dirilah cuma tadi kena ikat je. Kalau tak memang habis diorang ni semua."balas Dareeka.
"Ya betul."Haq mengeyakan apa yang isterinya cakap kerana itu ialah fakta, isteri dia boleh bunuh orang sekelip mata tapi pergerakan sudah terbatas tadi.
"Jom balik...bunga nak rehat..."rengek Dareeka, badan dia rasa sakit sekarang ni sebab tadi naik van bergegar macam naik Ford Ranger termasuk dia bergasak dengan orang-orang Hamada clan tadi.
"Let's go."Haq menarik tangan isterinya meninggalkan makam terbiar itu.
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...