𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 5

6.1K 492 12
                                    

"TUAN KEITO."

Keito memandang orang kanannya saat dirinya diseru, lelaki itu menunduk hormat ke arahnya sebelum kembali berdiri tegak. Sebelah kening diangkat memberi isyarat supaya Satoru untuk bersuara.

"Someone is here to see you."kata Keito.

"Siapa?"soalnya mendatar, dia tidak mempunyai mood untuk bertemu sesiapa pun hari ini.

"Takeshi."kepala yang tadi menunduk membaca buku terdongak semula apabila nama itu disebut, terus dia bangun dari duduknya dengan mata masih lagi tertumpu pada Satoru.

"Dia baru sampai?"Satoru angguk sekilas.

Keito menghela nafas, dia mengalirkan cermin mata dari pucuk hidungnya sebelum langkah dibawa ke arah luar bilik bacaan itu.

Sampai sahaja di hadapan pintu, Keito melihat Takeshi bersama beberapa orang Hamada sedang berdiri elok di hadapan tangga pintu utama rumah agam Arashikage.

"Hello future father-in-law."sapa Takeshi.

"Kenapa kau datang?"soalnya tanpa mempedulikan sapaan Takeshi.

"Well aku datang untuk jumpa tunang aku, dia dah balik ke?"soal Takeshi.

"Dia belum balik. Seingat aku, kau dan Dareeka tak boleh berjumpa sampai hari manifesto. Ini kira kau dah melanggar syarat perjanjian kita, Takeshi."ujar Keito dengan nada tenang.

Arashikage dan Hamada clan sudah meletak perjanjian iaitu bakal pengantin perempuan dan bakal pengantin lelaki tidak boleh bertemu sebelum disatukan, mereka hanya akan bersemuka di hari manifesto bermula sehinggalah pada hari mereka disatukan.

"Aku hampir langgar sebab aku belum nampak muka dia lagi. Kau kata apa? Dia belum balik lagi, kan? Jadi aku masih belum langgar syarat perjanjian."balas Takeshi, ratu wajah yang bengang cuba disorok apabila orang tua itu mengingatkan dia pada perjanjian itu.

Keito pandang Takeshi, bukan dia tidak nampak yang lelaki muda itu sedang menahan diri dari melepaskan amarah. Tapi, dia kisah apa?

"Kau ada apa-apa lagi nak cakap? Kalau takde, kau boleh balik sebab kau pun tahu Dareeka takde dekat sini."halau Keito dengan nada mendatar.

"Aku nak cepatkan perkahwinan aku dengan Dareeka, kalau boleh aku nak dia jadi milik aku sebelum manifesto bermula."Takeshi menyampaikan tujuan sebenar dia datang ke Kyoto.

Keito kerut dahi, tangan disilang pada dada memandang ke arah Takeshi itu.

"Tak boleh."

"It's her life, so let her make her own decision."bentak Takeshi.

"Kau tak nampak dia kat sini, kan? Jadi aku yang berhak buat keputusan and my decision is still the same, both you will get married after the manifesto. Kalau kau tak setuju, perkahwinan dan perjanjian kita akan dibatalkan."tegas Keito.

"Fine!"Takeshi mengalah. Dia tahu tiada yang berubah kalau perjanjian sudah termeterai.

"Then, go back to Shibuya."arah Keito.

"Wait."Keito jungkit kening, apa lagi yang lelaki itu mahu cakap?

"Kau hantar Dareeka ke mana sampai dia langsung tak angkat call aku? Penting sangat ke benda tu?"Takeshi menyoal tidak puas hati. Dia boleh terima kalau tidak boleh bersemuka tapi angkatlah panggilan telefon.

"It's none of your business, aku tak ambil tahu pasal Hamada clan jadi kau tak perlu ambil tahu pasal urusan Arashikage. Fair and square."tenang sahaja Keito memberi jawapan membuatkan Takeshi merengus.

Keito hanya tayang wajah tenang, tak peduli dengan rengusan Takeshi. Dia pun boleh merengus kalau dia nak.

"Balik, Takeshi. See you at the manifesto."kata Keito.

Sekali lagi rengusan keluar dari hidung Takeshi, lelaki itu terus mengarahkan orang-orangnya untuk balik ke Shibuya. Buang masa dia datang ke sini kalau dia tidak dapat untuk berjumpa dengan Dareeka hanya kerana perjanjian bodoh antara kumpulan mereka.

Keito hanya pandang sahaja kereta-kereta hitam itu bergerak keluar dari kawasan rumah agam Arashikage sebelum dia masuk ke dalam.

"Tuan."Keito memandang Satoru yang berada di sebelahnya.

"Apa?"

"Cik Dareeka dalam perjalanan balik ke Kyoto bersama dengan Tuan Haq."Keito memandang Satoru.

"Haq?"dia mahu pastikan dia tidak salah dengar.

"Ya, tuan. Hill dah hantar pesanan yang mereka akan tiba esok pagi."jelas Satoru.

"Prepare our men to escort them back, make sure no one knows about Haq until the biggest day."arah Keito.

Satoru menganggukkan kepala sebelum dia meminta diri untuk menjalankan tugas yang baru sahaja Keito berikan tadi.

MATA Hill langsung tidak berkelip memandang ke arah Haq sedari mereka berlepas tadi, dia masih lagi tidak percaya yang lelaki lagenda itu masih lagi bernyawa di hadapannya.

"What you're staring at, kid?"soal Haq mendatar, dari tadi lagi dia perasan lelaki di hadapannya ini memandang ke arahnya tidak berkelip.

Rasa seram pula tiba-tiba, tangan dah sedia nak lempar cawan kaca kalau lelaki itu bengkok.

"Nothing, tak sangka yang tuan masih hidup after 8 years."kata Hill.

Haq sekadar tayang wajah kosong, langsung tidak memberi reaksi pada apa yang Hill kata. Dia pun tak harap yang dia masih hidup tapi dah takdir, dia terima jelah nyawa masih panjang.

"Kau dah besar, Hill."

"Tuan ingat nama saya?"soal Hill tidak percaya.

"Aku yang latih kau dulu masa kau budak penakut, sekarang kau dah jadi lelaki."Haq berkata dengan nada mendatar, tidak dia nafikan Hill yang dulu penakut kini menjadi lelaki sejati bila dia masih lagi berkhidmat untuk Dareeka dan Arashikage.

"Itu dulu, tuan. Sekarang saya berani, letak nyawa saya atas jalan pun saya takde hal."sebelah kening Haq terjungkit, really?

ZAP!

Terkedu Hill apabila dia merasakan ada satu bila tajam di bawah leher, dia melihat Haq yang elok memandang ke arahnya sambil tangan memegang pisau kecil.

"Tu-tuan?"

"Beranilah sangat."kata Haq mendatar sambil kembali duduk di tempat duduknya, pisau kecil tadi diletak atas meja sebab memang itu tempat asalnya.

Hill mencari nafas, boleh hilang nafas dia tadi saat pisau berada di leher. Lagi-lagi panahan mata kelabu Haq itu lagi tajam dari pisau di leher, boleh buat dia gerun.

Kepala digeleng sebelum mata Haq terpandang ke arah Dareeka yang duduk di hujung pesawat peribadi itu, ketat sahaja wajah itu dari mereka bergerak tadi.

"Kau pandang aku apahal? Nak mati?"soal Dareeka sebaik sahaja hujung matanya menangkap Haq yang sedang menatap ke arahnya.

Haq sekadar angkat bahu, dia kembali pandang Hill.

"Kenapa aku kena balik ke Kyoto? Cakap."pinta Haq pada Hill.

Belum sempat Hill berkata, suara Dareeka mencelah terlebih dahulu.

"Kau akan tahu bila kita sampai sana nanti. Bising jelah jantan ni."

"I don't even ask you, woman."balas Haq.

ZAP!

Sempat Haq menangkap satu botol wiski yang dilempar ke arahnya, dia memandang wajah Dareeka yang dingin sebelum wanita itu bangun menuju ke bilik tidur khas private jet tersebut.

"Hill!"

"Ya cik Dareeka?"sahut Hill terpinga-pinga.

"Kejut aku bila dah sampai, pastikan setan ni tak masuk bilik aku."Dareeka menjeling Haq sebelum masuk ke dalam bilik itu.

'Setan dia panggil aku? Dasar.'bisik hati Haq.

"Sabar ya tuan, macam tuan tak tahu yang cik Dareeka tu baran."kata Hill, macam kesian pula dia tengok Haq kena marah, kena maki. Siap kena lempar botol kaca lagi tapi nasib baik tak cedera.

Haq hanya angkat bahu, dia malas mahu cakap banyak jadi dia capai earphone kemudian lagi dipasang sebelum matanya dipejam untuk dia lena sebentar.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now