𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 33

5.1K 400 9
                                    

BEBERAPA HARI KEMUDIAN.

Hari ini adalah hari perjumpaan antara kumpulan-kumpulan yakuza yang berada di seluruh negara bumi matahari terbit ini, ia merupakan perjumpaan bulanan di mana mereka akan dikenalkan dengan kumpulan yang baharu atau mengemukakan masalah mahupun tidak puas hati dengan kumpulan lain.

Maka, ia akan dibicarakan dalam perjumpaan ini untuk mengelakkan peperangan namun jika perang tercetus, hanya kumpulan terbabit sahaja yang terlibat dan kumpulan lain dilarang keras untuk masuk campur atau mereka akan dihapuskan mengikut adat.

Sama ada diburu atau mereka serah diri. Biasanya bila menjadi buruan, yang menjadi pelarian akan diburu hingga ke seluruh dunia atau pendek kata ialah tiada jalan keluar selain mati.

Serah diri mati, jadi buruan pun mati.

Kereta yang dinaiki Haq, Dareeka dan Keito berhenti di hadapan sebuah bangunan yang memang menjadi tempat perjumpaan mereka di tengah bandar Tokyo.

Di belakang kereta mereka ialah kereta yang dinaiki Raizo dan Nathan diikuti kereta orang-orang Arashikage yang lain tidak termasuk yang dijadikan sebagai bantuan.

Que tidak ikut kerana dia diminta oleh Haq untuk menjaga Irvan bersama Hill dan Satoru sebagai langkah persediaan awal.

Mereka turun dari kereta kemudian Keito memberi isyarat kepada orang-orangnya untuk bersedia dan tinggal sahaja di luar. Biar mereka berlima sahaja yang masuk ke dalam bangunan yang mewah itu.

"Tuan Keito, ikut saya. The meeting is about to start."seorang wanita berpakaian suit mempelawa Keito dan yang lain untuk mengekor dirinya ke ruangan perjumpaan itu diadakan.

Haq berjalan seiring dengan Dareeka yang memaut lengannya, mereka semua mengenakan pakai formal termasuk Dareeka yang memakai dress berwarna hitam dengan belahan paras lutut beserta heels. Rambut dibiar lepas bebas kerana dia lebih suka begitu.

Raizo dan Nathan mengekor mereka dari belakang, sesekali hujung mata mereka mengerling ke arah setiap ruangan di dalam bangunan itu kerana mereka yakin ada yang sedang menanti mereka di sebalik ketenangan bangunan ini.

Masuk sahaja ke dalam ruangan melalui pintu besar yang dibuka wanita tadi, terus mata mereka dihiasi dengan orang-orang dari kumpulan yakuza berbeza. Suasana kedengaran meriah juga seperti majlis meraikam sesuatu walaupun ini merupakan perjumpaan penting.

"Keep alert, kita tak tahu Zeph ada kat sini or Takeda dah plan something."pesan Haq pada mereka. Tangan Dareeka yang memaut lengannya itu diperketatkan sedikit agar isterinya itu tidak terlepas atau ditinggalkan walaupun seinci sekalipun.

Keito sempat bertemu dengan Zen memandangkan mereka ada benda yang mahu dibincangkan mengenai hal yang semestinya hal kawasan atau perniagaan.

Raizo dan Nathan berdiri di belakang Haq dan Dareeka, mereka memasang wajah tenang dalam masa yang sama turut berwaspada untuk segala kemungkinan yang akan berlaku.

"Well...well...well...what do we have here?"mereka memandang ke arah pemilik suara.

Takeda.

"Muncul dah sobat, orang tua kubur kata mari ni."bisik Raizo pada Nathan, duda itu hanya diam memerhati Takeda yang menyapa Haq dan Dareeka.

"Tak sangka kau datang jugak malam ni."Takeda memandang pasangan itu silih berganti, tapi matanya lebih terarah pada isteri Haq sekarang ni. Patutlah Zeph mahukan perempuan ini, memang tak dapat dia nafi memang cantik sampai jiwa tua dia pun mahukan perempuan ini tapi sayang kalau dia hilang nyawa di tangan Haq atau Zeph.

"Kau bercakap dengan aku, bukan pandang isteri aku tapi ayat macam nak kena pijak dengan aku."Haq dingin berkata, kalau bukan sebab orang ramai memang dia dah cungkil mata tua gatal Takeda itu yang memandang isterinya dari tadi.

Takeda tayang senyum sinis.

"Jangan marah, Haq. Just your wife is beautiful and aku rasa kalau ada orang rampas pun memang makan besar dapat perempuan cantik macam ni, her body pun not bad."sengaja Takeda simbah minyak pada api amarah yang sedang membara dalam diri Haq.

Haq mahu sahaja layang penumbuk namun isterinya membisikkan sesuatu di telinga.

"Let me handle this."Haq pandang Dareeka kemudian dia memberi izin kepada isterinya untuk bersuara.

"Aku tahu aku cantik and my body is beautiful but sorry, it's only for my husband and my only husband is Dizran Al-Haq. No one can replace this man even an old scumbag like you, Takeda Hamada or maybe...Zeph."

Takeda ketap rahang menahan amarah, dalam masa yang sama dia kawal riak wajah apabila nama Zeph disebut.

"Zeph? Siapa Zeph?"Takeda berpura-pura namun itu tak cukup untuk membutakan mata mereka bila lelaki tua itu sedang menipu cuma masing-masing diam mahu melihat apakah permainan Zeph dan Takeda sekarang.

Dareeka tarik senyum misteri.

"You can lie now, but you can't lie later because there will be no later after your head separate from your body."

Baru sahaja Takeda mahu membalas, ada satu suara garau yang menyampuk membuatkan mereka menoleh memandang ke arah dua sosok tubuh yang sedang mendekat.

"Kau dah dengar apa yang anak perempuan aku kata, kan? Sekarang sila berambus, meeting dah nak start kejap lagi."Keito mencelah bersama Zen di belakang.

Takeda merengus dan berlalu pergi, sempat Zen menahan dan memesan sesuatu pada lelaki tua itu sebelum dia berlalu pergi dengan wajah yang merah padam.

"You can act until you know you will have no where to run after this."

Zen memandang Haq dan Dareeka, dia tayang senyum melihat pasangan itu.

"You both look good together, please don't separate again. I ship for this couple."seloroh Zen, jujur dia memang nampak Haq sepadan dengan Dareeka dari dahulu and he was rooting it. Sampailah Keito beritahu status mereka yang sebenar, boleh kata Zen gembira dan terkejut kerana pasangan yang menjadi sasaran untuk bersatu menjadi kenyataan.

Haq dan Dareeka tayang senyum nipis.

"Thank you, Zen."ucap mereka berdua serentak.

"Don't worry, nanti bawaklah Irvan jumpa aku. Boleh kata cucu Keito tu, cucu aku jugak. Jangan risau, aku tak culik dia."gurau Zen, tapi dalam hati memang nak jumpa cucu Keito. Mesti hensem macam Haq.

"Later kitorang bawa jumpa, after semua benda ni selesai."kata Dareeka mendapat anggukan dari Zen.

Zen pandang dua sosok tubuh di belakang pasangan itu, dia ukir senyum nipis melihat Raizo dan Nathan.

"Feroz Nathaniel Hades."sapa Zen pada duda mafia itu.

"Zen Obayashi."sapa Nathan perlahan sebelum Zen pandang Raizo.

"Raizo Laith."

"Ssup orang tua, lama tak jumpa."

"Kau kan duduk hospital gila, budak air kotak. Memanglah lama tak jumpa."seloroh Zen membuatkan Raizo mencebik, air kotak sedap tau.

Sedang mereka berbual, tiba-tiba...

BANG!

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now