𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 1

11K 582 5
                                    

DAREEKA ROSE memandang ke arah satu sosok tubuh yang sedang berdiri di hadapannya, agak terkejut apabila dia menerima panggilan untuk kembali ke Kyoto dalam keadaan tergopoh-gapah. Terpaksa dia tinggalkan kerjanya pada orang yang menjaga kawasan kumpulan mereka di Tokyo.

"Kenapa kau suruh aku balik? Penting sangat ke?"soal Dareeka mendatar, malas mahu berdalih.

Keito yang tadinya diam memusingkan tubuh menghadap Dareeka, wajah wanita itu kosong tidak berperasaan seperti biasa.

"Aku nak kau ke Malaysia."

Kali ini, dahi Dareeka berkerut. Tidak jangka itu arahan yang akan diberikan.

"Kenapa?"datar sahaja wanita itu menyoal.

Untuk kesekian kali, ini kali pertama dia menerima arahan untuk ke Asia Tenggara itu. Sebelum ini, hanya orang-orang Arashikage sahaja yang dihantar ke Malaysia untuk menjalankan tugas.

Tapi...kenapa dia pula yang disuruh kali ini?

"Bawa Dizran Al-Haq balik."tubuh Dareeka automatik mengeras tatkala nama itu menyapa gegendang telinganya, sudah lama nama itu tidak muncul dan hari ini Keito menyebut nama itu semula.

"Apa maksud kau? Mayat dia dah jumpa after 8 years?"Dareeka menyoal.

Keito ukir senyum senget, agak terhibur dengan soalan Dareeka.

"Kalau mayat dia, dah lama dah dia mereput kat laut sebelum sampai Malaysia."

"Then?"Dareeka masih lagi tidak faham.

Keito membuka laci sebelah kanan, terus tangan mencapai sekeping gambar lalu diberi pada wanita itu.

Perlahan-lahan tangan Dareeka mencapai gambar itu lalu dia meneliti gambar tersebut.

Tidak sampai sesaat, matanya sedikit membesar. Gambar itu memaparkan seorang jejaka kacak bertinggi lampai dengan kulit cerah lengkap bersut hitam beserta rambut yang panjang gaya wolf cut sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan.

Tak mungkin.

Keito kembali dipandang dengan wajah inginkan penjelasan dari lelaki lingkungan 50-an itu, kepala lelaki itu mengangguk sekilas sebagai jawapan kepada apa yang bermain di dalam fikiran Dareeka.

"Kenapa kau yakin ini dia?"Dareeka menduga, mana tahu jika ini penipuan.

"Gambar tu ditangkap beberapa hari yang lepas oleh orang kita yang ditugaskan untuk uruskan kargo di Malaysia."Keito menjawab soalan yang diberi Dareeka.

"Dia masih hidup, Dareeka. Dizran Al-Haq, our best killer is still alive."jelas Keito dengan nada yang tenang, badan disandar pada kerusi dengan mata masih memandang ke arah Dareeka.

Dareeka geleng kepala beberapa kali, cuba menghadam apa yang Keito kata tadi. Selama lapan tahun dia sangka lelaki itu mati, tapi rupanya masih hidup.

"Bawa dia balik, kau tahu yang kita kena hantar wakil untuk manifesto tahun ni."tegas Dareeka berkata.

Jeda.

Dareeka terlupa yang tahun ini akan diadakan manifesto untuk menentukan kumpulan yakuza mana yang terkuat.

"Kenapa dia? Kita ada ramai lagi yang boleh jadi wakil untuk manifesto tu, kenapa kau nak aku ke sana semata-mata nak jemput orang dah 'mati'?"sengaja Dareeka tekankan perkataan mati untuk Keito tahu yang dia sudah anggap Dizran Al-Haq tidak lagi bernyawa.

"Sebab dia yang terbaik. He's the beast of this clan."Keito memberi jawapan dengan nada yang cukup tenang tapi jawapan itu membuatkan Dareeka merengus.

"Aku pun boleh wakil kumpulan ni, Keito."dia tidak mahu mengalah, dia pun layak untuk manifesto ini.

Keito geleng kepala, dia bangun dari duduknya dengan mata yang memandang tajam ke arah Dareeka sambil tangan disilang pada dada.

"Kau tak boleh wakil kita, kau perempuan."

"Apa? Sebab aku perempuan, kau anggap aku ni lemah?"bentak Dareeka tidak puas hati apabila dipandang rendah oleh lelaki itu.

"Sebab kau bakal jadi milik orang dan adat manifesto kita dah ditetapkan yang hanya lelaki setiap clan akan menjadi wakil."serta merta Dareeka terdiam, tidak menyangka yang Keito akan memberikan jawapan sebegitu.

Memang tidak dapat dinafikan apa yang Keito sampaikan itu adalah fakta, wanita tidak dibenarkan untuk menyertai manifesto walaupun mereka sudah dilatih menjadi seorang pahlawan yang kuat dan terbaik.

"Jangan pernah lupa yang kau akan bersatu dengan Takeshi lepas manifesto, perkahwinan kau akan menyatukan Arashikage dan Hamada clan."Keito mengingatkan tentang perkahwinan yang akan berlangsung sebaik sahaja manifesto antara kumpulan yakuza tamat.

Dareeka masih lagi diam, dia memandang ke arah Keito yang berdiri di sisi kerusinya.

"Dareeka."

Dareeka masih lagi memandang Keito.

"Bawa Dizran Al-Haq balik, we're gonna need him for our manifesto. Kalau kau tak boleh ikut arahan aku sebagai oyabun, anggaplah ini sebagai permintaan seorang ayah kepada anak."pinta Keito.

Dareeka berfikir sejenak, akhirnya dia menghela nafas panjang. Kalau tak diingatkan Keito telah membesarkan dia dari merempat tepi jalan, dia sudah ke Malaysia untuk bunuh Haq.

"Baiklah. Aku pergi."Keito angguk puas hati.

"Aku akan minta Hill uruskan private jet kau untuk ke Malaysia, kau nak pergi bila?"soal Keito.

"Kau nak aku pergi bila?"

"Secepat mungkin, ada dua bulan sebelum manifesto."Dareeka angguk kepala tanda faham.

"Lusa aku ke sana, bagi aku detail yang ada pasal dia. Jangan tinggal walau satu pun maklumat."kata Dareeka dingin, dia bangun dari duduknya di atas kerusi sambil mengambil gambar Haq yang diberi Keito tadi.

"Okay, aku akan minta Satoru uruskan semua tu tapi Dareeka..."langkah Dareeka berhenti di pintu, wanita itu memalingkan separuh wajahnya. Ekor mata melihat Keito yang bersandar pada meja dengan tangan disilang pada dada.

"Pastikan kau bawa Haq balik hidup-hidup, jangan ada yang tahu dia masih hidup. Kau tahu kan berapa ramai yang nak dia bila diorang tahu dia ada lagi?"Keito memberi lagi peringatan pada Keito.

Dareeka diam tidak menjawab, dia faham sangat ayat yang disampaikan oleh Keito.

"And jangan bertindak ikut perasaan, ingat yang kau ada Takeshi."semakin keras peringatan yang diberikan pada Dareeka agar wanita itu tahu dia siapa sekarang ini.

Kepala Dareeka kembali menoleh ke hadapan semula, dapat Keito dengar rengusan dari wanita itu walaupun jarak mereka sedikit jauh.

"Aku tahu apa yang aku buat and siapa aku. Kau tak perlu risau sangat, Keito."tegas Dareeka sebelum dia keluar dari bilik itu meninggalkan Keito sendirian.

Keito hanya memerhatikan wanita itu berjalan hingga bayang Dareeka hilang dari pandangan.

Dia kembali memandang ke arah gunung Fuji di belakang rumah agam itu, otak dia cuba memikirkan apa yang akan terjadi sebaik sahaja Dareeka bertemu dengan Haq.

Tapi apa yang dia harap, semuanya baik-baik dan Haq dibawa kembali tanpa pengetahuan sesiapa atau akan ada yang terbunuh saat mahu membawa kembali ke sini.

Kyoto.

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now