BUK!
BUK!
BUK!
Setiap serangan yang diberikan oleh Haq tidak dapat dielak oleh Todo, lelaki itu terlalu pantas dan langsung tidak memberi ruang untuk dia melancarkan serangan balas.
Dia membuat pertahanan sahaja tapi pertahanannya tidak dapat membantu dirinya secara penuh. Kalau dia menahan serangan pada sebelah kiri badan, Haq akan lancar serangan dari sebelah kanan pada wajah atau perut. Begitu juga apabila dia menahan serangan sebelah kanan, serangan pada sebelah kiri akan dilancarkan.
"Jangan bagi dia serang kau lagi, Todo!"laung ketua Jiro risau melihat Haq itu, nampaknya harapan untuk mara mendapatkan kemenangan manifesto agak tipis bila berentap dengan Haq.
Keito memerhatikan cara Haq bertarung, agak berbeza dari sebelum ini. Cara lelaki itu bertarung sudah bertukar dan kelihatan jauh lebih pantas daripada dulu.
Latihan apa yang dia buat selama lapan tahun ni?
Dareeka hanya melihat, dalam hati dia sudah agak yang Haq akan menang perlawanan ini. Tanpa sedar, dia ukir senyum nipis sehingga Hill yang berada di sebelah perasan akan perubahan wajah Dareeka itu.
Terus dia merapat sedikit pada Dareeka lalu berbisik.
"Cik Dareeka senyum."teguran itu membuatkan Dareeka tersentak, cepat-cepat dia menukar wajahnya kepada wajah datar untuk menutup rasa malu.
Tanpa dia sedar, Takeshi yang memerhati dari seberang gelanggang itu panas hati. Dia memandang ke arah Haq di dalam gelanggang dengan perasaan berapi.
You just wait, Haq.
Haq melompat dan menendang wajah Todo hingga lelaki itu jatuh menyembah tanah, dia merengus kasar lalu memandang ke arah Haq yang menunduk ke arahnya. Tidak membuang masa, dia mengenggam debu tanah lalu dilempar pada wajah Haq.
Terus terundur beberapa tapak Haq ke belakang dengan mata tertutup,
'Anjing main debu.'
Todo mengambil peluang, dia menerpa Haq sehingga lelaki itu terjatuh di atas lantai. Dia duduk di atas Haq dan wajah lelaki itu menjadi sasaran Todo sekarang ni.
Dareeka sudah meluas matanya melihat tindakan kotor Todo, dia mahu bangkit dari duduknya tapi ditahan oleh Keito.
"Duduk Dareeka."
"He's an asshole."bentak Dareeka memandang tajam ke arah Todo.
"You know there's no rules in the ring, either you choose death or give up."Keito memberi peringatan pada Dareeka.
Wanita itu merengus, tangan disilang pada dada memandang ke arah Haq yang sedang menahan wajahnya dengan tangan dari terkena tumbukan Todo.
Tadi dia ditumbuk beberapa kali sehingga mulutnya mengalirkan darah dan sekarang dia membuat posisi pertahanan. Dari celah tangannya itu, dia melihat Todo seperti sudah lelah.
"Bunuh dia, Todo!"ketua Jiro melaung memberi arahan.
"Aku akan habiskan semua ni, mati kau Haq!"Todo mengangkat tangan tinggi untuk melancarkan tumbukan padu pada Haq.
Haq terus menumbuk perut Todo kemudian laju tangan dia menumbuk bawah dagu lelaki itu membuatkan tubuh lelaki itu melayang dari terus duduk di atasnya.
BUK!
Tubuh Todo terbaring sekali lagi di atas tanah, dia memegang bawah dagunya yang terasa seperti retak ditumbuk oleh Haq.
Haq bangkit kemudian dia melihat Todo yang menahan sakit pada wajahnya sebelum lelaki itu bangkit dengan mata yang merah memandang ke arahnya.
Senyuman sinis Haq lakarkan pada bibir sambil jari telunjuknya naik memberi isyarat kepada Todo untuk mara kepadanya, dia tahu yang lelaki itu akan mula bertindak dengan emosi bila dia buat begitu.
"Argh!"tekaan Haq tepat apabila Todo menjerit kemudian meluru ke arahnya.
Satu lompatan dilakukan oleh Haq sebelum tubuhnya berpusing 360 darjah membuat satu tendangan padu pada leher Todo dan akhirnya...
KRAK!
Leher Todo patah membuatkan lelaki itu menggelupur di atas tanah untuk beberapa saat sebelum jasad itu menjadi kaku bersama mata yang terbuka.
Haq hanya pandang kosong pada mayat itu, dia meletakkan sebelah kaki di atas tanah kemudian mata yang masih terbuka luas itu ditutup dengan tangannya.
Zen mara ke hadapan, terus dia bersuara dengan nada lantang.
"Kemenangan untuk Arashikage!"seraya itu orang-orang Arashikage bersorak apabila mereka menang menentang Jiro kecuali Keito yang menayangkan senyuman nipis.
Dareeka pula hanya tayang wajah tenang tapi dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Kau boleh berehat dulu, Haq."Haq tidak berkata apa-apa, dia melangkah ke arah keluar dari gelanggang itu tanpa memandang ke arah kumpulan Jiro yang jelas kecewa dengan kekalahan wakil mereka.
"Get ready Hamada and Hioshi clan, you're next."Zen membuat pengumuman yang sebentar lagi Hamada dan Hioshi clan akan menjalankan manifesto untuk menentukan clan mana yang akan bertarung bersama Arashikage.
Semua mendapatkan Haq kemudian mereka memberi ucapan tahniah pada Haq namun lelaki itu hanya tayang wajah kosong tanpa bercakap dengan sesiapa pun, dia membawa langkah ke arah Dareeka dan Keito yang masih duduk memandang ke arahnya.
"Good job, Haq. One more round and kau buatlah apa yang kau nak."Keito menepuk bahu Haq sebaik sahaja dia berdiri.
"Aku dah uruskan semua, tinggal proceed je."kata Haq mendatar mendapat anggukan faham dari Keito.
Dareeka turut berdiri dengan dahi berkerut tidak faham apa yang mereka bualkan, terus dia mencelah dengan rasa ingin tahu.
"Apa maksud kau ada plan? Ada benda ke yang korang rancang?"soal Dareeka mendatar.
Haq pandang wanita itu.
"Kau diam dan tak payah ambil tahu."Dareeka mengetap rahang, dia melibas lengan Haq menggunakan kipas yang tersemat kemas pada genggaman tangannya.
"Sakit."kata Haq apabila Dareeka melibas pada luka yang baru sahaja dia dapat tadi bila lengannya terseret di atas tanah.
Wajah Dareeka berubah, dia melihat luka pada lengan Haq yang masih segar dengan darah itu terus dia mencapai satu kain untuk membersihkan darah pada lengan Haq tapi ditegah oleh lelaki itu.
"Aku buat sendiri."
"Biar aku yang buat."
"Kau tunang orang, Dareeka. Ada hati yang kau kena jaga."kain yang mahu menyentuh lengan Haq yang luka itu terhenti tatkala Haq menyatakan ayat itu.
Kain itu Haq capai dari Dareeka kemudian dia bersihkan darah pada lengannya itu secara sendiri.
"Aku bersihkan luka aku dulu, nanti aku datang balik."Haq melangkah ke arah tandas diiringi Hill dan Satoru sebagai langkah keselamatan jika ada kumpulan yang mahu sabotaj atau mengenakan Haq.
Keito jeling Dareeka, dia nampak wajah datar wanita itu ada sedikit biasan yang dia tidak boleh tafsir.
Dareeka pula hatinya tiba-tiba sakit bila Haq kata ada hati orang yang dia perlu jaga sedangkan bukan hati Takeshi dia mahu jaga, ada hati lain yang menjadi sasaran dia.
YOU ARE READING
DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]
RomanceUnder 𝓗𝓲𝓼 𝓛𝓸𝓿𝓮 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼𝓼: 2 Dizran Al-Haq | Dareeka Rose Known as Haq's Dia...DIZRAN AL-HAQ. Jejaka dingin misteri yang hidupnya sudah diabadikan hanya untuk tugas sebagai seorang pengawal peribadi. Baginya, perasaan untuk manusia itu la...