𝐇𝐀𝐐'𝐒 | 12

5.5K 479 25
                                    

RAIZO gosok mata memandang ke arah Haq yang berada di sebelahnya, dia tadi elok sahaja sedang tidur dalam bilik dia. Tiba-tiba jururawat datang cakap yang Haq ada kat sini, habis terbantut tidur petang dia sekarang ni.

"Kau kenapa, Haq? Tiba-tiba muncul dengan lengan berbalut, kau bergasak dengan siapa?"soal Raizo sambil menghirup air kotak yang Haq bawa, pandai jantan ni umpan aku taknak bagi aku tidur.

Haq tidak menjawab soalan Raizo, dia memejamkan mata terlebih dahulu membiarkan udara segar menyapa wajahnya sekaligus membuatkan Raizo merengus.

"Aku suruh cerita, bukan pejam mata buat iklan syampu bila angin datang."bebel Raizo geram.

Mata kembali tercelik kemudian dia memandang ke arah Raizo. Saat itu, dapat dia lihat wajah mendung Haq.

"Kau kenapa?"soal Raizo, air kotak yang masih tersisa di letak di atas bangku memberi tumpuan untuk Haq bercakap.

Dari wajah Haq, dia tahu mesti ada sesuatu yang buat wajah Haq yang dingin, beku dan kosong itu berubah jadi mendung menanti hujan turun.

"Aku rasa macam aku kena tipu."dahi Raizo berkerut tidak faham.

"Maksudnya?"kepala Raizo menyenget ingin tahu.

"Manifesto lagi dua minggu."

"Oh okay tapi apa kena mengena dengan muka awan mendung kau and lengan kau yang berbalut ni?"soal Raizo, cerita tu tolong jangan bagi complex sangat.

Haq tarik nafas panjang sebelum dia berkata sesuatu.

"Dareeka bertunang dengan Takeshi and they will get married after the manifesto." Raizo yang dari bersila di atas bangku langsung berdiri dengan mata terkedip-kedip mendengar penjelasan Haq.

'Dareeka tunang dengan Takeshi tiga suku Hamada tu? Bapak takde taste minah tu.'kutuk Raizo dalam hati, kalau kutuk depan memang arwah aku depan hospital gila ni.

"Jap...Jap...kalau kau cakap Dareeka tunang dengan Takeshi, maknanya Keito memang tak tahu langsung ke pasal korang selama ni?"soal Raizo, tolong jangan cakap jawapan yang dia tengah fikir sekarang ni.

Haq angguk membuatkan Raizo ingin pengsan sekarang.

"Dude! It's been years and that old man tak tahu langsung?"sekali lagi Haq angguk, aduh pening kepala Raizo. Elok aku nak baik dari penyakit makin tambah penyakit gila aku kejap lagi.

"Habis tu? Kau memang taknak cakap apa yang jadi 8 tahun lepas?"

"There's no point kalau aku cakap sekarang, they're engaged and aku ni boleh hilang anytime je lepas manifesto tu."sebelah kening Raizo terjungkit mendengar jawapan Haq.

Bahu Haq dipegang sebelah tangan manakala sebelah lagi capai air kotak dia, tak habis-habis lagi dengan air kotak dia tu.

"Selagi belum sah, kau still ada peluang tau?"

"Tak tahu."

"Jantan ni ada aku debik ni kang. Kau kalau aku tengah seriously boleh pulak kau main-main, time aku bodoh tahu pulak nak bising maki semua."bebel Raizo geram apabila Haq loyar buruk, tahu tak yang dia seorang je boleh loyar buruk sekarang ni?

Haq hanya senyum nipis sahaja, bolehlah terhibur bila Raizo membebel.

"Kau cakap manifesto kau dalam masa dua minggu tapi kau ada plan tak untuk kau and Dareeka? Bunga rose kau tu? Since next week aku dah keluar, jadi aku boleh tolong kau."soal Raizo.

"Kau ada plan ke?"Haq menyoal Raizo.

"Ada."jawab Raizo.

"What is it?"

DIZRAN AL-HAQ [COMPLETED]Where stories live. Discover now