2

6.5K 243 0
                                    


"Ayah...Ayah tak boleh buat Dhia macam ni...."Air mata merembes keluar. Subuh yang dia rasakan pagi itu sungguh pilu.

Setelah dia siap melakukan solat subuh, dia akan masuk ke bilik ayahnya untuk menolong ayahnya bangun. Namun, setelah beberapa kali panggilan, ayahnya tetap kaku tidak bergerak.

Dia dah rasa tak sedap hati, kemudian dia terus memeriksa nafas ayahnya. Ternyata hanya kaku. Tiada nafas yang terhasil melalui hidung dan nadi juga tidak berdenyut. Terduduk dia di sisi ayahnya yang kaku itu. Meraung-raung dia panggil nama ayahnya namun tiada lagi sahutan dari bibir tua itu buat selamanya.

"Kenapa ayah tinggalkan Dhia? Dhia dah takda sesiapa..."Teresak dia menangis di sisi katil itu.

3 tahun ayahnya sakit strok dan hanya terlantar di atas katil. Mak tirinya tidak endah langsung dengan kebajikan ayahnya selepas ayah sakit. Wanita itu sakan berjoli menghabiskan duit ayah.

Kini dia tiada sesiapa lagi. Tiada tempat untuk dia meluahkan rasa, tiada lagi tempat untuk dia mengadu.... Mak tiri pun tak pernah layan dia baik, apatah lagi anggap sebagai anak... Apa yang perlu Dhia buat ayah?

.....
TBC

.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now