44

6K 202 0
                                    

Bunyi alarm mengejutkan Zayyan Mateen. Segera dia menggapai telefon bimbitnya lalu dimatikan alarm. Ruang sebelah kanannya dipandang.

Kosong!

Mana isterinya itu? Selalunya, mereka akan terjaga bersama apabila bunyi alarm subuh..

Bilik air pun tiada bunyi... Zayyan Mateen turun dari katil lalu berjalan ke arah bilik air. Saat dia mahu melintasi sofa, dia perasan ada sesorang sedang baring disitu.

"Humaira?"Dia menghampiri sofa panjang itu dan tekaannya tepat. Isterinya sedang baring disitu.

"Hey! Kenapa kau tidur sini?"Bahu wanita itu digocang perlahan.

"Sa...Sakit..."Ujar Dhia Humaira.

"Hah? Sakit kenapa?"Dia melihat keadaan isterinya. Dhia Humaira meringkuk sambil memegang perutnya.

Zayyan Mateen bangun untuk membuka lampu bilik. Cahaya samar-samar itu tak mampu menolong untuk dia melihat dengan jelas kondisi isterinya.

"Humaira? Bagitahu aku sakit dekat mana?"

"Perut..."Kedengaran esakan kecil yang terhasil di bibir wanita itu.

"A...Abang ada painkiller? Minyak panas ke?"Tanya Dhia Humaira. Beginilah dia setiap kali datang bulan. Senggugut teruk. Selalunya memang dia akan sediakan painkiller tapi dia tak perasan stok ubatnya sudah habis. Puas dia mencari minyak panas di dalam bilik ini, tidak dia temui.

Nak turun ke bawah dia tak larat nak berjalan. Sakit di perutnya seakan mencucuk-cucuk.

Zayyan Mateen bangun dan menuju ke wardrobe. Laci kecil yang terdapat di dalam almari dibuka. Satu botol minyak panas diambil

"Painkiller aku takda, minyak panas ada..Kau nak sapu kan?"

Dhia Humaira mengangguk perlahan.

"Baring atas katil, sini tak selesa.."Dhia Humaira menggeleng. Nak jalan sekakang kera tu pun dia rasa jauh.

Zayyan Mateen lantas mencempung tubuh isterinya lalu dibaringkan di atas katil. Tanpa disuruh, segera dia selak baju isterinya.

"Abang..."Humaira memegang bajunya dengan kuat. Menghalang dari tersingkap ke atas.

"Sa..Saya buat sendiri...Abang pergilah solat..Terima kasih..."Minyak panas yang berada di tangan lelaki itu cuba dicapai.

"Tak berdosa kan aku tolong? Dah bak sini aku sapu...."Tangan Isterinya dirungkai.

"Abang tapi..."

"Shhhhh! Elok aku nak sapu minyak kat perut, mulut kau yang aku ganti nanti.."

Dhia Humaira tiada daya mahu menghalang lagi, dia hanya mampu memejam mata saat lelaki itu mengurut perutnya. Ajaibnya, terus rasa lega. Entah khasiat dari ubat ataupun tangan si tukang urut. Tanpa sedar dia terlelap.

......

"Hello Dini.."Zayyan Mateen menelefon salah satu pembantu rumahnya. Sejak mereka kahwin, memang Zayyan Mateen minta pekerja di rumahnya bercuti pada hari sabtu dan ahad. Sebab dia nak privasi dengan isterinya.

"Ye tuan?"

"Macamana nak surutkan rasa senggugut?"Dalam pukul 9 tadi isterinya jaga dari lena. Dia tanya sakit apa yang sedang isterinya itu hadapai. Katanya senggugut. Baru lah dia paham, bahawa isterinya itu sedang period.

"Hah?"

"Macamana nak surutkan rasa senggugut?"Ulangnya lagi.

"Dhia senggugut ke?"

"Haah..."

"Saya selalu tengok Dhia minum teh halia."Sejak wanita itu tinggal bersama di rumah belakang, acap kali dia melihat Dhia Humaira meminum air tersebut. Bila ditanya kenapa, katanya untuk legakan senggugut.

"Okey baik. Terima kasih Dini, sorry kacau hari cuti awak.."

"Eh! Takdalah tuan....Saya okay je....Ouh! Tuan boleh tungku perut Dhia juga. Cara tu boleh surutkan senggugut. Dekat bilik iron ada bantal tungku tu, tuan gunalah...Saya letak dalam almari putih kecil tu..."

"Okay thanks..
Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam..."

Kaki laju melangkah ke arah dapur sambil tangan sibuk menaip sesuatu di ruangan youtube.

'Cara buat teh halia'

.........

Selepas mandi tadi, Dhia Humaira hanya dibenarkan untuk baring di dalam bilik. Sarapan pun Zayyan Mateen bawa masuk ke dalam bilik. Dia tak reti masak, jadi hanya roti bersalut jem diberikan kepada isterinya untuk alas perut.

Pintu dibuka dan pandangan matanya disapa dengan sosok isterinya yang sedang baring itu.

"Abang.."Dhia Humaira duduk dari pembaringan lalu bersandar di kepala katil.

"Ni, aku ada bawa teh halia.. Dini kata, dia selalu tengok kau minum ni..."Cawan yang berisi teh halia itu dihulurkan kepada Dhia Humaira.

"Terima kasih....Susahkan abang je...."

"Takda apa...Atleast aku boleh belajar..."Ini kali pertama dia hadapi situasi seperti ini, selama ini tidak pernah wanita itu seperti itu.

"Aku tak pernah nampak kau macam ni sebelum ni?"

Air teh itu dicicip perlahan. Masih panas. Nyaman rasa perut apabila minum air tersebut.

"Saya selalu kena senggugut, tapi kalau saya telan painkiller dah okey. Tadi baru saya perasan ubat saya dah habis.."

"Kenapa tak kejut aku?"

"Saya tak sampai hati ganggu abang tidur..."

Zayyan Mateen mengeluh perlahan. Ada sahaja alasan isterinya itu. Selalu dahulukan orang lain dari diri sendiri.

"Tapi kalau dah teruk sangat kena bagitahu. Takbolehlah senyap macam tu...Ni nanti esok, nak bersalin pun senyap juga ke? Sebab taknak kacau aku tidur? Boleh alasan macam tu?"

Dhia Humaira menunduk, tubir matanya mula memanas...Satu sebab terkesan apabila dimarahi, satu lagu sebab hal bersalin. Perutnya diusap, bagaimana mahu bersalin kalau dia belum mengandung?

"Maafkan saya.."Ucap Dhia Humaira.

Zayyan Mateen meraup wajahnya. Terlupa pula dia akan satu fakta tentang orang period. Mood mereka tak stabil. Dia bukan marah, cuma dia nasihat. Isterinya itu terlalu fikirkan orang lain lebih dari diri sendiri. Paham tak kalau dia risau?

"Aku bukan marah Humaira, tapi aku risau.. Bukan ke aku dah cakap, diri kau keutamaan aku sekarang. Sakit atau sihat, aku kena tahu. Lepas ni, sakit ke apa ke? Bagitahu aku, jangan nak pendam sorang-sorang. Aku ni suami kau bukan orang lain. Paham?"

Dhia Humaira mengangguk dalam esakan. Akur dengan kehendak suami.

"Dah sini...Menangis pula dia..."Badan wanita itu ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Abang marahkan saya?"

"Tak marah sayang, nasihat!"

"Abang sayangkan saya?"

"Habis kalau tak sayang..
Takdanya aku nak peluk kau, risaukan kau...Baik aku peluk tiang.."

"Saya pun sayangkan abang..."Dhia Humaira mengetatkan lagi pelukan. Dia rasa bahagia sekarang.

"Kalau sayang, jangan buat lagi macam tu. Abang tak suka.."

Senyuman di bibir pudar. Dhia Humaira mendongak memandang suaminya.

"Apa?"Tanya Zayyan Mateen apabila melihat muka tertanya-tanya isterinya itu.

"A...Abang?"

"Apsal? Abang takboleh tukar panggilan? Suka kena panggil kau..aku?"

Dhia Humaira geleng dan tersenyum, lantas tubuh lelaki itu dia peluk sekali lagi. Gembira!

"Terima kasih abang.."Ucapnya...

........

TBC

........

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now