34

5.7K 188 2
                                    

Bunyi alarm yang kuat berjaya membuatkan Dhia Humaira tersedar. Matanya yang tadi tertutup kini dibuka perlahan-lahan. Rasa sesuatu yang berat berada di perutnya membuatkan dia tak selesa. Dhia Humaira melihat ke arah perutnya, terkejut dia saat ada satu tangan sedang memeluk tubuhnya, terus dia berpaling ke sisi.

"Astaghfirullah....Siapa kau ni?"Ditolak tubuh itu kasar agar menjauhinya. Dhia Humaira turun dari katil. Cahaya samar-samar itu tidak membataskan penglihatannya.

"Kenapa ni?"Zayyan Mateen yang masih mamai itu terkejut apabila ditolak tiba-tiba.

"Siapa kau? Aku dekat mana ni?"Sekeliling bilik diperhatikan. Bilik yang asing.

Zayyan Mateen mengeluh. Dia mula dah! Rasa pening akibat bangun secara mengejut itu tidak diendahkan. Kaki dibawa turun ke lantai lalu dia bangun menuju ke arah suis lampu.

Ketak!

Dengan satu tekanan, bilik yang tadi gelap kini terang-benderang.

"Dah boleh cam dekat mana?"Tanya Zayyan Mateen.

"Tu..Tuan?"

"Ye...Aku ni suami kau...Bilik ni, bilik kita..."Zayyan Mateen mematikan bunyi alarm yang dari tadi menjerit.

"Macamana saya boleh ada dalam bilik tuan?"Tubuhnya dilihat. Masih memakai dress semalam, Cuma tudung sahaja sudah hilang entah kemana...

"Entah...Kau berjalan masuk ke sini kut...Sleeping walk orang kata..."Katil dikemas. Udah macam kena serang todak, cadar dengan selimut bergumpal-gumpal.

Ganas betul isterinya ini tidur. Malam tadi entah berapa kali dia kena tendang. Mimpi main bola sepak agaknya si Dhia Humaira ni malam tadi.

"Tuan...Saya serius ni!"

"Kau nampak aku main-main ke?"

Apabila tak dapat jawapan yang diinginkan. Dhia Humaira ingin berlalu pergi dari bilik ini.

"Hah! Tu nak kemana tu?"

"Ba..Balik rumah belakang.."

"Subuh-subuh ni?"

Dia mengangguk sebagai balasan.

"Takda-takda...Pergi bersiap, solat subuh jemaah dengan aku...

"Tapi.."

"Sspppp..!"Mata dijenggilkan kepada isterinya. Berani-beraninya dia nak melawan cakap aku.

Dengan kadar yang laju, Dhia Humaira masuk ke wardrobe untuk mengambil baju ganti sebelum dibawa masuk ke bilik air.

Tergeleng Zayyan Mateen melihat seketul Humaira itu.

.....

Sudah jam 8.30 pagi, dia tidak nampak pun kelibat Kak Mun dan yang lain-lain datang ke rumah agam ini. Mana eh semua orang? Takkan tak bangun lagi. Dhia Humaira yang termenung di sinki dapur itu mula bertanya-tanya.

"Termenung apa tu?"Teguran itu menyentak lamunannya. Terus dia pusing kebelakang.

"Err..Tuan, saya nak pergi rumah belakang sekejap boleh?..Nak tengok Kak Mun...Pukul 8 lebih dah ni.."

Kalau tadi dia bersandar di tepi dinding, kini dia melangkah mendekati isterinya yang berada di sinki dapur itu.

"Tak payah tengok..Kak Mun takda..."

"Hah? Kak Mun pergi mana? Dini dengan Mona pun ke?"

Zayyan Mateen mengangguk. Dia berdiri betul-betul di hadapan Dhia Humaira, hanya berjarak satu langkah sahaja.

"Mereka kemana? Kenapa saya tak tahu?"

"Balik kampung...And now you know!"

Tsk! Kenapa mereka tak bagitahu apa-apa semalam? Habis, dia tinggal berdua sahaja lah dengan lelaki ini?

"Bila?"

"Semalam.."Dia dah maklum kepada Kak Mun untuk pulang bercuti, siap disuruh Fahim lagi menghantar Kak Mun , Dani dan Mona ke stesen bas. Fahim pula memang dia tak benarkan datang ke rumah hari ni. Macamana nak cakap eh? Rasa nak spend time dengan isteri time hujung minggu ini...BERDUA!

"Hah?"Kenapa macam tergesa benar mereka semua balik? Tak Boleh bagitahu dia dulu gamaknya.

"Dah-dah lah tanya pasal diaorang, sekarang aku lapar..Aku nak makan..."

"Tuan nak makan apa?"

Senyuman terbit di bibir, lantas dia membongkokan sedikit tubuh agar wajahnya dekat dengan telinga wanita itu.

"Makan kau boleh?"Badannya terus ditolak ke belakang. Mujur sempat dia bertahan, kalau tak, terbalik dia. Mak aii! Kuat betul isterinya itu..

"Saya masakan bihun goreng..Tuan tunggu dekat ruang tamu, dah siap..Saya panggil..."Segera Dhia Humaira berpaling. Dia melangkah ke arah peti sejuk untuk mengeluarkan bahan-bahan masakan.

"Humaira.."Peti sejuk tak jadi dibuka apabila dirinya dikepung oleh Zayyan Mateen. Tangan lelaki itu melekap di pintu peti sejuk.

"Bukan aku dah warning kau semalam? No more tuan between us.. Right?"Kepala yang berbalut tudung itu dipandang.

"Lagi satu... Bila tinggal kita berdua je dalam rumah ni...Sila buka tudung kau.."

"Tapi tuan saya..."

"Ssssppp! Who should you listen to right now? Your husband right?"Tiada balasan dari isterinya itu. Takut sangat la tu..

"Betul kan Humaira?"Tanyanya lagi dan akhirnya wanita itu mengangguk.

"Good...Practise make perfect...Aku takkan kacau kau and please masak sedap-sedap..Kalau tak, aku tukar kau jadi makanan aku....See yaa!"Hidung isterinya itu dicuit.

Apabila tiada bayangan lelaki itu. Terus nafas lega dihembus. Naik sesak dadanya apabila terpaksa melalui situasi begini. Apa aku nak buat dalam rumah ni? Berdua dengan dia?

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now