60

8.8K 216 9
                                    

Riverside, Janda Baik

"Seronok?"Tanya Zayyan Mateen ketika duduk disebelah ku. Dari tadi aku duduk di tepi batu sambil mencelup kaki ke dalam sungai. Sejuk!

Rayyan lepas makan tadi terus tidur. Ada Kak Mun yang jagakan. Dini dan Wawa pun kami bawa sekali. Fahim sahaja tak ikut, katanya nak temankan ayah dia.

Aku angguk membalas pertanyaannya. Lengannya aku peluk lalu aku sandarkan kepalaku di bahunya.

"Abang taknak mandi?"Aku tegakan badan semula.

"Kenapa? Nak tengok abang mandi ke?"Ada senyuman nakal terbit di bibir merah itu.

"Eeeee! Tak kuasa..!"Balasku. Apa barang tengok orang mandi..

"Macam seronok je berendam kan? Sayang tunggu sini jap, abang nak berendam....Sungai tu dah memanggil-manggil..."Dia lantas menanggalkan t-shirtnya. Dia hanya memakai seluar paras lutut serta tanpa baju.

Aku perhati sekeliling...Terdapat sekelompok remaja perempuan di hujung sana. Nampaknya mereka ralit pandang ke sini. Hish! Suami orang pun nak usha ke?

"Abang!"

"Yup?"Saat itu dia baru sahaja berendam.

"Nak join boleh?"

"Aik! Haritu, sayang janji apa dengan abang? Kata nak rendam kaki je kan?"

Aku gigit bibir. Itu dulu sebelum aku nampak perempuan-perempuan dekat sangat ralit tengok ke sini. Bukan aku tak tahu, mereka tengah tengok badan tegap suaminya...

"Teringin....Boleh kan? Saya duduk tempat cetek je...Pleaseeeee!"

Apabila dah keluar perkataan teringin tu takkan la dia tak tunaikan. Haih! Untung sayang. Dia bangun dan berjalan menuju ke arah isterinya. Tangan isterinya dipegang sebelum mereka beriringan masuk ke dalam sungai.

"Nak sandar dekat abang boleh?"Saat itu kami duduk berdepan. Zayyan Mateen benarkan aku duduk dekat tempat pasir yang banyak. Jadi memeng cetek habis.

"Boleh...Sini!"Aku terus pusing kedepan lalu aku sandarkan belakang badanku di badan Zayyan Mateen. Secara am nya Zayyan Mateen sedang menjadi tempat aku bersandar.

"Bestnya....Nyaman!"Pujiku.Aku main-main air yang mengalir itu.

"Abang nampak tak perempuan-perempuan dekat sana?"Sengaja aku tak tunjuk, nak suruh dia cari sendiri.

Terteleng-teleng kepala suamiku itu mencari.

"Mana?"

"Yang ramai-ramai tu...Yang tengah pandang sini.."

Akhirnya kepala suami aku berhenti mencari kerana sudah jumpa apa yang disebut.

"Kenapa?"

"They looking at you.."

Zayyan Mateen gelak sebelum cium pipi isterinya. Cemburu?

"Apsal abang gelak? Orang serius la.."

"Kalau diaorang pandang abang pun, apa kena-mengena dengan abang? Abang tak kenal pun diaorang tu siapa..."

"Diaorang pandang sebab abang shirtless la...Suka la tu tayang body abang?"Tiba-tiba aku diserang angin cemburu.

"Sayang..Hey..Hey...Pandang sini!"Dia pusingkan badanku agar berhadapan dengannya.

"I'm all yours sayang....Biarlah diaorang, lagipun diaorang mampu tengok je...Sayang lain lah....Bukan setakat tengok, sentuh, belai , gigit semua boleh...Auchhh!"

Aku cubit perutnya. Padan muka! Gatal tak bertempat.

"Kenapa cubit sayang? Sakit tau tak?"

"Abang lupa tambah tadi..Saya boleh cubit juga..."Aku senyum sinis.

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now