25

5.5K 173 0
                                    

Kak Mun yang baru sahaja keluar dari bilik tetamu itu membuatkan Zayyan Mateen mendongak. Segera dia menapak mendekati Kak Mun.

"Macamana dengan dia?"

Kak Mun mengelap air matanya. Ujian apa lagi yang dilalui gadis ini? Baru lagi baik dari tekanan. Hampir hilang nafasnya saat dia lihat keadaan Dhia Humaira tadi.

"Dia kaku sangat tuan...Risau Kak Mun tengok dia..."

Kedua-dua penumbuk digenggam kuat. Dasar bedebah. Memang aku hantar kau ke kubur Chow Tan!

"Kak Mun jangan balik malam ni, teman Dhia dalam bilik ni....Biar dia berehat, dia terlampau terkejut"Arah Zayyan Mateen.

"Tuan...apa yang jadi tuan? Macamana Dhia boleh jadi macam tu?"

Zayyan mengeluh. Kalau boleh dia taknak cerita tapi kesian pula Kak Mun taktahu apa-apa. Dari pada Kak Mun tersilap bicara di hadapan Dhia, ada baiknya dia berterus terang...

"Dia kena cu..."

Prangggg!

"Ya Allah Dhia!!"Bunyi kaca pecah membuatkan Kak Mun dan Zayyan Mateen segera masuk ke bilik tetamu itu.

Gelas kaca yang pecah itu sudah berselerak di atas lantai. Dhia Humaira sedang duduk di atas lantai sambil memegang serpihan kaca. Kelihatan darah dari tapak tangan Dhia Humaira sudah menitik ke atas lantai.

"Dhia!!"Jerit Kak Mun.

"Biar saya mati..!"Jerit Dhia Humaira.

"Berhenti Humaira.."Zayyan Mateen segera menghampiri wanita itu. Saat dia mendekat, terasa kakinya terpijak serpihan kaca. Namun tak dihiraukan, kalau lambat dia bertindak. Wanita itu akan mencederakan diri sendiri.

Tangan yang mempunyai serpihan kaca itu Zayyan Mateen pegang. Wajah wanita itu dipandang.

"Buang kaca ni.. Bagi aku..."

"Biar saya mati..Biar saya mati! Saya dah takda apa-apa yang tinggal....Dia dah..Dia dah..."

"Tak..Takda apa-apa yang jadi dekat kau...!"

"Dia dah sentuh setiap inci tubuh saya....Saya jijik...Jijik!"

"Pandang aku Humaira! Dengar apa yang aku nak cakap!"Tangan yang satu lagi dia paut didagu wanita itu.

"Dia tak buat apa-apa pada kau! Dan kau dah selamat! Aku berani sumpah, dia tak buat apa-apa dekat kau!"Zayyan Mateen yakin itu. Maruah wanita ini masih terjaga.

"Saya perempuan jijik....Saya dah takda apa-apa lagi....Saya dah tak sanggup nak hidup! Saya jijik..
Saya jijik! Saya jijik dengan badan saya!"Meronta-ronta dia untuk dilepaskan dari pegangan Zayyan Mateen.

"Dengar sini Humaira! Aku akan bertanggungjawab!"

Terhenti rontaan itu. Mata yang merah itu memandang mata Zayyan Mateen. Kenapa tuan nak bertanggungjawab? Kenapa? Bukan salah tuan! Dia tertunduk dan menangis lagi. Kepalanya digeleng laju. Lelaki sebaik Tuan Mateen layak dapat perempuan jauh lebih baik darinya. Dirinya kotor!

"Aku akan bertanggungjawab...
Kita kahwin!"Ini adalah jalan terbaik. Sudah tidak dihitung dosanya sekarang. Setiap inci tubuh wanita itu sudah dia lihat. Walaupun bukan kehendaknya, tapi dia akan bertanggungjawab. Dia akan kahwini wanita ini.

"Saya kotor tuan...Tuan berhak dapat perempuan lagi suci dari saya!"

"Cukup cakap kau kotor! Kahwin dengan aku dan buktikan...
Buktikan dekat aku dan semua orang yang kau masih suci..."

Dhia Humaira tergeleng lemah....
Dia dah takda apa-apa...Dia dah tak suci....

"Dhia..."Panggil Kak Mun perlahan di hadapan pintu bilik. Perih hatinya melihat keadaan wanita itu.

Tangan yang berdarah itu dipandang kosong. Tiada rasa sakit atau pedih saat Zayyan Mateen menyuci luka itu dengan cecair iodin.

Sempat dia menyuruh Kak Mun memakaikan Dhia Humaira tudung sarung sementara dia keluar dari bilik untuk mengambil kotak kecemasan.

"Cukup cederakan diri.. Kau hanya tambah kesakitkan diri sendiri..."Tangan yang siap dibalut itu diletak diatas paha wanita itu.

"Saya rasa saya dah tak layak hidup tuan...Saya bukan pelacur, Saya tak rela badan saya disentuh.."Air mata menitis kembali. Dia jadi makin trauma sekarang.

"Aku paham... Jangan risau, lepas ni memang takda yang akan sentuh kau... Itu janji aku.... Aku akan jaga kau..."Ucap Zayyan Mateen ikhlas.

"Humaira...Tentang hal tadi, aku betul-betul maksudkannya... Aku akan kahwini kau..."

Dhia Humaira toleh ke sisi kanannya. Wajah kacak lelaki itu menghiasi matanya... Sinar mata lelaki ini menunjukkan yang dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.

Persoalannya.. Layakkah dia mendampingi sosok lelaki seperti Zayyan Mateen? Dia tiada apa yang nak dibanggakan sebagai isteri...

Dia menunduk memerhati tangan yang siap dibalut itu. Bantu aku ya Allah... Bantu aku supaya aku jumpa jalan yang benar.
.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now