5

5.9K 202 3
                                    

"Aiseyman! Big boss turun padang la pula malam ni..."Zack yang baru tiba itu terkejut apabila melihat susuk tubuh sahabatnya disitu.

"Apsal? Takut kantoi tak buat kerja?"Ujar Zayyan Mateen.

"Hish kau ni! Aku adalah seorang yang amanah ketika menjalankan tugas..."

"Ye la tu, bukan kau selalu curi tulang?"Balas Zayyan Mateen.

"Hish kau ni! Mana kau tau?"Di akhir ayat dia menggaru kepalanya sambil tersenyum kambing.

"Mana yang lain?"

"Karl dengan Ferdi tengah analisis bukti yang baru kau bagi tu... Elhan dating..."

"What? Dating? Kau tahu tak kita ada misi penting ni? Kau call dia suruh datang sini!"

"Ala biarlah dia...Orang tengah hangit bercinta tu...."

"Haah.....Jangan dia rentung sudahlah....."

"Kau jangan risau la Mateen.....
Semua under control lagi...."

Zayyan Mateen hanya merengus.

"Kau balik ke lepas ni?"Tanya Zack.

"Tak...Aku balik selepas misi kita settle..."

Zack angguk. Dah agak dah. Selalu macam tu.

"Weh.....Kau tak bosan ke?"

"Bosan kenapa? Pernah ke kau dengar aku cakap, aku bosan?"

"Sebab tak pernahlah aku tanya..Kita ni manusia Mateen, bukannya robot. Robot yang selalu buat kerja yang sama tu pun kena service juga kadang-kadang.... Kau ni aku tengok statik je.....Kau rosak ni aku rasa.."

"Aku takda masa la nak fikir benda lain.... Aku dah selesa macam ni..!"

"Tak terfikir nak kahwin ke Mateen? Umur kau dah 35 kut..."

Zayyan Mateen mengeluh. Otaknya tak pernah fikir ke arah itu. Lagipun, siapa je yang sanggup hidup dengan dia? Kerja yang dia lakukan ini berisiko....
Tak mahulah ada yang terkorban sebabkan kerja yang dia lakukan ini.

"Kau tahu kan kerja kita macam mana?" Zack dipandang.

"Tahu..So what? Allah sendiri dah ciptakan yang setiap manusia itu hidup berpasang-pasangan. Kalau cakap pasal mati Mateen...
Bila-bila masa je boleh mati, bukan sebab kerja kita ni je..."

"Aku tahu! Tapi hidup dengan aku ni risiko dia tinggi...Cukuplah aku je, tak perlu orang lain turut serta... Sekali terjebak, nyawa kita ibarat dihujung tanduk.."

"Haih! Ikut kau lah Mateen...Aku ni sebagai sahabat cuma menasihati....Dahlah, aku tengok budak-budak tu dulu...." Zack mengambil langkah meninggalkan Zayyan Mateen keseorangan.

Zayyan Mateen kemudiannya memerhati langit malam itu sambil memeluk tubuh. Kahwin? Tersungging bibirnya apabila perkataan itu muncul...

.......

"Abang Luqman nak bawa Dhia pergi mana? Makcik tak marah ke nanti?"Dengan beg baju besar ditangan. Dia mengikuti Luqman menaiki kereta.

"Abang tahu Dhia dah tak tahan tinggal dengan mak kan? Abang nak tolong Dhia la ni...Lepas ni, Dhia takpayah kena pukul dengan mak lagi..."

"Abang nak bawa Dhia pergi mana?"Sekitar jalan raya itu dia amati. Ini bukanlah jalan yang pernah dia lalui. Jalan ini sangat asing untuknya.

"Abang nak Dhia kerja...Cari duit sendiri...Dhia boleh buat apa je yang Dhia suka tanpa risau apa-apa...Ini je apa yang mampu abang buat untuk tolong Dhia bebas dari mak..."

Dhia Humaira sangat terharu dengan pertolongan abang tirinya. Tak sangka, masih ada yang sudi membantu dirinya yang sebatang kara itu.

"Terima kasih bang...Terima kasih sebab tolong Dhia..."Ucap Dhia Humaira ikhlas.

"Takda apalah...Dhia kan adik abang....Apa yang mampu abang tolong, abang tolong..."

Dhia Humaira angguk. Betul lah kata orang, kalau si emak jahat, tak semestinya keturunannya juga begitu. Mujurlah Luqman tak ikut perangai bengis maknya itu.

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now