33

5.7K 204 6
                                    

"Hi guyss..."Ujar Zayyan Mateen.

"Eh, Mateen...Come sit with us..."Ujar Fakhri.

"So....This is your secret huh? Congrats, sebab buat kami terkedu dan terkesima tadi."
Kasyah yang berada di sebelahnya memukul bahu Zayyan Mateen.

"Sorry...Bukan taknak bagitahu awal..But, there some reasons behind it..."

"Takda apalah...Kami okey je, majlis tu buat cepat sikit...Jangan aku dah flight overseas kau baru nak buat.."Rayyan memandang isterinya disebelah setelah selesai bicara.

"Maksud kau?"

"Aku kena handle cawangan dekat Canada..Bapak aku la ni! Haih!"

"Bila?"

"Dalam masa terdekat ni, kami tengah siapkan apa yang patut dulu...Lambat proses untuk pindah ni. Anak-anak lagi.."

"Congrats bro..So jadi CEO la ni?"

"Erm..CEO la sangat.."Mereka ketawa.

"Tuan?"Dari ketawa tadi terus jadi senyap. Semua mata kini tertumpu pada Dhia Humaira.

"Aik! Kata kahwin, ni kenapa panggil tuan pula? Ye ke kau ni dah kahwin Mateen? Bukan scam kan?"Kasyah bersuara.

"Kau ni, takkan la bab macam ni aku nak tipu pula..."Ujar Zayyan Mateen. Dia mendekati telinga isterinya.

"Aku cakap apa tadi? Jangan panggil aku tuan kan?"Dhia Humaira menunduk. Dia tak sengaja, dia sebenarnya panggil sebab nak ke tandas. Sungguh dia terlupa.

"Biasalah...Baru lagi kahwin...Selalu tersasul..."Balas Zayyan Mateen.

"Sayang nak cakap apa tadi?"Pandangan beralih kepada wanita itu.

"A..Abang, saya nak minta izin ke tandas.."Hanya gelaran itu berlegar dikepalanya.

"Amboi, ke tandas pun minta izin?"Balas Shima, isteri kepada Kasyah.

"Pengantin baru, biasalah sayang..."Balas Kasyah.

"Bo..Boleh tak bang?"Dari tadi dia menunggu jawapan suaminya. Tetapi suaminya hanya kaku memandangnya.

"Hoi! Dah sampai mana mengelamun tu? Isteri nak pergi tandas tu!"Rayyan menepuk meja membuatkan Zayyan Mateen tersentak.

"A...A...Boleh, jom aa..abang temankan..."Mereka berdua bangun untuk ke tandas.

Tergagap dia apabila Dhia Humaira menggunakan gelaran itu. Terasa bagai ada rama-rama terbang pula...

.....

"Tuan teman sampai sini je..Saya masuk sendiri.."Kalau dia tak halang sampai ke dalam lelaki ini ikut.

"Aik...Tadi elok je ber'abang...Ni dah kenapa tuan balik?"

"Saya...Saya...."

"Kau panggil aku abang mulai dari saat ini..No more tuan..."

"Tapi tuan, saya.."

"Kau degil, aku masuk sekali dalam tandas ni..."Zayyan Mateen baru je nak melangkah masuk namun ditahan isterinya.

"O..Okay..Saya..Saya ikut..."

"Ikut apa?"Tangannya mengepung Dhia Humaira yang tersandar di dinding itu.

"Apa yang tuan cakap tadi tu..."

"Tengok tu, tuan lagi.."

"Mak..Maksud saya abang..."Ya Allah, kalau tadi rasa nak terkucil. Kini dia rasa nak membuang air besar sekali.

"Cer panggil sekali lagi...."

"Tapi..Saya dah tak tahan nak ke tandas...."Aku berlasan.

"Tak sampai 5 minit pun la kau sebut perkataan tu..Cepat..!Kalau tak aku.."Dia lebih mendekati isterinya.

"Okay..Okay..Abang...Saya nak ke tandas..."Dhia Humaira menolak tubuh lelaki itu lalu meloloskan diri masuk ke tandas.

"Ceh..Malu la tu...Haih! Abang ek? Sedap pula telinga aku dengar..."Zayyan Mateen menumbuk-numbuk dinding itu perlahan.

......

Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia, ujar Zayyan Mateen dalam hati.

Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum.

"What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap.

Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini.

"Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?"

Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu.

Sayang?

Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam dirinya untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu.

Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki.

Perlahan-lahan dia meletak tubuh yang lena itu di atas katil. Jam dinding dikerling. Sudah pukul 12 tengah malam. Janjinya tadi, selepas mengenalkan Dhia Humaira kepada rakan-rakannya dia akan terus bawa isterinya balik, tapi lain pula jadinya apabila mereka sudah terlalu ralit bersembang. Mujurlah, isteri Kasyah dan Rayyan ada melayan Dhia Humaira. Tidaklah isterinya itu rasa kekok.

Zayyan Mateen lantas membuka tudung yang membelit kepala isterinya. Beberapa kali melihat isterinya ini tanpa hijab ternyata berjaya membuatkan jantungnya berdetak hebat.

Waktu pertama kali dulu pun dia hampir terbuai dengan keindahan mahkota itu. Mahkota yang haram untuk dipandang. Tapi sekarang menjadi pandangan yang halal untuk dirinya.

"Tidurlah.. Abang nak mandi..."Dia yakin kata-katanya itu tidak didengari oleh Dhia Humaira.

Zayyan Mateen mengambil langkah menuju ke bilik air. Dia membersihkan diri sebelum turut baring disebelah isterinya. Pertama kali selepas sebulan bergelar suami dan isteri mereka tidur sekatil.

......
TBC
......

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now