56

5.6K 160 1
                                    

2 tahun berlalu....

Bunyi riuh di ruangan dapur membuatkan Dhia Humaira melangkah ke arah situ. Saat dia masuk ke ruang itu, terkejut dia apabila melihat ruang itu penuh dengan tepung.

"Abang!"Terhenti hilai tawa 2 makhluk itu saat dia menegur.

"Erk!"Zayyan Mateen segera melepaskan pemukul telur yang dipegang.

"Abang buat apa ni?"Dia mendekati island table itu, berselerak dengan tepung.

"Errr...Abang nak buat kek...Sayangkan nak kek semalam?"

"Tapi....Kenapa comot macam ni? Rayyan mana?"

"Tu.."Hanya mulut menunjukkan keberadaan anaknya yang berada di atas lantai.

"Ya Allah abang...Macam tepung gomak dah anak kita ni..."Mana taknya, satu muka diselaputi tepung...

"Mama...Mama..."Rayyan bangun berjalan ke arah mamanya.

"Abang kemas balik semua ni....Saya tak kira, siap sahaja saya mandikan Rayyan dapur ni dah bersih!"

Zayyan Mateen telan air liur, kemudian dia perhati ruangan dapur itu. Sudah macam tokang pecah. Mana boleh dia kemas dalam masa yang singkat...

Dhia Humaira dukung Rayyan lalu berjalan keluar dari dapur itu. Tergeleng dia dengan telatah suaminya.

"Apa kena papa Rayyan tu? Peninglah mama.."Bebel Dhia Humaira.

Rayyan Rezza anak sulong mereka. Anak lelakinya itu sangat persis dengan Zayyan Mateen, perangai pun hampir sama..

Teringat kembali dia tentang kejadian semalam.

"Abang bolehlah...."

"Sayang....Sayang kan tahu abang tak reti masak...."Keningnya digaru..

"Yang ni bukan masak...Abang bakar je...."Aduilah isteri. Memang la perbuatannya lain tapi tetap sama. Sudahlah minta buatkan kek.

"Kita beli je la eh? Sayang nak kek apa, abang sanggup beli..."

"Taknak...Saya nak kek yang abang buat...."Dia mengidam nak makan kek hasil air tangan suaminya.

Kali ini dia mengandung anak kedua. Dulu semasa mengandungkan anak pertama dia hanya kuat selera makan, tapi kali ini dia kuat mengidam.

"Tapi..."

"Takpelah kalau abang taknak buat....Nanti saya buat sendiri..."
Sudah bertukar ton suara isterinya itu. Ini tak lain tak bukan, mesti merajuk. Fuhh! Mencabar juga kandungan kedua ni.

Eh! Kau jangan nak mengeluh sangat eh! Siapa yang buat isteri kau mengandung? Dia minta kau bakar kek je, bukan bakar rumah ni! Suara hatinya mula membisik.

Zayyan Mateen raup mukanya.

"Okay..Okay..Esok abang buatkan....Sayang nak kek apa?"

Bersinar terus mata isterinya apabila dia setuju.

"Tak kisah kek apa...Asalkan abang yang buat..Terima kasih abang..."Aku peluk tubuh tinggi lampainya.

"Nasib baik la abang sayang..."
Zayyan Mateen lantas mencium ubun-ubun isterinya.

Tesentak lamunan Dhia Humaira saat ada percikan air mengenai wajahnya.

"Rayyan....Mama dah mandi tau....Eeeee! Budak ni...!"Dia menggeletek tubuh anaknya yang sedang duduk di dalam baby tub itu.

Terkekek Rayyan ketawa kerana digeletek mamanya.

Rasa bersalah pula sebab tadi dia marah suaminya, padahal dia yang minta suaminya membuatkan kek tersebut. Dhia Humaira mengeluh. Lepas tidurkan Rayyan nanti, dia berhajat nak turun ke bawah untuk tolong suaminya.

Beberapa minit setelah menidurkan Rayyan. Dhia Humaira mengangkat anaknya itu lalu di letak di dalam baby cot.

Tersenyum dia melihat Rayyan yang pulas ketika tidur itu. Perutnya yang semakin membukit itu diusap. Kalau ikutkan kata doktor. Kandungan kali ini anak perempuan, in sha Allah. Dia tak kisah tentang jantina asalkan anaknya lahir sihat dan cukup sifat.

.......

TBC

.......

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now