28

5.6K 189 6
                                    

"Terima kasih tuan, saya balik dulu..."Ucapnya saat keluar dari perut kereta lelaki ini.

"Hoi!..Hoi! Kau nak pergi mana?"Dia memerhati langkah isterinya yang mahu menuju ke rumah belakang.

"Saya nak balik rumah
belakang.."

"Haih! Aku taktahu la pula, lepas muntah boleh hilang ingatan.."

Wajah wanita itu berkerut..Apa maksud lelaki itu?

"Ma..Maksud tuan?"

"Puan Dhia Humaira...Buat apa nak balik rumah belakang? Sekarang ni, kau isteri aku... Rumah kau yang ni!"Dia menunjukkan rumah agam miliknya itu kepada Dhia Humaira.

"Err..Saya..Saya..."

"Takda saya...saya..Masuk!"Pintu kereta ditutup.

"Tapi baju saya dekat rumah belakang lagi...Err...Nantilah, saya masuk rumah tuan.."

"Kau faham kan maksud nusyuz?"Terhenti langkah Dhia Humaira.

"Selagi suami tak reda perbuatan isteri dia, boleh jatuh nusyuz....
Baju kau semua Kak Mun dah angkut...Takda alasan lagi, masuk!"Arah Zayyan Mateen.

Nak taknak dia kena akur arahan Zayyan Mateen a.k.a suaminya.

....

Ini pertama kali dia masuk ke bilik lelaki ini. Selama ini, tugasnya hanya di ruang bawah sahaja. Bilik ini sangat besar dan luas pada pandangannya.

"Baju kau ada dalam wardrobe. Tuala semua ada dalam toilet. Pergi mandi, tukar baju lepastu solat asar."

"Tuan nak pergi mana?"Apabila lelaki itu melangkah mendekati pintu bilik segera dia bertanya.

"Aku nak sediakan kau makanan. Perut kau tu kosong, kang kalau tak makan.. Masuk angin lagi.."

"Tuan jangan susah-susah... Nanti saya masak sendiri..."

"Kau ingat aku nak masak ke? Benda boleh order, buat apa nak masak.. Dah, pergi tukar baju.."
Dia berlalu keluar dari bilik.

.....

Janggal!

Itu yang dia rasa saat ini. Selepas sahaja solat isyak tadi, dia duduk berteleku lama dalam bilik solat ini. Mereka solat berasingan. Dia merenung sejadah yang dia duduki itu.

Macam tak percaya, statusnya sekarang sudah berubah. Dia taktahu nak rasa macam mana. Dia tahu lelaki itu kahwini dia kerana rasa tanggungjawab. Tapi sampai bila kesudahan hubungan ini?

Dia taknak Zayyan Mateen tersiksa dengan rasa tanggungjawab itu. Padahal bukan sepatutnya dipikul oleh lelaki itu. Ya Allah, tunjukan aku jalan yang benar dan jalan yang kau redai.

"Agak dah! Kau dekat sini!"
Terangkat bahunya saat diterjah.

"Apa yang lama sangat kau berteleku tu? Panjang betul wirid kau baca.."

Dhia Humaira memainkan tangannya yang masih berada didalam telekung itu.

"Tuan..Malam ni saya minta izin tidur rumah belakang boleh tak?"

"Kenapa? Bagi aku 10 alasan!"
Zayyan Mateen bersandar di pintu bilik sambil memeluk tubuh.

"Sa..Saya perlukan masa.."

"9..."

"Huh?"Dia mendongak memandang lelaki itu.

"Lagi 9 alasan kau apa?"

Dia menggeleng. Takda alasan lain yang bermain difikirannya sekarang.

"Sebulan.."

"Huh?"

"Aku bagi kau masa sebulan je..Lepastu, by hook or by crook. Kau kena duduk dalam rumah ni dengan aku!"

Dhia Humaira menunduk.

"Dengar tak?"Tanya Zayyan Mateen.

Lantas dengan segera Dhia Humaira mengangguk.

Zayyan Mateen melepaskan keluhan lalu dia datang mendekat kepada isterinya. Dia duduk bersila depan Dhia Humaira.

"Bukan niat aku nak memaksa kau Humaira. Tapi, kau kena ingat. Kita dah jadi suami dan isteri. Tak boleh nak lepas tanggungjawab sesuka hati...Baik kau atau aku, dua-dua taknak disoalkan nanti...Bila sah kau jadi isteri aku, aku berhak keatas kau 100%... Kalau ikutkan, aku boleh guna kuasa veto aku untuk buat kau tinggal dekat sini.. Tapi aku faham, kau nak kan ruang... Aku bagi...Tapi dengan syarat, hanya selama sebulan.... Selepas itu, kau kena belajar terima hakikat yang kau sekarang isteri aku....Kau tanggungjawab aku..Kau amanah aku...Aku taknak Allah murka sebab aku tak jalankan tanggunjawab dan amanah yang diberi dengan baik..."

Meresap ke hati segala bicara lelaki ini. Betul kata Zayyan Mateen. Walau apa pun, Ijab dan kabul telah termeterai, wajib ke atas dirinya sebagai seorang isteri untuk mendengar segala kata-kata si suami selagi tidak beretangan dengan syarak.

"Deal?"

"Huh?"

"Kau ni dari tadi Huh! Huh!....Cuba jawab guna perkataan lain..."

"Maaf...Maksud tuan?"

"Kau terima kan syarat aku tadi?"

Ouhhh..Tentang sebulan tu... Rasanya cukuplah kut untuk dirinya. Dia akan cuba sedaya upaya untuk terima segala ketentuan Allah buat dirinya.

"Saya terima tuan..Terima kasih sebab memahami.."

"Hurm...Yelah...Sudahlah baru nikah, isteri nak tidur tempat lain... Malam pertama dengan bantal peluk jela...."Zayyan Mateen bangun dari duduk lalu berjalan keluar dari bilik solat itu.

Memerah muka Dhia Humaira apabila Zayyan Mateen berkata begitu.. Malam pertama?

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now