46

5.9K 201 2
                                    

"Assalamualikum.."Ucap Zayyan Mateen apabila masuk ke dalam rumah. Hari ni dia memandu sendiri ke office.

"Waalaikumusalam....Tuan dah balik? Kak Mun tak masak lagi."Selalunya majikannya akan balik makan tengah hari dalam pukul 1.

"Eh! Takpe, saya memang sengaja balik awal..Ni Dhia mana?"Dia pandang sekeliling rumah, takda kelibat isterinya itu.

"Dhia katanya tadi nak kemas baju dekat atas. Ouh! Dia pesan, kalau tuan balik cari dia. Dia ada dekat bilik.."

"Ouh! Okay, thanks Kak Mun..."Zayyan Mateen segera melangkah menaiki tangga menuju ke bilik. Tak sabar rasanya nak jumpa isteri.

........

Segar! Setelah selesai mengemas di dalam wardrobe. Dhia Humaira mandi sekali lagi. Tak selesa apabila ada peluh serta habuk melekat di badan. Jadi selepas mengemas tadi terus dia melangkah ke bilik air dan berendam di dalam bathtub. Lama juga dia berendam tadi, ada la dalam 20 minit.

"Kamu..Kamu...Kamu..Saja...
Jadikan ku sandaran cinta....Saat hati resah, resah, resah..
Bersandarlah di bahuku..."Mulut Dhia Humaira bernyanyi riang sambil kaki melangkah ke arah meja solek, losyen dari jenama NIVEA itu ditekan lalu dilumur keseluruh tangan.

"Kata orang semua wanita sama saja, tapi tidak dengan....
Astaghfirullah, abang!"Terkejut dia saat melihat ke arah cermin, ada pantulan suaminya yang sedang duduk di birai katil. Mata lelaki itu tajam menikam dirinya. Tertelan air liur Dhia Humaira dibuatnya.

Dhia Humaira pusing menghadap suaminya.

"Da..Dah la..lama...a..abang balik?"Tersekat-sekat ayatnya saat ini.

Zayyan Mateen tak jawab soalan isterinya, dia hanya ralit melihat keadaan isterinya saat ini. Nafsunya terpancing apabila melihat isterinya itu hanya berkemban. Kepala isterinya pula dibalut dengan tuala lain menandakan rambut wanita itu sedang basah.

"A....Abang?"Panggil Dhia Humaira. Dia perasan mata suaminya ralit melihat dirinya lalu membuatkan matanya turun ke bawah. Alangkah terkejutnya Dhia Humaira saat ini kerana dia baru sedar yang dia hanya berkemban. Baru sahaja nak melangkah ke wardrobe, lengannya disambar.

"Where are you going Humaira?"

"Err...Err...Wardrobe?"

"For?"Zayyan Mateen menarik isterinya agar mendekat.

"Err..Saya nak pakai baju..."Dia menahan dada bidang itu agar tidak terlalu rapat dengannya.

"Pakai baju then? Buat macam takda apa-apa yang berlaku, macam tu?"

"Ma..Maksud abang?"

"You now what I want right now?"

"A..Apa?"Taktahulah si Dhia Humaira ni betul-betul taktahu ke memang tak tahu akan maksud suaminya itu!

"You!"

Chupp!

Terbuntang mata Dhia Humaira saat menerima kucupan itu. Bergetar hebat badannya saat ini. Apabila Zayyan Mateen melepaskan ciuman. Dhia Humaira terasa mahu melorot kerana lututnya tiba-tiba rasa lemah.. Namun tindakan suaminya lebih pantas terus memaut pinggangnya.

"Do you hear me? I want you, can I?"Rahang isterinya dielus, ibu jarinya bermain-main disekitar bibir isterinya. Mata bundar itu ditikam dengan panahan matanya.

"Say you want me too Humaira.."
Lengan isterinya yang terdedah itu pula dielus perlahan. Kaki Zayyan Mateen melangkah maju ke hadapan menyebabkan isterinya itu juga turut mundur ke belakang.

"Abang tahu abang pernah cakap tentang hak dengan sayang, tapi abang tak mampu... Abang tak mampu Humaira....Jadi, izinkan abang tuntut hak abang sekarang?"

Jatuh terduduk Dhia Humaira saat betisnya menyentuh katil. Zayyan Mateen pula mengepung dirinya saat ini. Sudah 4 bulan mereka berkahwin. Tak pernah sekalipun lelaki ini menuntut hak nya. Tetapi hari ini, lelaki itu sudah menyuarakan tentang hak.

"Humaira? I don't want to force you...Its okay if you not ready yet...Abang faham..."Apabila tiada balasan dari isterinya, Zayyan Mateen menutup mata sebentar. Menghalau rasa kecewa yang mula bertandang.

Dia taknak memaksa. Dia taknak jadi lelaki dayus. Sabar Zayyan Mateen. She is not going anywhere. Cepat atau lambat, dia akan takluki wanita itu sepenuhnya.

Dia cuma harus bersabar sedikit lagi. Baru sahaja Zayyan Mateen nak berdiri, lehernya dirangkul oleh Dhia Humaira menyebabkan wajah mereka begitu hampir.

"Abang betul...Abang memang ada hak ke atas Humaira....
Humaira tahu tak mudah untuk abang, terima kasih sebab tak pernah paksa Humaira, terima kasih sebab tak pernah sakitkan Humaira dan terima kasih sebab jadi pelindung Humaira saat Humaira dah takda siapa-siapa dekat atas dunia ni. Humaira hak abang zahir dan batin."

Dia berjeda sebentar sebelum meyambung berkata-kata..

"Humaira dah sedia nak jadi isteri abang luar dan dalam.."Ada sedikit air mata di tubir matanya. Bukan kerana terpaksa tapi kerana dia bahagia ada lelaki ini sebagai suami. Sekarang sudah tiba masanya dia menjalankan tanggungjawab dia yang satu itu.

Zayyan Mateen menyeka air mata di tubir mata isterinya. Ada senyuman ikhlas terbias di bibir isterinya lalu membuatkan dirinya turut tersenyum. Terharu dia mendengar bait-bait yang isterinya sampaikan tadi.

Akan ku jaga amanah Mu ini ya Allah. Lindungi perkahwinan kami dari sebarang hasad dengki dari kalangan manusia ataupun jin. Payungi kami dengan rahmat mu. Hadirkan kami zuriat yang mampu menjadi penerus umat Nabi Muhammad.

"Terima kasih sebab masih disisi abang. Abang akan jaga dan lindungi sayang sampai maut memisahkan kita.... I cannot give you stars, but I can give you my words... Assalamualaikum Dhia Humaira..."

"Waalaikumusalam Zayyan Mateen.."

Maka haritu temerterai sudah satu lagi ikatan dalam hubungan mereka. Ikatan yang mengikat mereka bersama. Ikatan sayang yang bersulam cinta.

.......

TBC

........

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now