40

6.3K 183 0
                                    

Beberapa minggu berlalu..

Macam biasa, setiap bulan pasti akan ada satu minggu yang suaminya itu akan ada kerja di luar. Jadi sejak itu, dia akan selalu meminta Kak Mun menemaninya duduk di rumah ini. Aku dan Kak Mun tidur di bilik tetamu di tingkat atas. Kak Mun dah lama tidur, aku sahaja yang liat nak tidur. Entahlah, rasa macam tak sedap hati.Kebetulan, malam tu aku rasa sedikit kehausan. Lalu aku berhajat nak ke dapur untuk minum air.

Tok! Tok!

Bunyi ketukkan yang bertalu itu membawa kaki aku laju ke arah pintu utama. Tudung sarung sempat digapai sebelum aku buka pintu tersebut.

"Ya Allah abang...!"Terdorong badan itu jatuh ke arah ku saat aku membuka pintu.

"Kenapa abang ni?"Aku sedaya-upaya menahan beban badan lelaki ini supaya kami tak tersungkur.

Tiada balasan dari lelaki itu membuatkan aku bertambah risau. Aku memapah badan lelaki itu lalu aku baringkan di atas sofa. Aku segera melangkah ke tingkat atas untuk mengejutkan Kak Mun.

Allah je tahu bagaimana rasa jantungku saat ini. Berdebar kencang. Saat aku mahu membuka pintu bilik, aku tertangkap tanganku yang ada tompokkan darah. Dan masih segar. Allahuakbar. Menggeletar tanganku saat ini. Aku cuba bertahan sebab aku tahu suamiku itu dalam bahaya.

Setelah mengejutkan Kak Mun dan menyuruh Kak Mun menelefon Dr.Zahir, aku segera turun ke bawah. Aku bawa beberapa helai kain kecil dan kain pelikat.

Jaket baju yang berada di tubuh lelaki itu aku tanggalkan. Kemudian tshirt kelabu berkolar bulat itu aku gunting. Sekelip mata, tubuh suami aku itu bebas dari sebarang pakaian.

Membulat mataku saat melihat ada balutan di bahagian rusuk kanan lelaki itu. Jelas kelihatan darah memenuhi balutan itu. Kabur mataku sekarang dengan air mata. Ya Allah apa yang dah jadi ini? Aku terus tekup tuala kecil yang dibawa turun tadi ke bahagian yang luka itu dengans sedikit kuat.

"Arrghhh"Erang lelaki itu.

"Abang? Abang dengar saya? Please stay awake.."

"Call Zah..Zahir.."

Aku angguk dengan laju..

"Kak Mun dah call...Doktor on the way...Abang kena sedar, jangan tidur...!"

"Dhia..Ya Allah...Kenapa dengan tuan?"Kak Mun yang baru turun itu terkejut melihat keadaan majikannya.

Aku geleng dalam tangisan. Aku tak tahu...Aku tak tahu apa yang dah jadi sebenarnya. Sofa putih yang didiami Zayyan Mateen kini sudah bertukar warna.

"Kak Mun, Dr. Zahir lambat lagi ke?"Tanyaku.

"Doktor shift dekat hospital malam ni, dalam 5 minit lagi doktor sampai."Mujurlah doktor itu betugas malam ni, sebab jarak hospital dengan rumah ini tak beberapa jauh.

"Bertahan abang...."Ujarku.

........

Aku masuk dengan membawa dulang yang berisi bubur. Sebelum aku suap Zayyan Mateen makan, aku kena lap dulu badan lelaki itu. Semalam, lepas sahaja Dr.Zahir sampai bersama seorang nurse lelaki. Terus lelaki itu bersiap sedia untuk menjahit luka di badan Zayyan Mateen. Rupanya, jahitan luka itu terbuka semula dan menyebabkan pendarahan berlaku. Luka tersebut agak panjang dan sedikit dalam. Umpama dibelah oleh pisau.

Sempat aku tanya luka yang terjadi disebabkan apa? Tapi Dr. Zahir hanya mendiamkan diri. Selesai dia menjalankan tugasnya, lelaki itu meminta diri untuk pulang.Tak tidur aku sampai ke pagi kerana asyik memikirkan tentang luka tersebut.

"Abang dah bangun?"Buka sahaja pintu bilik, aku lihat dia sedang bersandar di kepala katil. Rambut kusut-masai, baju pijama belang-belang. Entah kenapa, aku tengok suamiku itu seperti anak kecil. Comel! Hilang sekejap resah ku tentang keadaan suami ku itu apabila melihat wajah bangun tidurnya.

"Saya nak lap abang dulu, lepastu baru boleh makan bubur dengan ubat.."Aku letak dulang di meja sisi katil dan aku ambil tempat di birai katil.

"Saya minta izin ye..."Aku pandang dia sambil tangan aku dah berada di butang baju tidur lelaki itu.

Dia mengangguk.

Aku buka satu persatu butang dibaju sehingga kebawah. Dengan perlahan-lahan aku lucutkan baju itu dari badannya. Masih terdapat darah di balutan semalam namun tak teruk. Lega!

Perlahan-lahan aku lap badan lelaki itu dari tangan sehingga seluruh badan tegapnya. Jujur aku gementar sebab tak pernah seumur hidup aku buat begini pada orang lain, selain ayah.

"Dr.Zahir kata, nanti tengah hari dia datang untuk tukar balutan.."Itu sahaja yang keluar dari mulut doktor muda itu semalam sebelum dia berangkat pulang.

Apabila selesai mengelap, aku pakaikan baju yang lain ke tubuhnya.

"Seluar ni? Kau tak tukar sekali ke?"Membahang wajahku saat mendengar soalan itu.

"Errr....Nanti saya minta Fahim tolong.....Abang makan dulu ye.."

Lelaki itu hanya diam. Setuju tak setuju aku tak tahu.

"Nah...Saya masakan bubur dengan isi ketam...Abang makan, lepastu boleh makan ubat.."

Sejak aku lap badan lelaki itu, tangan aku menggeletar. Takut akan balutan luka itu. Luka yang masih aku taktahu sebab apa.

"Hey, kenapa ni?"Dengan sebelah tangan dia pegang tangan aku yang sedikit menggeletar itu.

Automatik air mataku mengalir. Aku letak kembali mangkuk bubur itu, risau akan menyembah bumi sebab aku rasa tangan aku seakan lumpuh. Tak berdaya!

"Hey...Humaira, kenapa menangis ni?"Dia seka air mata di wajahku.

"Jangan balik dengan keadaan macam tu lagi. Abang buat saya ta..."

"Takut?"Aku pandang dia...Aku angguk...

Melihat dia jatuh ke dalam pelukan aku semalam membuatkan aku takut kehilangannya. Melihat dia lemah semalam membuatkan dadaku sukar bernafas sebab aku takut... Ye! Setelah beberapa bulan bersama lelaki itu, jujur..Jujur aku sekarang takut akan kehilangannya.

"Maaf dah buat kau takut, tapi semalam aku takda pilihan...Pergi ke hospital bukan jalan terbaik.."

"Kenapa sampai macam tu? Abang kena serang ke?"

"Boleh dikatakan macam tu la...."Dia jawab sambil lewa sambil bersandar semula ke kepala katil.

"Abang! Jangan la main-main...Abang tahu tak betapa takutnya saya tengok abang semalam? Tangan saya ni masih rasa lagi panas darah abang....!"

"Itu maknanya aku manusia la kan? Darah sejuk tu confirm bukan manusia....."

"Abang..Kenapa...."Aku tekup wajahku. Lawaknya tak mampu buat aku ketawa malah membuatkan aku bertambah mengeluarkan air mata.

Lelaki ni tak faham ke? Aku risau! Aku takut andai apa-apa terjadi kepada lelaki ini.

"Hey..Aku masih hidup la...Kenapa menangis macam kau sedang tengok jenazah aku ni?"

"Abang ingat lawak ke? Lawak ke mainkan soal hidup dengan mati? Abang tahu tak apa yang saya rasa sekarang? Abang tahu tak?"Aku dah berdiri menentang pandangannya. Kenapa lelaki ini boleh buat main perkara seperti itu? Aku kesat kasar air mataku, lalu aku melangkah keluar dari bilik ini.

........

TBC

........

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now