52

5.3K 152 1
                                    

Tang!

Bunyi pintu kontena ditendang menggamit Dhia Humaira dan lelaki bertopeng menoleh ke arah belakang.

"Sayang!"Keadaan isterinya yang tak terurus itu membuatkan darahnya semakin mecanak naik.

Gelengan dari Dhia Humaira tidak membuatkan amarahnya reda. Matanya kini tertumpu tajam ke arah sosok yang bertopeng itu.

"Tak guna kau!"Baru beberapa langkah. Lelaki bertopeng itu mengangkat tangannya membuatkan langkah Zayyan Mateen mati.

"You move a bit.. I will click this.."Alat kawalan jauh itu ditayangkan di hadapan Zayan Mateen.

"You know what is this?"Let me show you."

Lelaki itu menarik Dhia Humaira agar berdiri, lalu belakang badan wanita itu dipusingkan. Terdapat satu bom telah diikat di badan wanita itu.

"Kau!"

"What? You think I'm stupid like my brother?"Lelaki itu gelak lagi.

"Apa yang kau nak? Lepaskan isteri aku!"

"Aku nak kau sengsara..Aku nak kau rasa apa yang aku rasa selama ni sebab bapak kau!"

"Apa maksud kau?"

"Sebab lelaki tu, mama aku mati!"

"Siapa kau sebenarnya?"

"Guess I have to expose myself..."
Perlahan-lahan topeng diwajah dibuka.

"Kevin?"

"Yup also known as Cobra...
Surprise....!"

Flashback!

"Aku takda duit....Duit yang tinggal hanya untuk aku beli makanan.."Mama memegang rambutnya yang sedang ditarik kuat oleh ayah tirinya iaitu Borhan.

"Aku tak kisah lah...Bagi aku duit tu sekarang juga!"Balas Borhan.

"Menyesal aku kahwin dengan kau! Menyesal!"

"Hey! Kau ingat kau tu anak raja ke nak aku layan bak puteri....Aku bagi tempat tinggal pun kira baik tahu tak? Kau jangan lupa, aku kutip kau dengan dua anak kau tu dekat kelab malam.."

"Ceraikan aku!"

"Ouhh! Dah pandai cakap tentang cerai? Kau ingat aku bodoh? Takkan aku nak buang kau sedangkan kau boleh datangkan untung kepada aku?"

Telefon bimbit di dalam kocek seluarnya dikeluarkan lalu satu nombor di dail.

"Hah! Mana kau?"

"Aku dah sampai!"

"Masuklah..!"Kemudian talian dimatikan.

"Apa kau nak buat Borhan?"

"Kau takda duit kan? Takpe! Aku ada cara lain nak langsaikan hutang..."

Bilik yang kecil itu tiba-tiba dimasuki seorang lelaki asing. Rambut wanita itu dilepaskan.

"Hutang kita selesai?"Tanya Borhan kepada lelaki itu..

"Selesai.."Lelaki itu memandang sosok wanita yang terduduk di atas lantai. Walaupun sudah serabai namun tetap nampak menggiurkan. Badan wanita berkulit putih itu menaikkan nafsunya. Apabila manusia bertuhankan nafsu, segala dosa dan pahala ditolak tepi.

"Then...Dia kau punya....Have fun..."Ujar Borhan sebelum dia keluar dari bilik itu. Pintu dikunci.

"Borhan! Apa kau buat ni Borhan! Binatang!"

Suara orang menjerit dan meraung dari dalam bilik itu membuatkan senyuman sinis terbit dari bibir Borhan. Siapa kata aku kahwin dengan kau tak boleh buat duit? Huh! Selesai satu masalah. Ujar Borhan.

Lee Siew atau nama mualafnya Siti merupakan seorang janda anak dua. Wanita itu masuk islam setelah mengenali Borhan. Pada mulanya Borhan mendekati wanita itu kerana rasa cinta. Namun, lama-kelamaan perasaan itu mula bertukar.

Tiap kali kalah judi, isterinya itu menjadi pemuas nafsu serta tempat untuk dia lampiaskan amarah. Seluruh tubuh itu telah menjadi tempat dia lepaskan sepak serta terajangnya.

Setelah mereka berkahwin, Lee Siew bekerja di kedai makan sebagai pelayan kedai. Gaji yang diperoleh digunakan untuk menanggung hidup mereka sekeluarga. Namun sayang, lelaki yang dulu dia sanjung sebagai suami berubah menjadi iblis. Hari-hari mabuk dan main judi.

Kevin dan Chow Tan menjadi saksi kekerasan yang berlaku kepada mama mereka. Setiap kali mereka mahu melindungi mama, orang tua itu pasti naik hantu. Kadang pernah Chow Tan dipukul dengan besi sehingga berdarah badannya.

Setiap hari mereka melihat adengan itu sehingga menyebabkan mereka berdua trauma. Mama mereka mula berubah, mula menyendiri dan suka termenung. Pernah sekali itu, Kevin nampak mamanya mahu bunuh diri dengan cuba mengelar pergelangan tangan. Mujur sahaja sempat dia bertindak untuk menghalang.

Sehinggalah suatu hari, apabila dia dan Chow Tan balik dari kerja separuh masa, dia lihat ruang tamu itu penuh dengan darah. Terduduk dirinya saat melihat mayat ibunya sudah kaku terbaring di lantai. Ada kesan tikaman di perut.

Apa yang paling dia rasa amarah adalah barang bukti yang mereka jumpai. Sebuah dompet uzur berdekatan dengan mayat mama mereka. Dan mereka tahu itu milik siapa. Milik Borhan. Dan sejak itu perasaan dendam mula tumbuh sehingga sekarang. Dia bersumpah atas nama mamanya dia akan menuntut bela terhadap kematian tersebut.

Apabila menginjak dewasa Kevin dan Chow Tan sudah berjinak dengan dunia clubbing dan dadah. Sehinggalah mereka mampu hidup mewah seperti sekarang. Kalau Chow Tan memiliki beberapa club malam di sekitar Kuala Lumpur. Kevin pula melibatkan diri dengan aktiviti perdagangan manusia, terutama golongan wanita dan remaja.

Tiada siapa yang mampu menghidu kerja haramnya itu.

Dalam masa yang sama, dia berjaya menangkap dan menyiksa Borhan.Dia perlu membuat lelaki itu hidup dengan lebih sengsara lagi. Oleh sebab itu,dia telah mengurung bapak tirinya itu disebuah tempat.

Diikat dan dibiarkan di situ. Dia puas melihat orang tua itu tersiksa, namun baginya keseksaan itu tak setimpal dengan apa yang orang tua itu buat kepada mamanya.

Sampailah suatu hari, dia mengetahui yang bapa tirinya itu pernah berkahwin dulu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki.

Namun sayang, selepas setahun usia budak lelaki itu, bapa tirinya ditangkap curang dengan perempuan lain sehingga isteri lamanya meminta untuk bercerai.

Dari situ dia mencari tahu akan kewujudan anak daripada lelaki durjana itu. Kevin nak seluruh keturunan lelaki itu mendapat sakit yang sama. Sebabtu dari dulu dia cuba rapat dengan Zayyan Mateen apabila tahu bahawa Zayyan Mateen adalah anak kandung kepada Borhan.

......

TBC

......

Pening sis baca part ni...😵😵

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now