50

5.9K 155 2
                                    

Sinaran daripada cahaya membuatkan Dhia Humaira terjaga. Terpisat-pisat dia saat melawan cahaya itu masuk ke dalam mata. Kepala yang sedikit pening itu dipegang.

Perlahan-lahan dia melihat ke semua arah. Terbuntang matanya saat melihat ruangan yang asing ini. Terduduk dia 90 darjah dari pembaringan.

"Dekat mana ni? Abang?"Dia cuba mengingati kejadian yang berlaku semalam.

"Dah bangun?"Muncul satu sosok bertopeng di ruangan itu.

"Si...Siapa kau? Mana suami aku?"

"Relax....Aku taknak berkasar dengan kau..."

"Lepaskan aku! Apa yang kau nak?"

"I want that bastard to be kill, can I?"Dia mendekati Dhia Humaira...Sepucuk pistol dikeluarkan dari poket belakang seluar lalu dilalukan di rahang wanita itu.

"But.....before I kill him...Aku nak dia terseksa dulu..."

"John!"Jerit lelaki itu, sesaat kemudian muncul satu lelaki lagi dengan topeng yang sama sambil menghulurkan sebilah combat.

"Apa kau nak buat ni?"

"You mean this?"Dia menunjukkan combat itu di depan Dhia Humaira.

Zapp!

Combat itu ditoreh di pipi Dhia Humaira..

"Arrgghhh!"Lekas Dhia Humaira menekup pipinya.

Darah yang menitis itu ditadah oleh lelaki itu menggunakan kain putih.

"Give this to her husband...I like to play this game...Nampak menarik.."Tersengih lelaki bertopeng itu saat melihat bilah yang terkena darah Dhia Humaira.

........

Matanya dibuka perlahan. Cahaya lampu terus masuk ke dalam matanya.

"Karl...Mateen dah bangun!"Jerit Elhan.

"Mateen!"

"Aku dekat mana..Arghh..!"Saat dia mahu bangun dari pembaringan. Terasa seluruh badannya seakan lumpuh untuk bergerak. Sakit sungguh tulang-benulangnya.

"Humaira....Isteri aku mana?"

"Kami tak tahu...Semalam kami hanya jumpa kau seorang..."
Malam semalam Karl mendapat panggilan daripada Zayyan Mateen serta kiriman lokasi keberadaan lelaki itu.

Bergegeas mereka berempat ke kawasan yang dinyatakan. Saat sampai hanya kelihatan sosok Zayyan Mateen yang sudah terbaring tak sedarkan diri.

"Damn! Lelaki bertopeng tu...Mereka dah bawa lari isteri aku...."

Flashback.....

"Abang...Saya pening...."Ujar Dhia Humaira. Entah kenapa kepalanya tiba-tiba rasa pening.

"Sayang nampak pucat..Jom lah kita balik...."Zayyan Mateen merangkul bahu isterinya.

"Kevin...Sorry, I got to go. See you next time..."

"Ohh..Sure, no worries. Take care of your wife first..."

Pasangan itu berlalu dari ruangan ini. Kevin hanya menghantar pasangan itu dengan pandangan mata. Apabila kelibat pasangan itu sudah tiada, Kevin memandang ke arah gelas yang kosong itu. Kemudian telefon bimbitnya dibawa keluar dari kocek seluar.

.....

Dari kejauhan dia perasan ada satu van mengikuti keretanya. Hatinya kuat menyatakan yang mereka sedang diekori. Cermin pandang belakang ditilik lagi.

"Sayang?"

Namun panggilannya tidak disahut. Dia meletakan jari di hidung isterinya, masih terasa nafas hangat dari isterinya. Saat itu dengan tiba-tiba keretanya didatangi satu van lalu menghalang jalannya. Brek mengejut ditekan.

"Shit!"Baru sahaja dia nak mengundurkan kereta kebelakang, satu kereta datang menghalangi dari belakang.

"Keluar!"Jerit lelaki bertopeng itu.

Zayyan Mateen segera menggapai telefon bimbitnya lalu cuba untuk menghubungi Karl.

Prang!

Cermin kereta bahagian hadapan dipecahkan oleh lelaki bertopeng.

"Keluar sebelum aku tembak kepala kau!"Pucuk pistol dihala ke arah Zayyan Mateen. Zayyan Mateen segera mengikuti arahan tersebut.

"Ambil perempuan tu!"Arah lelaki bertopeng itu kepada anak buah dia yang lain.

"Dont't touch her!"Zayyan Mateen menyentak tangan lelaki yang mengacukan pistol ke arahnya lalu dia memusingkan tangan itu kebelakang. Pistol diambil lalu diacukan kearah kepala lelaki itu.

"Begerak seinci...Aku tembak dia ni..!"Zayyan Mateen hanya perlu tunggu sebentar sehingga rakan-rakannya dapat mengenal pasti lokasi dirinya.

Pak!

Zayyan Mateen rebah ke tanah apabila ada seseorang memukul belakang kepalanya.

Tak tunggu lama segera lelaki bertopeng tadi membalas dengan memberi tendangan di rusuk kanan Zayyan Mateen.

"Tunggu apa lagi? Ambil perempuan tu!"Anak buah dia yang lain segera mengambil Dhia Humaira yang sudah pingsan itu untuk dibawa pergi.

"Ni sebab kau berani sentuh aku!"Satu lagi tendangan diberikan di rusuk kiri, kemudian sepakan diberi di sisi kepala Zayyan Mateen..

Zayyan Mateen yang tidak sedarkan diri itu hanya terkulai di atas jalan.

"Kau campak lelaki ni dalam semak sana.."Setelah arahan diberi, segera lelaki itu masuk ke dalam van dan berlalu pergi meninggalkan anak buahnya yang lain untuk menguruskan Zayyan Mateen.

.......

TBC

.......

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now