43

5.8K 187 2
                                    

Masa aku keluar nak buat laundry, aku nampak suamiku sedang bersiap di depan meja solek. Aku letak bakul kain lalu datang merapatinya.

"Abang nak pergi mana?"

"Aku nak ke office..Seminggu dah aku cuti...Banyak kerja yang aku kena settlekan.."

"Tapi abang kan tak sembuh lagi. Tadi saya baru tukar balutan...
Masih belum kering luka tu.."

"Aku okey Humaira...Janganlah risau..."

"Tapi..."

Zayyan Mateen berpaling ke arah isterinya. Tangan itu dipegang.

"Lunch hour nanti aku balik...
Okay?"Kepala wanita itu diusap.

"Fahim hantar?"

"Tak, aku naik dengan Zack dan Ferdi...Sekejap lagi diaorang sampai..."

Aku angguk. Apa lagi aku nak cakap...

"Saya tak buatkan abang sarapan lagi, sekejap saya bekalkan abang sandwich.."Aku lepaskan pegangan lalu berlalu turun untuk ke dapur.

........

"Nah..!"Beg kertas itu dicampak ke atas riba Ferdi saat dia masuk ke dalam kereta itu.

"Apa ni?"Tanya Ferdi.

"Isteri aku bagi korang..."

Ferdi buka beg kertas tersebut. Ada sebuah bekas bewarna hijau, apabila dia buka bekas tersebut. Semerbak bau tuna memenuhi kereta mereka.

"Perwhh....Cayalah Dhia..
Tahu-tahu je kita belum sarapan lagi.."Ujar Zack. Sempat dia kerling ke dalam bekas itu. Ada sandwich...

Tok! Tok!

Cermin tingkap di tempat duduk belakang diketuk. Jelas kelihatan wajah Dhia Humaira diluar. Zayyan Mateen menurunkan cermin.

"Kenapa?"

"Abang lupa air dan ubat..."
Tumbler dan bekas ubat itu dihulurkan kepada Zayyan Mateen.

"Abang Zack dengan Abang Ferdi drive elok-elok ye? Apa-apa hal nanti call Dhia.."

"Jangan risau Dhia..Suami awak ni kebal orangnya..."

Aku mengangguk, mengiyakan kata-kata Zack.

"Salam.."Ujarku. Agak mendadak la perubahan aku. Mana pernah aku nak salam lelaki ini saat dia mahu berangkat pergi kerja. Tapi sejak lelaki ini cedera, aku bulatkan tekad untuk menjadi isteri mithali. Takut menyesal tak sudah seba sia-siakan lubuk pahala yang ada.

Zayyan Mateen yang teragak-agak itu hanya menghulurkan tangan kepada isterinya.

"Hati-hati...Saya tunggu abang lunch nanti..."Setelah itu, Dhia Humaira berpaling untuk masuk ke dalam rumah. Sebetulnya dia malu...Mana pernah dia buat begitu..

"Bos kita dah macam tengah tengok cipan buat breakdance la Ferdi. Terkedu tanpa kata...."Usik Zack sebelum dia perlahan-lahan menekan minyak kereta, meinggalkan kawasan rumah milik lelaki ini.

........

Selesai solat isyak, kami berdua melangkah masuk ke dalam bilik. Aku duduk di birai katil sambil menunggu lelaki itu menukar ke baju tidur.

"Ada apa-apa yang kau nak cakap ke? Gelisah je muka tu.."

"Abang....Saya nak bincang sikit boleh..."Dah lama dah dia nak utarakan hal ini tapi asyik lupa sahaja. Tadi masa masukkan baju ke dalam almari, dia ternampak kerta-kertas itu terselit di dalam laci.

"Apa dia...Macam serius je?"Luka lelaki itu semakin membaik walaupun tak 100%. Itu lebih dari cukup. Setidaknya lelaki itu masih kuat melakukan aktiviti hariannya.

Apabila lelaki itu mengambil ruang di sisi ku. Aku bangun menuju ke arah wardrobe. Laci almari aku buka lalu aku ambil kertas-kertas tersebut.

"Ni!"Aku beri kepadanya kertas-kertas tersebut. Dengan dahi yang berkerut, lelaki itu menyambut juga kertas tersebut. Dia teliti setiap satu helaian tersebut sebelum pandang ke arah ku.

"Kenapa? Kau dah buat pilihan?"

Aku geleng...

"Abang...Saya dah tekad yang saya taknak sambung belajar..."

"Bukan kita dah bincang soal ni ke Humaira?"

"Ye saya tahu tapi..Saya memang taknak....Saya dah takda hati nak belajar..."

"Hish! Kan menuntut ilmu tu benda baik....Apa pula taknak..."Kertas-kertas itu diletak di atas tilam.

"Saya tahu...Tapi...."Entahlah. Dia memang tak mahu sambung belajar lagi.

"Okay..Apa alasan kau tolak?..."

"Saya...Saya....Saya sebenarnya..."Jari tangan sudah ku pintal-pintal.

"Saya apa?"

"Saya tak sedia lagi...Saya tak sedia lagi nak berdikari dekat luar tu...Selama ni hidup saya hanya di rumah sampailah sekarang... Saya tak kisah..Saya rasa selamat duduk rumah...Perkara lepas buat saya trauma nak keluar..."

"Habis..Kau taknak la ni?"Aku geleng perlahan..

"Ikut la Humaira. Hidup kau, kau yang tentukan. Aku sebagai suami hanya menjadi tukang support kau.."

"Abang tak marah?"

"Marah tak, tapi kecewa aje sikit. Tapi, macam aku cakap dulu.. Kesihatan kau nombor satu, kalau kau rasa takboleh. Aku taknak paksa."

"Terima kasih sebab tak marah.."

"Kau takut aku marah sebab hal ni ke?"

"Yelah...Abang minta saya sambung study...Jadi saya takut abang tak terima penolakkan saya..."

"Aku cuma taknak kau sia-siakan masa depan kau...Tu je...."

"Kenapa? Kalau saya tak sambung belajar...Masa depan saya teruk ke?"

"Bukan itu maksud aku, kau jangan nak manipulasi ayat aku pula Humaira..."

"Abang rasa saya ni teruk ke?"

"Haa..Haa....Mula dah! Aku tak cakap macam tu pun...Perempuan memang macam ni ke?"

"Maksud abang apa?"

"Suka overthinking pastu suka merepek yang bukan-bukan.."

"Saya merepek ke tadi? Abang rasa apa yang saya cakap tadi tu merepek ke?"

Zayyan Mateen raup mukanya. Pulak dah...!

"Dahlah Humaira...Baik kita tidur...."Zayyan Mateen sudah ambil tempat di atas katil. Kalau diteruskan perbualan mereka memang tak jumpa titik noktah.

.......

TBC

.......

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now