54

5.8K 182 9
                                    

Dhia Humaira mula tersedar dari lena. Matanya cuba untuk melawan cahaya lampu yang masuk itu.

"Dhia dah sedar? Alhamdulillah..."Kak Mun mendekati Dhia Humaira.

"Kak Mun...."Dhia Humaira cuba untuk duduk.

"Perlahan-lahan Dhia...."Apabila berjaya duduk. Dhia Humaira perhati sekeliling bilik itu. Sah! Dia kini berada di hospital. Bau ubat-ubatan menyakini lagi dirinya sekarang.

"Suami saya mana Kak Mun? Suami saya baik-baik sahaja kan?"

"Tuan okay....Dhia nak lawat tuan?"

Terus aku angguk. Aku betulkan tudung sarung, lalu dengan perlahan-lahan aku turun dari katil. Entah apa jadi kepadanya semalam. Lepas sahaja keluar dari gudang tersebut, terus dia pingsan.

........

"Ni bilik tuan..."Ujar Kak Mun.

Aku tanpa berlengah terus masuk. Kelihatan satu sosok manusia sudah dikelubungi selimut putih.

"Abang?"Laju aku melangkah ke arah katil itu. Apa ni? Tadi Kak Mun kata lelaki itu okay. Ni kenapa seluruh tubuh diselimutkan?

"Abang! Humaira datang ni bang...Abang cakap nak jumpa Humaira kan?"Aku sentuh lengan yang berlapik itu. Tak sanggup aku nak buka selimut di bahagian wajah. Aku menangis teresak di tepi sosok itu. Ya Allah...

"Sayang?"Terhenti esakan aku saat mendengar suara itu. Aku pandang ke sosok yang terbaring itu.

"A....Abang masih hidup?"

"Of course la....Sayang ingat abang dah mati ke?"Dhia Humaira pelik. Suara itu bukan datang dari arah sosok terbaring itu kerana kendengarannya agak jauh. Dhia Humaira toleh kebelakang.

Kelihatan Zayyan Mateen sedang bersandar di tepi pintu bilik air sambil memerhatikan dirinya.

"A...Abang?"

"Ye la...Siapa lagi...."

"Ha...Habis ni siapa?"Aku tunjuk ke arah sosok yang terbaring itu.

"Karl..."Jawab Zayyan Mateen selamba. Dia terus berjalan ke arah katilnya. Tadi dia bangun sebab nak buang air kecil.

Dhia Humaira pandang ke arah sosok itu lagi. Ternyata Karl sudah keluar dari selimut.

"Maaf Dhia...Aku nak cakap tadi, tapi takut kau malu...."
Yelah..Tangisi orang yang salah.

"Kau kelubung sampai satu badan tu dah kenapa?"Zayyan Mateen di katil sebelah memandang rakannya.

"Aku sejuk la...Bilik ni melampau sangat pasang aircond nya..."

Dhia Humaira jadi kaku. Beku di kerusi. Malu teramat dia sekarang ni.

"Humaira sayang...Suami awak dekat sini, bukan dekat situ...Sini, abang nak peluk..."Syukur kerana isterinya itu baik-baik sahaja.

Sebelum admit ke hospital, sempat lagi dia menjenguk isterinya itu semalam.

"Eeee....Gediknya kau! Wekkkk!"
Ujar Karl. Meremang bulu roma dia saat mendengar ayat yang keluar dari mulut rakannya itu.

Semakin membahang wajah Dhia Humaira saat ini. Dia bangun perlahan-lahan dari kerusi dan melangkah ke arah katil sebelah.

Zayyan Mateen segera menarik langsir penghadang setelah isterinya itu berada di katilnya.

"Kau jangan nak buat macam-macam Mateen...Aku dekat sebelah je ni..."Karl memberi amaran.

"Apsal? Kalau taknak dengar bukan-bukan, bolehlah keluar dari bilik ni ye..."Balas Zayyan Mateen. Karl ingat dia ni apa? Nak bedal je dekat semua tempat? Isterinya itupun masih kurang sihat.

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now