59

5.3K 162 0
                                    

Macam biasa setiap malam sepanjang aku hamil, Zayyan Mateen pasti akan sediakan segelas susu. Tak pernah lagi dia terlupa untuk buatkan aku susu....Apabila pintu dibuka dari luar segera aku baringkan tubuh.

Sengaja aku tak letak Rayyan ke dalam baby cot. Aku biarkan anak ku itu lena di tengah katil. Malam ni aku nak Rayyan tidur dengan kami.

"Sayang, abang ada buat susu ni..."Dia pandang aku kemudian dia pandang Rayyan.

"Kenapa tak angkat Rayyan letak dalam baby cot"Tanya Zayyan Mateen.

"Saya nak tidur dengan Rayyan malam ni..."Aku usap kepala anakku itu. Maafkan mama sebab jadikan Rayyan alasan.

Zayyan Mateen mengeluh. Pasti ada yang tak kena dengan isterinya itu. Apa agaknya? Dia pun kurang pasti.

"Minum susu ni.."Apabila dia duduk di tepi ku, aku terus duduk dan bersandar di kepala katil. Tanpa banyak soal, aku ambil gelas dari tangannya lalu aku teguk.

"Bismillah sayang.."

Uhuk! Uhuk!

Tersedak aku apabila ditegur Zayyan Mateen. Tulah, merajuk punya pasal sampai bismillah lupa nak baca. Astaghfirullah!

"Look! Abang ada buat salah ke?"Puas dia fikir. Apa yang salah agaknya?

Aku geleng.

"Don't lie sayang....Apa yang abang dah buat? Cuba bagitahu abang.."

Takkan la aku nak cakap aku terasa sebab petang tadi?

Aku geleng lagi. Aku rasa tu jalan selamat..Aku rasalah...

Tiba-tiba dia dekatakan jarak. Aku terus melekap belakang badan di kepala katil. Wajah dia memang dekat gila dengan muka aku.

"Don't force me sayang....Tell me or else....."Dia tenung bibir aku. Aku terus telan air liur. Seram dengan amarannya.

"Abang marah saya petang tadi.."Akhirnya aku jujur.

"Huh?"Dia jauhkan jarak.

Aku nampak dia garu kening.

"Bila masa abang marah sayang?"

"Pasal ni.."Aku tunjuk jari ku itu.

"Wait..Abang rasa sayang salah faham....Abang bukan marah lah...Abang just risau...I don't want you to get hurt..That's all dear..."

"Tapi nada abang tu macam abang marah saya...."

"Okay sorry kalau abang tertinggi suara..Tapi abang tak marah pun, abang risau je tadi..."Dia senyum lalu menggeleng. Dia pun lupa yang ibu mengandung ni sensitif. Takboleh suara tinggi sikit auto sentap.

"So are we good?"

Aku menunduk lalu mengangguk. Nak buat macamana? Emosi dia tak stabil. Dia sebenarnya tahu, suaminya itu tidak marah tapi dia tetap rasa sedih...

"Dah boleh angkat Rayyan letak dalam baby cot?"

"Kenapa? Biarlah Rayyan tidur sini..."Aku tatap Rayyan.

"Kalau Rayyan tidur sini, macamana abang nak peluk sayang?"

"Abang peluk Rayyan la...Kita berdua peluk Rayyan sama-sama...."

"Abang takboleh tidur kalau tak peluk sayang....I used to smell your scent before sleep.."

"Erm...Yelah....Abang tolong angkat Rayyan..."

Zayyan Mateen lantas mengangkat anaknya lalu diletakkan di dalam baby cot. Kemudian dia balik semula ke katil. Dia ambil tempat bersebelahan isterinya.

"Come..."Dia menggamit aku untuk baring di atas lengannya. Aku hanya menurut dan selepas itu dia memeluk kemas badanku.

"Janji dengan abang satu benda boleh?"

"Apa?"Aku dongak memandangnya.

"Kalau rasa tak puas hati ke apa, bagitahu abang boleh? Janganlah bagi silent treatment macam tadi...Abang ni lelaki sayang, kadang lelaki lambat pickup....
Tak salah kalau sayang terus-terang.."

"Hurm...Okay..."

"Good..."Zayyan Mateen mencium dahiku. Kemudian turun ke pipi...Semua wajahku menjadi sasaran bibirnya sehinggalah aku rasa ciumannya makin kebawah..Aku kegeliaan.

"Abang..."Aku menolak sedikit dadanya..

"Why?"Dia pandang aku..

"Abang buat apa?"

"I miss you sayang...Don't you miss me? Hhhm?"Dia usap rahangku. Matanya pula tajam merenungku.

Chupp!

Bibirku dicium sekilas. Aku ingat sekali tapi berkali-kali pula..

"Abang..."Aku tahan dia dari terus mencium ku.

"Yes sweetheart? What's wrong?"
Dia merenungku.Terbias wajah kecewanya apabila aku menolak untuk kali kedua.

"Rayyan..."Aku pandang ke arah baby cot. Risau anak mereka terjaga..

"He can't hear us...Can we continue?"Aku pandang dia lama sebelum aku turut mengangguk.

"I knew you miss me too..."Tali cardigan aku dirungkai olehnya. Baru dia nak mendekat, suara Rayyan tiba-tiba menangis menghentikan tindakannya.

Terpejam mata Zayyan Mateen apabila urusannya diganggu. Nasib baik anak....

Aku tolak dadanya lalu dia terbaring lemah.. Hahahaha..Kesian suamiku itu..

"He needs me more...Sorry.."Aku bangun dari pembaringan lalu aku hampiri baby cot. Rayyan nak susu la ni....

"Nice one son.."Ujarnya kecewa...Aku hanya tergeleng melihat tingkah suamiku itu.

.......

TBC

........

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now