37

5.8K 189 1
                                    

Sedang dia sibuk meneliti dokumen di atas meja, telefon bimbit keduanya berdering. Telefon bimbit jenama Samsung itu segera digapai lalu diangkat panggilan yang diterima.

"Mateen..."

"Kenapa Zack?"

"Weh, kita ada misi baru.. Kau kena datang sini sekarang..."

Jam tangan ditilik. Sudah masuk jam 4 petang..

"Okay, lepas asar aku gerak..."

"Haa, okay..."Kemudian talian dimatikan..

Telefon bimbit jenama Iphone pula diambil lalu dia mendail seseorang.

"Hello?"Jawab orang disana.

"Ni aku... Aku nak bagitahu, aku tak balik rumah malam ni. Kunci pintu semua, aku izinkan kau tidur rumah belakang...."

"Abang pergi mana?"

"Aku ada hal urgent... Ingat pesan aku, tidur rumah belakang.. Jangan mengada duduk rumah tu sorang-sorang. Okaylah, aku end dulu..."

Tut!

Dhia Humaira melihat skrin Iphone tersebut. Gelap! Ya Allah, walau apapun pekerjaan yang sedang suamiku lakukan, lindungi lah dia dari sebarang mara bahaya. Amin...

......

"So apa rancangan kau Mateen?"Tanya Elhan.

"Kenapa HQ suruh kita? Pihak berkuasa takboleh handle ke?"

"Diaorang ni licik Mateen. Banyak kali bebas dari tahanan polis.."

"Bebas dari polis?" Zayyan Mateen mengusap dagunya. Pelik!

"Korang tak rasa something ke? Macamana boleh bebas banyak kali? Dari pihak polis pula tu.."Zack yang sedang duduk itu menyuarakan pandangannya.

"Betul tu.. Aku pun rasa ada yang tak kena.."Sokong Ferdi.

"Karl? Apa pendapat kau?"Zayyan Mateen memandang sahabatnya itu.

"Zack dengan Ferdi, aku rasa korang kena minta fail-fail tentang diaorang dekat polis. Kita kena tengok siapa yang ditugaskan untuk siasat kes diaorang..."

"Aku tak janji boleh dapat sebab semua tu confidential..."Ujar Ferdi.

"Come on... Pernah ke kita dapat semua tu kalau kita minta? Macam biasa lah.."

Zack dan Ferdi berpandangan. Paham akan maksud yang dikatakan oleh Karl.

........

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Pintu utama dibuka menggunakan kunci pendua.

Televisyen yang terpasang di ruang tamu itu menghentikan langkah Zayyan Mateen untuk melangkah masuk.

"Kenapa tv on ni?" Segera dia masuk dan mengunci pintu utama.

Apabila dia mendekati ruang tamu, matanya dihidangkan dengan sosok yang sedang meringkuk tidur di atas sofa.

"Budak ni! Aku suruh tidur rumah belakang, apa pasal dia tidur dekat sini?" Zayyan Mateen memandang sekeliling. Mesti wanita itu tertidur saat sedang melipat baju.

Baju-baju yang masih belum berlipat itu, Zayyan Mateen kutip lalu diletakkan ke dalam bakul. Ruang yang kosong di atas sofa itu dia duduki.

Rambut yang terlepas dari ikatan itu dia selit di tepi telinga Dhia Humaira.

"Kau ni...Haih!"Perlahan-lahan dia mencempung tubuh itu untuk dibawa masuk ke bilik.

"Jangan...Tolong, lepaskan saya...."Baru sahaja dia nak melangkah. Wanita itu menigau. Jelas kelihatan tubir mata wanita itu sudah berair. Mesti mimpi buruk lagi...

"Shhhh....Aku ada, kau selamat..."

"Abang....Jangan tinggalkan saya...."Tiba-tiba wanita itu merangkul lehernya. Kemas!

"Tak...Aku takkan tinggalkan kau..."Apabila Dhia Humaira sudah sedikit tenang. Zayyan Mateen mula melangkah menuju ke bilik tidur.

Perlahan-lahan dia meletakkan tubuh wanita itu di atas katil, baru sahaja dia nak meyelimutkan tubuh itu. Lehernya ditarik.

"Ja..Jangan tinggalkan saya..."Ujar Dhia Humaira dengan mata yang masih tertutup.

Keadaan mereka yang terlalu rapat itu membuatkan Zayyan Mateen berasa berdebar. Ni kalau aku jahat ni, memang aku cium budak ni! Sabar Mateen...! Matanya dipejam sebelum dia mengambil nafas yang dalam.

"Humaira....Errr, aku nak mandi ni... Lepas boleh?"Sebelah tangannya cuba melepaskan tangan Dhia Humaira dari lehernya.

Dhia Humaira makin menarik Zayyan Mateen mendekat. Dia membenamkan wajahnya ke leher lelaki itu.

"Ya Allah....Pagi-pagi buta ni kau seksa aku Humaira....."Sekali lagi dia cuba menarik tangan isterinya namun tenaga wanita itu lagi kuat.

"Fine! Nampaknya tak mandi la aku seharian..." Akhirnya dia putus asa, posisi badannya cuba dibetulkan bagi selesa.

.......

TBC

........

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now