29

5.5K 188 1
                                    

Seminggu sudah berlalu. Sejak termeterai janji mereka. Tidak dia nampak kelibat lelaki itu di rumah waima pada hujung minggu. Entah kemana menghilang pun dia tak tahu.

Pagi ni baru ada tuan empunya rumah apabila melihat kereta yang sering dibawa lelaki itu tersadai di dalam porch.

"Tuan dah turun tu, Dhia layanlah ye? Kak Mun nak sidai kain..."Hari Isnin kini tiba dan macam biasa lelaki ini akan mulakan paginya dengan bersarapan sebelum ke office.

Bunyi kerusi ditarik membuatkan Dhia Humaira segera mendekati meja makan.

"Selamat pagi tuan, jemput makan.."Kopi dituang ke dalam cawan.

"Tuan nak makan apa?"

"Bagi aku roti jala tu.."Dhia Humaira mengangguk lalu meletakkan 2 keping roti jala ke dalam pinggan serta kuah kari ayam ke dalam mangkuk kecil.

"Eh! Eh! Nak pergi mana?"
Lengan Dhia Humaira dipegang.

"Errr...Da..Dapur..."

"Kau dah makan?"Dhia Humaira angguk. Dia dah makan tadi sambil menunggu roti jala siap..

"Teman aku makan.."

"Huh?"

Zayyan Mateen menjuling mata ke atas. Dah takda perkataan lain gamaknya isterinya itu.

"Duduk! Teman aku makan! Kau tanya lagi, kau yang aku makan nanti! Dah duduk!"

Kerusi yang berdekatan dengan Zayyan Mateen Dhia Humaira tarik lalu diduduki.

"Kau ambil SPM kan?"

Angguk!

"Lulus tak?"

Angguk! 5A 4B

"Allah bagi mulut tu untuk bercakap....Orang yang bisu tu teringin sangat nak bercakap macam kita.. Tapi kau taknak guna nikmat yang Allah bagi..."

Tergandah dia dengan perlian lelaki ini.

"Maaf..."Ucap Dhia Humaira.

"Aku bukan nak kau minta maaf...Just talk to me...Susah ke?"

Dhia humaira geleng. Dia memang begini, Kurang bercakap.

"Aku malas nak bertekak depan rezeki....Kau nak sambung belajar?"

Dhia Humaira pandang wajah suaminya lalu dia tunduk semula. Dulu, pernah dia bercita-cita nak sambung belajar. Tapi sejak ayah jatuh sakit, dia kuburkan hasrat itu. Sekarang pun rasanya dia dah tak berminat.

"Takda keperluan untuk saya sambung.."

"Siapa cakap? Pernah dengar tak peribahasa..Menuntutlah ilmu hingga ke negeri China...?"

"Saya tahu tuan, tapi saya dah selesa begini..."

"Nope, aku tak setuju... Kau muda lagi, sayang kalau bazirkan usia muda kau begitu sahaja... Dekat luar tu ramai lagi nak sambung belajar, tapi sebab kekurangan dari pelbagai sumber mereka terpaksa batalkan niat... Aku nak daftarkan kau untuk diploma...
Atleast, kau ada sijil diploma.."

"Tuan tapi saya..."

"Tunjuk dan buktikan dekat orang kampung, terutama mak tiri kau tu, yang kau boleh berjaya. Jadikan semua kisah lalu kau sebagai pembakar semangat untuk kau buktikan pada diaorang siapa diri kau! Tunjuk dekat diaorang yang kau pun boleh berdiri sendiri!"

Apa lagi yang dia perlu katakan. Ada benar kata suaminya itu. Sudah tiba saat nya dia bangkit dan mencari kejayaan sendiri. Dia dah penat dihina dan dia dah penat dicaci. Tiba masa untuk dia bangkit menjadi Dhia Humaira yang baru.

"Saya ikut cadangan tuan..."

"Good...Nanti aku tengokkan kos yang sesuai dengan keputusan SPM kau..."

Dhia Humaira mengangguk.

"Aku nak pergi kerja ni...Mungkin lambat sikit aku balik malam ni...Ouh! Terlupa pula yang kau tidur rumah belakang...Haih! Apa la nasib...Ingat bila balik dari kerja ada la orang sambut dekat depan pintu....."Sengaja dia mengusik takda niat pun nak buat isterinya tersinggung.

"Tuan nak saya tunggu tuan?"

"Kalau aku balik pukul 1 pagi, kau nak tunggu juga ke?"

Dhia Humaira mengangguk. Dia okay je kalau setakat nak tunggu lelaki itu balik dari kerja.

Zayyan Mateen mengeluh. Kenapalah kau ni naif sangat Humaira? Tergeleng dia dibuatnya.

"Takpayah...Habis je Kak Mun kerja, kau ikut dia balik rumah belakang...Aku pun taktahu balik pukul berapa...Dah, aku pergi dulu..."

Dhia Humaira mengangguk.

"Hati-hati tuan..."

"Hurm.."Mereka akhirnya dipisahkan oleh destinasi yang berlainan. Dhia Humaira masuk semula ke dalam rumah untuk mengemas meja makan.

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now