15

5.6K 186 5
                                    

"Tak guna!" Badan Ismail ditarik ke belakang kemudian satu tumbukkan hinggap di wajah Ismail.

"Kau dah tua pun tak ingat nak taubat ke? Lagi buat dosa...
Bangsat!"Segera dia memukul wajah lelaki itu bertalu-talu...

Apabila lelaki tadi sudah lemah terbaring. Segera Zayyan Mateen memandang ke arah Dhia Humaira yang terbaring sambil teresak di atas katil.

"Humaira?"Tudung yang terdampar itu segera dia capai lalu dia menghampiri Dhia Humaira.

"Pakai tudung ni. Ikut aku, aku bawa kau balik..."Apabila melihat baju wanita itu terkoyak, dia menundukkan pandangan.

Segera jaket ditubuh ditanggalkan lalu diberikan kepada Dhia Humaira. (Kau ni kan.....Tadi orang tu beria nak ikut kau..Kau tinggalkan....Author undo balik dari cart....!)

.......

Sepanjang perjalanan. Hanya esakan yang kedengaran. Zayyan Mateen hanya kerling sahaja ke arah sosok itu. Bodoh la kau Mateen... Kau pergi tinggalkan dia tadi kenapa? Nasib baik kau tergerak hati nak patah balik.

Ye! Setelah dia melihat situasi keluarga Dhia Humaira tadi. Dia berpatah balik menuju ke rumah Dhia Humaira. Dia hanya nak perhatikan dari jauh sahaja. Tetapi apabila ternampak wanita yang bergelar mak tiri Dhia Humaira tadi keluar dari rumah terus dia rasa tak sedap hati.

Apabila Saerah sudah menjauh dari rumah itu, Zayyan Mateen ambil keputusan untuk datang mendekat ke rumah itu. Apabila dia menghampiri rumah itu, terdengar jeritan minta tolong dari dalam.

Apa lagi, terus dirempuh rumah itu. Suara orang menangis membawa Zayyan Mateen ke bilik itu. Mujur sahaja tak berkunci. Terkejut dia saat melihat Dhia Humaira sedang ditindih Ismail.

Terus dia menarik badan lelaki tua itu dari terus menindih badan Dhia Humaira. Bertalu-talu tumbukkan dia berikan ke wajah lelaki tua itu!

Kalau ikutkan hati, mahu dibunuh sahaja manusia beperangai binatang itu. Apabila lelaki tadi terkulai akibat dari tumbukkan yang diberikan. Dia memandang ke arah wanita yang terbaring lemah di atas katil.

Baju terkoyak sana-sini. Tudung entah kemana. Rasa bersalah mula menebal dalam diri. Kalaulah dia tak tinggalkan wanita itu tadi, pasti semua ni takkan terjadi. Hampir sahaja maruah wanita itu diragut sekali lagi.

"Kita dah sampai!"Zayyan Mateen mematikan enjin kereta lalu seat sebelah dikerling. Wanita itu masih dalam dunianya sendiri.

Zayyan Mateen keluar dari kereta. Pintu utama dibuka.

"Kak Mun!"

Kak Mun yang dari dapur itu berlari mendapatkan majikannya.

"Ye tuan?"

"Tolong bawa Dhia balik rumah belakang. Lepastu, Kak Mun takpayah masuk kerja.... Jaga Dhia dan tenangkan dia.."

"Ba..Baik tuan.."Sepantas kilat dia berlari ke arah kereta majikannya. Pintu tempat duduk penumpang Kak Mun buka...

"Ya Allah, kenapa ni Dhia?"
Terkejut dia saat melihat Dhia Humaira dalam keadaan tak terurus itu. Lantas Kak Mun memeluk tubuh itu.

Air mata mengalir lagi. Tubuh Kak Mun dipeluk erat oleh Dhia Humaira...

"Jom balik dulu..."Dhia Humaira mengikuti semua arahan Kak Mun. Tak sedikitpun dia membantah. Sehinggalah dia tertidur di atas katil.

"Apa dah jadi dengan kamu ni Dhia?"Rambut yang masih basah itu dia elus dan diselit dibelakang telinga Dhia Humaira. Jatuh simpatinya terhadap wanita ini.

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now