30

6K 180 2
                                    

Waktu cepat berlalu. Sedar tak sedar tinggal seminggu sahaja lagi dia akan tinggal di rumah belakang ini. Setelah itu, dia diwajibkan untuk tinggal di rumah agam milik lelaki itu.

Hujung minggu tiba lagi. Ketika itu, dia sedang menyiram pokok bunga.

"Oii..!"Terangkat bahunya kerana terkejut apabila dijerkah.

"Tu..Tuan....Tuan nak apa-apa ke?"Paip air segera ditutup.

"Jom ikut aku.."

"Pergi mana?"

"Shopping.."

"Err..Saya..."

"Ini arahan sebagai suami.."

"Ba....Baik tuan..."

"Pergi tukar baju, aku bagi 15 minit je...Aku tunggu dalam kereta..."Zayyan Mateen kemudiannya melangkah ke arah kereta Range Rovernya.

......

Mereka kini tiba di sebuah shopping complex. Dhia Humaira yang berjalan agak jauh darinya membuatkan Zayyan Mateen menghentikan langkah.

"Sini!"Dia gamit isterinya itu supaya mendekat.

"Ye tuan?"

"Boleh tak jangan panggil aku tuan? Aku ni suami kau Humaira bukan majikan kau..!"Tangan kanan wanita itu digenggam.

"Tu..Tuan.."Dhia Humaira pandang tangan yang digenggam itu.

"Pegang aku... Orang ramai ni, nanti kau hilang pula...."Mereka berdua beriringan berjalan di sekitar shopping complex itu.

Mereka tiba di kedai yang menjual pakaian dalam wanita. Terbuntang Dhia Humaira saat lelaki itu melangkah masuk ke dalam kedai itu. Naik memerah mukanya apabila melihat pakaian dalam yang banyak dipasang pada model patung. Dia yang perempuan pula yang malu.

"Ambil berapa yang kau nak..."
Tangan dilepaskan untuk memberi Dhia Humaira ruang untuk memilih.

"Ye cik..Boleh saya bantu?"Tanya seorang pekerja di situ.

"Tolong berikan beberapa set yang sesuai untuk isteri saya.."
Balas Zayyan Mateen..

"Tuan..."Dhia Humaira memanggil suaminya.

"Apa?"Kening lelaki itu terangkat.

"Boleh tuan tinggalkan saya sendiri....Dah siap beli, saya cari tuan...."

"Kenapa pula? Biarlah aku nak teman isteri aku.."

"Sa...Saya tak selesa.."Dia menunduk.

"Kau lupa, aku dah pernah te.."Dhia Humaira segera katup mulut lelaki itu dengan tangannya. Sungguh dia malu dan kalau boleh dia taknak ingat langsung kejadian itu.

"Tolong tu..tuan....Tunggu saya dekat luar, nanti saya datang dekat tuan..."

Dengan mulut yang masih terkatup itu, Zayyan Mateen mengangguk. Tak sepatutnya dia membangkitkan isu itu. Nak buat macamana, mulut dia ni memang takda filter. Apabila mendapat respons dari suaminya, tangan yang menutup mulut Zayyan Mateen segera diturunkan.

"Please treat my wife as best as you can...I will leave her with you.."Ujar Zayyan Mateen kepada pekerja itu. Entah apa yang difikir wanita muda itu.. Kata dah kahwin tapi panggil tuan dekat suami sendiri. Nampaknya dia kena ajar isterinya untuk menukar panggilan mereka.

"Baik encik.."Balas wanita muda itu.

.....

"Tuan...Baju yang tuan bagi saya tu masih elok. Yang saya tak pakai lagi pun ada. Tak perlulah membazir.."Mereka kini berada di dalam butik baju.

Minggu depan syarikat Zayyan Mateeb akan mengadakan event. Jadi dia nak kenalkan isterinya kepada umum.

"Yang aku bagi tu untuk pakai dekat rumah... Yang ni aku nak suruh kau pakai, sebab aku nak bawa kau pergi event.."

"Tapi tuan saya.."

"Tuan Mateen...Ni beberapa koleksi yang paling latest dari butik kami."Bicara Dhia Humaira terhenti apabila pekerja butik itu mencelah.

Di depannya tergantung beberapa dress labuh. Berwarna-warni serta mewah. Tengok pun Dhia Humaira sudah dapat meneka nilai dress tersebut. Mesti beribu-ribu. Tak sanggup dia nak pakai baju semahal itu ditubuhnya.

"Nice..Where is the fitting room?"

"Here..."

"Jom!"Zayyan Mateen menarik lengan isterinya untuk mengekori pekerja butik itu.

....

Dress labuh berwarna navy blue itu dia sarung. Zip panjang yang berada di bahagian belakang menyukarkan untuk dia menariknya ke atas. Errr.. Macamana ni?

"Tuan? Tuan dekat luar ke?"Panggil Dhia Humaira dibalik tirai yang memisahkan mereka itu.

"Kenapa?"Zayyan Mateen mendekati tirai itu.

"Boleh tuan panggil sesiapa tak? Saya nak minta tolong..."

"Tolong apa?"

"Saya tak sampai nak tarik zip, boleh tak tuan pang...."

"Tuan!"Segera dia kebelakang saat Zayyan Mateen menerjah masuk ke dalam ruang persalinan itu. Dhia Humaira menekap belakang tubuhnya di cermin besar yang tersedia.

"Zip mana kau tak sampai nak tarik tu? Meh aku tolong..."

Dhia Humaira menggeleng. Taknak...Dia taknak pertolongan dari lelaki ini.

"Tuan panggilkan pekerja perempuan tadi boleh?"

"Kenapa? Aku boleh tolong zipkan..."

"Saya...."

"Cepat Humaira..Banyak lagi baju kau tak cuba ni...Aku tolong je pun...."

Dhia Humaira menunduk. Ya Allah, lepas satu-satu kejadian memalukan dirinya hari ini. Sumpah dia tak nak keluar dengan lelaki ini lagi..

Perlahan-lahan, Dhia Humaira menjauh dari cermin besar itu, kemudian dia pusing belakang. Matanya ditutup, dia tak sanggup untuk tengok pantulan lelaki itu yang kini berada di belakangnya.

"Tolong saya zipkan dress ni.."Ujar Dhia Humaira.

Bahagian zip yang agak panjang itu membuatkan tubuh wanita itu agak terdedah. Zayyan Mateen terkaku pabila melihat belakang tubuh isterinya. Tertelan air liurnya saat ini. Kenapa tadi aku selamba badak je nak tolong..

Hish! Takboleh..Takboleh....Dia bukan boleh percaya sangat diri sendiri...

Dari nak tolong, jadi benda lain pula nanti...

"Ehem...! Kau tunggu jap, aku panggil pekerja tadi.."Sepantas kilat Zayyan Mateen keluar dari bilik persalinan itu. Membahang rasa wajahnya saat ini. Telinga pun dah memanas.

Dhia Humaira melepaskan nafas lega. Tapi dalam masa yang sama dia tetap malu. Ya Allah! Dia tekup mukaknya dengan tapak tangan.

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now