20

5.8K 168 0
                                    

"Apa yang penting sangat tu?"Selepas pulang dari Rumah Cahaya kasih. Zayyan Mateen terus dapat panggilan dari Zack. Katanya perlu berkumpul segera.

"Ni...Kau tengok ni..."Beberapa keping gambar diberikan kepada Zayyan Mateen.

"Mana korang dapat ni? Siapa bagi?" Gambar dia bersama Dhia Humaira saat di rumah gadis itu tempoh hari.

"Aku rasa budak Chow Tan tengah buat kerja sekarang..."

"Tapi kenapa pula? Aku dah bayar duit yang diaorang nak! Apa lagi yang diaorang tak puas hati?"

"Aku nak kau berhati-hati sekarang. Aku rasa diaorang dah mula hidu kerja kita.."Ujar Zack.

"Karl tahu?"Tiada kelibat Karl diruangan itu.

"Dia la bagi gambar ni tadi.... Entah kemana pula dia menghilang..."Zack memusing mencari kelibat Karl di sekitar ruangan tersebut.

Zayyan Mateen tahu yang Karl pasti marah tentang gambar ini. Haih!

......

Bunyi tembakan itu tidak sedikitpun menganggu pendengaran Zayyan Mateen. Dia sudah terbiasa mendengar bunyi tembakan tersebut. Kerja keduanya juga memerlukan dia tangkas dalam menembak.

Sosok yang sedang fokus menembak itu didekati. Zayyan Mateen ambil ruang di sebelah lelaki itu. Jarak mereka hanya dipisahkan dengan dinding lutsinar.

"Wanna bet?"Soal Zayyan Mateen ketika Karl sedang mengisi perluru ke dalam handgun.

Tiada balasan dari Karl sebaliknya lelaki itu mengambil posisi untuk menembak. Mata cuba difokuskan terhadap target board.

Zayyan Mateen memakai earmuff lalu dia juga mengambil posisi untuk menembak. Berdas-das peluru ditembak ke arah target board.

Setelah beberapa minit menembak. Karl dan Zayyan Mateen duduk di bangku yang disediakan.

"Kau marahkan aku?"Tanya Zayyan Mateen.

Karl yang sedang membuka sarung tangan menoleh ke sisi kemudian dia pandang ke tangannya semula.

"Sejak perempuan tu ikut kau balik... Kau sendiri tengok apa yang dah jadi dengan kau.."

Zayyan Mateen mengeluh. Jadi betul lah, Karl marahkan dirinya.

"Karl....Cuba kau duduk dalam tempat aku? Sanggup ke kau biarkan perempuan naif macam tu kena tindas?"

"Aku faham kau nak tolong dia Mateen...Tapi, biarkan dia terus berada dengan kau juga sesuatu yang bahaya! Kau lupa ke kita buat apa?"

"Aku yakin dia okay dekat rumah tu..."Dia yakin kerana kawasan rumah yang dia duduki mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Hanya orang berkenaan sahaja yang boleh keluar dan masuk ke kawasan perumahan tersebut.

"Aku rasa kau dah tengok gambar-gambar tu...Diaorang dah mula jejaki kau..."Jikalau rahsia dan identiti mereka bocor. Maka organisasi mereka juga dalam bahaya.

"Aku tahu apa yang aku buat... Aku janji, organisasi kita takkan terlibat...Kalau aku terpaksa undur diri sebab keselamatan organisasi. Aku sanggup buat..."

"Wow....Orang yang dulu sanggup bergadai nyawa sebab nak pertahankan organisasi, sekarang dah cakap tentang undur diri? Ni bukan Zayyan Mateen yang aku kenal..."

"Cukuplah provoke aku Karl.... Aku akan buat sehabis baik untuk team kita.... Aku tak pernah berubah dan tetap Zayyan Mateen yang dulu...."

Karl meraup wajahnya. Dia sebenarnya risaukan sahabatnya itu. Sekarang, orang Chow Tan mula menjejaki sahabatnya itu. Keselamatan lelaki itu sudah terancam. Bukan dia sahaja, malah semua yang berada di sekelilingya juga akan terancam.

"Aku risaukan kau Mateen...Dah bertahun kita terlibat dengan semua ni, sekalipun kita tak pernah dijejaki. Tapi...Kau tahu maksud aku..."Sejak kemunculan Dhia Humaira. Zayyan Mateen menjadi sasaran.

Bahu kanan Karl digenggam.

"Terima kasih sebab risaukan aku...Selepas mama meninggal, koranglah keluarga aku... Aku janji akan jaga diri aku dan aku janji korang semua takkan terlibat, termasuk lah sesiapa pun."Tekad Zayyan Mateen. Selepas ini, dia perlu lebih berhati-hati.

......
TBC
......

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now