19

5.5K 178 2
                                    

"Mana kamu jumpa Dhia ni Yan?"Soal Puan Jariah. Saat itu mereka duduk di meja batu sambil memerhatikan Dhia Humaira melayan anak-anak dari Rumah Cahaya Kasih ini.

"Panjang ceritanya umi... Cukup umi tahu yang dia mangsa keadaan... Saya bawa dia kesini pun sebab nak bagi dia tenangkan balik diri dia...."Cawan yang berisi teh 'o' panas itu dihirup.

"Cantik budaknya, kamu berkenan ke?"

Uhuk!

Tersedak Zayyan Mateen dibuatnya.

"Apa umi ni? Kesitu pula dia...."

"Umi tanya je pun..Sampai tersedak tu dah kenapa?"Usik Puan Jariah.

"Umi...Saya ada permintaan..."

"Apa dia Yan? Kalau umi boleh tolong, umi tolong.."

"Boleh tak Dhia tinggal dekat sini dalam seminggu dua... Saya nak bagi dia pulihkan semangat dia... Saya harap, dengan ada budak-budak ni, boleh kurangkan rasa sedih dia.."

"Umi tak kisah Yan... Berapa lama Dhia nak tinggal dekat sini pun umi tak kisah... Umi tengok dia layan budak-budak ni baik je...Tapi...Dhia ni memang takda mak ayah dah ke? Kamu bukan bawa dia kesini dengan cara jahat kan?"

"Hish! Umi ni.. Takdalah....Macam saya cakap tadi, susah jalan ceritanya....Pasal status Dhia, dia anak yatim piatu... Ayah dia baru je meninggal beberapa bulan yang lepas..."

"Masha Allah... Umi simpati..."Dia merenung wajah ayu itu. Pucat tapi sedikitpun tak hilangkan seri wajahnya.

"Bila Dhia nak duduk sini?"Tanya Puan Jariah.

"Minggu depan umi.. Harini saya bawa Dhia untuk tengok reaksi dia... Nampak macam dia suka aje dekat sini...."

"Umi tak kisah. Tempat ini selalu terbuka untuk kamu berdua...Umi nak kebelakang sekejap, nak tengok tukang masak... Kamu dengan Dhia makan dekat sini dulu tau sebelum balik.."

Zayyan Mateen mengangguk. Dah lama rasanya tak makan ramai-ramai dengan anak-anak di Rumah Cahaya Kasih ini.

Apabila kelibat Puan Jariah hilang dari pandangan, Zayyan Mateen memusatkan pandangan ke arah Dhia Humaira yang sibuk melayan kerenah anak-anak Cahaya Kasih....

Berseri wajah wanita itu semenjak bergaul dengan anak-anak ini tadi... Aku harap, senyuman kau tu akan selalu mekar Humaira...

.....

"Buat apa tu?"Tegur Zayyan Mateen.

"Eh, Abang Yan...Sinilah! Kami duk mewarna."Fifi yang berumur 6 tahun itu menjawab soalan Zayyan Mateen.

"Kak Dhia... Orang Utan ni badan dia warna apa eh?" Tanya Hazmi yang berusia 5 tahun itu.

"Coklat...Meh akak tolong warnakan..."Ujar Dhia Humaira.

"Abang Yan.."Afif yang muncul disisinya berbisik.

"Kenapa Afif bisik-bisik ni?"Zayyan Mateen juga turut berbisik.

"Siapa kakak cantik tu? Girlfriend Abang Yan ke?"Terbuntang mata Zayyan Mateen dengan soalan Afif.

"Taklah... Kawan abang je... Kenapa?"

"Baguslah kalau kawan, sebab Afif nak kahwin dengan dia kalau dah besar nanti...Dia cantik.."

Erk!

Tak tahu Zayyan Mateen nak respons macamana . Amboi, tak sunat lagi tapi dah cakap pasal kahwin.

"Amboi....Siapa cakap Afif boleh kahwin dengan dia?"

"Afif la.."

"Mana boleh..."

"Kenapa pula? Akak tu bukan girlfriend abang pun.."

Errr...! Apa aku nak kelentong budak cenonet ni?

"Sebab Afif kecil lagi...Haaa...Budak kecil mana boleh kahwin..."

"Sebab tu Afif kata KALAU besar....Memang la sekarang takboleh sebab Afif kecil..."

Zayyan Mateen sudah mahu tergelak. Semangat sungguh budak ni nak kahwin. Haih! Afif..Afif..

"Okaylah.. Kalau macam tu, makan banyak sayur... Cepat besar...Pastu boleh la Afif kahwin dengan Kak Dhia.."

"Betul ke bang?" Berdosa tak eh menipu anak yatim?

"Erm...Betul lah..."Jawab Zayyan Mateen.

"Okay..Kalau macam tu, Afif nak makan sayur banyak-banyak..."Zayyan Mateen hanya tersenyum hambar. Haih! Budak ni macam-macamlah.

.....

"Seronok?"Tanya Zayyan Mateen saat mereka dalam perjalanan balik ke rumah.

"Seronok....Terima kasih bawa saya ke sana tuan..."

"Erm...Ehem...Aku ada benda nak cakap..."

"Ada apa tuan?"

"Kalau aku hantar kau duduk sana dalam seminggu dua, kau nak?"

Bersinar mata Dhia Humaira. Nak..Nak sangat!

Dhia Humaira mengangguk setuju.

"Good... Nanti aku bagitahu kau bila..."

"Terima kasih tuan...Saya banyak terhutang budi dengan tuan...Apa yang perlu saya buat untuk bayar balik budi tuan..?"

"Tak pelru bayar apa-apa... Cuma aku harap kau cepat sihat dan mulakan hidup baru.. Tinggalkan kisah-kisah pahit tu dekat belakang. Kita sepatutnya semakin maju kehadapan, kalau selalu mengundur. Tak berubah apa-apa....Ambil ujian ini sebagai satu cara untuk kau berdiri semula... Kuatkan semula mental dan fizikal kau.... "

Dhia Humaira mengangguk. Meresap ke hati segala kata-kata yang dikatakan oleh lelaki ini.

"Dah lama tuan buka Rumah Cahaya Kasih?"

"Rumah tu mama aku yang usahakan, aku cuma teruskan je selepas dia meninggal.."

"Mama tuan dah takda? Maaf.."

"Tak perlu minta maaf... Mama dah lama pergi, 16 tahun lepas..."

"Ayah tuan?"

"Ada....Somewhere...Aku pun tak tahu...."

Tiada lagi pertanyaan yang keluar dari mulut Dhia Humaira. Dia taknak soalan-soalannya bakal membawa ke perkara yang lebih sensitif.

"Kau?"

"Huh?"Blur dia saat ditanya tiba-tiba.

"Ayah dengan mak kau?"Dia dah tahu semua tentang Dhia Humaira cuma sengaja memilih topik untuk bersembang.

"Mak saya meninggal masa saya 10 tahun, Ayah pula baru je meninggal beberapa bulan lepas.. Saya takda adik-beradik lain...Masa saya umur 15 tahun, ayah kahwin dengan Makcik Saerah...."

Terangguk Zayyan Mateen mendengar cerita Dhia Humaira.

"Tuan..Saya tanya, tuan jangan marah..."

"Depends pada soalan... Kalau soalan minta kena maki, maybe aku marah la.... Apa dia?"

"Tuan dan rakan-rakan tuan buat apa sebenarnya? Maksud saya, kerja apa?"

Terkejut Zayyan Mateen dengan soalan Dhia Humaira. Mujur sempat brek saat lampu isyarat bertukar merah. Selama hampir 3 bulan duduk dengannya, baru pertama kali soalan itu diutarakan.

"Confidential, aku takboleh cerita sesuka hati..."

"Paham... Maaf kalau saya tanya soalan macam tu..."

"Well, tak salah nak rasa curious but at the same time... Buat-buat taktahu juga merupakan jalan yang terbaik...

"Paham.."

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now