11

5.4K 213 8
                                    

"Tuan panggil saya?"Dia berdiri di hadapan Zayyan Mateen yang sedang bersandar di sofa berangkai tiga itu. Mata lelaki itu juga turut terpejam. Lelah seharian di office hari ini. Padah meninggalkan office selama seminggu. Bertimbun dokumen yang perlu disemak.

"Ambil baju-baju ni!"Dia menunjuk ke arah beg-beg kertas yang mengandungi beberapa pakaian wanita. Semua setiausahanya yang pilihkan, memandangkan dia tengok saiz badan mereka hampir sama.

"Takpe tuan...Kak Mun dah banyak bagi saya baju....Saya lagi selesa pakai baju Kak Mun..."Dia bukan bodoh sangat. Dia tahu jenama-jenama yang tertera di beg kertas itu merupakan jenama yang agak mahal. Dia pernah nampak di majalah.

"Aku ni tak suka cakap benda yang sama berulang kali. Kalau aku suruh ambil tu, ambil je la.. Aku tuan kau sekarang, jadi segala arahan yang datang dari aku..Kau kena patuh....Ambik semua ni!"Sedikit tegas dia bersuara. Dari terpejam, mata lelaki itu galak memandang wajah Dhia Humaira.

Tersentak Dhia Humaira dibuatnya. Segera beg-beg kertas itu dia ambil.

"Terima kasih tuan..."Setelah itu dia terus berlalu pergi dari ruangan itu

"Apa yang susah sangat entah. Bukan aku bagi bom pun...Huh!"
Dia mengurut pangkal hidungnya.

.......

Sudah seminggu dia duduk di rumah agam ini. Pekerja-pekerja yang lain pun sudah kenal dengannya. Mujurlah pekerja disini ramah-tamah dan terima dia sebagai orang baru seadanya. Dia bersyukur sangat.

Macam hari-hari sebelum ini, Kak Mun akan mula sibuk di dapur pada pukul 6 petang untuk menyediakan makan malam. Tapi hari ini Dhia Humaira terpaksa ambil alih disebabkan Kak Mun kurang sihat.

Dia takda masalah, cuma dia takut yang Zayyan Mateen tak suka. Pekerja yang lain memang tidak gemar mengambil alih tugasan memasak, kata mereka Zayyan Mateen itu cerewet bab makanan. Hanya Kak Mun sahaja yang tahu selera lelaki itu.

"Mana Kak Mun? Kenapa kau yang hidang?"Terkejut Dhia Humaira yang sedang mengaut nasi kedalam pinggan itu.

"Kak Mun tak sihat tuan...Maaf kalau tuan tak suka saya buat semua ni..."Perasaan takut mula menyelinap masuk hatinya. Baginya, aura lelaki ini terlalu dingin. Membuatkan dia tidak berani untuk berada satu ruangan dengan lelaki ini terlalu lama.

"Kau tak letak racun kan?"Dia mula mengambil tempat di kerusi. Wajah wanita itu dipandang. Cuba membaca raut wajah itu.

Dhia Humaira hanya menggeleng. Takkan lah dia nak buat macam tu. Dia ada iman lagi.

"Aku tak percaya....Fahim!!"Jerit Zayyan Mateen. Semasa nak turun ke bawah tadi, dia nampak kelibat Fahim masih berada di porch. Katanya nak vacuum kereta.

"Ye Tuan Mateen? Tuan panggil saya?"Terkoncoh-koncoh dia berlari mendapatkan majikannya.

"Jom makan...!"

"Tapi tuan saya..."

"Duduk! Makan dengan aku!"Dia menunjuk ke arah kerusi di sisinya. Menyuruh Fahim untuk duduk disitu.

"Ba..Baik tuan.."Haih! Tak pernah-pernah ajak makan sekali. Sihat ke tidak tuan aku ni?

Dhia Humaira segera mengambil pinggan di dapur lalu mengaut nasi ke dalam pinggan tersebut sebelum dia hulur kepada Fahim.

"Terima kasih Dhia..."Ucap Fahim dan dia hanya tersenyum membalas.

"Makanlah.."Ujar Zayyan Mateen. Kalau ada racun, sekurangnya Fahim kena dulu. Perwh, kejam betul aku ni!

Fahim mengambil ayam masak merah itu lalu dia letak ke dalam pinggan. Dengan lafaz Bismillah dia menyuap makanan tersebut.

Terbuntang matanya saat menguyah makanan tersebut. Lalu dia memandang majikannya.

"Kenapa Fahim? Aku memang dah agak yang dia ni bubuh racun...Luah balik Fa..."Tak habis ayatnya apabila dipotong Fahim.

"Sedap gila tuan ayam ni! Sebiji macam arwah ibu saya masak...."
Terkeluar sedikit air matanya saat merasai makanan tersebut. Terubat rindu dia kepada arwah ibunya. Segera dia menyuap lagi nasi dan lauk itu kedalam mulut sambil mengalirkan air mata.

"Tuan dengan Fahim makanlah ye..Saya nak basuh kuali dekat dapur.."Huh! Puas hatinya saat melihat muka cemberut Zayyan Mateen. Apa dia ingat aku ni kejam sangat ke sampai nak khianat orang. Dia ni ada lagi rasa terhutang budi, takkanlah dia nak buat onar dengan insan yang dah tolong dia.

"Sedap sangat ke?"Tanya Zayyan Mateen saat melihat Fahim dah macam orang tak makan sebulan.

"Sedap tuan...Tuan nak tak? Kalau taknak, saya nak habiskan!"

Zayyan Mateen segera mencedok ayam masak merah itu lalu mula memakannya. Terhenti kunyahan dia saat makanan tersebut mula sebati di dalam mulutnya.

"Betul kan tuan? Saya tak tipu...
Sedap!"Puji Fahim lagi. Sedar tak sedar dia dah tambah nasi untuk kali kedua.

"Ehem! Biasa je.."Ujar Zayyan Mateen lantas menyambung menyuap makanan tersebut.

"Eleh, taknak mengaku pula...Ni cuba daging goreng kunyit ni.."
Fahim mencedok lauk daging itu masuk ke dalam pinggan majikannya.

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now