13

5.4K 190 3
                                    

Kereta masuk ke dalam porch. Beg yang sederhana besar itu diambil lalu dibawa keluar. Terkaku dia saat melihat satu susuk sedang berkeliaran di laman rumah itu sambil terbongkok-bongkok. Galak dia memerhati susuk itu sehingga kelihatan jelas wajah itu.

"Hoi!"Tegur Zayyan Mateen. Orang dulu selalu kata, kalau tengah malam nampak benda mencurigakan jangan ditegur. Tapi Zayyan Mateen mana nak ikut semua tu.

Terus tegak berdiri susuk itu saat ditegur.

"Kau buat apa tengah malam dekat sini?"Saat itu Zayyan Mateen sudah berdiri di depan Dhia Humaira. Ye! Susuk yang sedang terbongkok-bongkok tadi adalah Dhia Humaira.

"Sa..Saya cari kucing Kak Mun tuan..."Bukan dia sahaja, semua orang dalam rumah belakang sedang sibuk mencari.

"Kau ni, nasib baik aku tak terus belasah kau...Aku ingat pencuri tadi.."

"Ma..Maaf tuan...."Zayyan Mateen meraup rambutnya kebelakang.

"Tuan.."Terkejut dia saat melihat bibir lelaki itu berdarah dan wajahnya lebam sana-sini. Terus dia katup mulutnya.

"Tuan..Ke..Kenapa muka tuan?"

"Takda apa.. Nah, ambil barang kau ni...Cek dalam tu, kut-kut ada yang hilang.."Dia melepaskan beg sederhana besar itu ke tanah.

Teragak-agak Dhia Humaira membuka zip beg itu. Bagaimana, lelaki ini mendapatkan beg ini?

"Semua ada? I/C ada tak?"Soal Zayyan Mateen.

Dhia Humaira mengangguk. Semua barang dia ada. Isi dalamnya sama seperti saat dia datang kesini. Alhamdulillah..

"Good...Dah, pergi masuk..Jangan nak berkeliaran dekat depan ni...."Baru je Zayyan Mateen nak berpatah balik untuk masuk ke rumah. Dhia Humaira bersuara.

"Muka tuan macam tu sebab beg saya ke?"Ada kemungkinan tekaannya betul. Tempat yang dia pergi haritu penuh dengan lelaki berbadan sasa. Lelaki ini kena pukul ke?

"Masuk Humaira..."Tiada balasan dari soalan Dhia Humaira sebaliknya lelaki itu mengarah agar wanita itu masuk.

Dhia Humaira memerhati lelaki itu yang berjalan pergi meninggalkan dia keseorangan disini. Betul ke kata makcik, aku ni menyusahkan? Tak sampai sebulan duduk disini, lelaki itu sudah lebam-lebam kerananya.

Dhia Humaira menunduk memandang seliparnya. Dia mengeluh lalu dengan perlahan-lahan dia menapak pergi dari halaman itu.

Zayyan Mateen yang memerhati Dhia Humaira dari dalam cuma melepaskan nafas lega saat wanita itu sudah berlalu pergi.

Sssssstt....

Tepi bibir yang terasa pedih itu segera dia sentuh. Tak guna Chow Tan ni! Duit dah dapat, lagi suruh budak kau pedajal aku! 10 lawan 1..Huh! Mujurlah dia handal dan tangkas. Habis kecundang 10 orang lelaki itu.

.......

"Bawa semua barang kau..! Ikut aku!"Dhia Humaira yang sedang menyiram pokok bunga itu tiba-tiba didatangi Zayyan Mateen.

"Nak pergi mana tuan?"

"Boleh tak jangan banyak tanya? Aku suruh tu, ikut je! Now, go!"
Dhia Humaira mengangguk dan dengan kadar segera dia meninggalkan laman itu.

"Eh, Dhia nak pergi mana dengan beg tu?"Tegur Kak Mun saat mereka terserempak.

"Tak tahu Kak Mun.Tuan suruh bawa..."Ujar Dhia Humaira.

Kak Mun hanya memandang Dhia Humaira yang menonong jalan keluar dari rumah ini. Kemana pula Tuan Mateen nak bawa Dhia ni?

"Masuk!"Ujar Zayyan Mateen dari tingkap pemandu. Segera Dhia Humaira turuti arahan lelaki itu.

Apabila Dhia Humaira sudah masuk ke dalam kereta, Zayyan Mateen menekan pedal minyak lalu kereta tersebut laju meninggalkan kawasan rumah itu.

.......

"Kita buat apa dekat sini tuan?"
Tanya Dhia Humaira. Dia kenal kawasan ini dan dia kenal rumah yang berada di hadapnnya sekarang.

Zayyan Mateen tak jawab soalan yang diberi sebaliknya dia keluar dari kereta lalu mendekati rumah tersebut.

"Assalamualaikum.."Ucapnya. Dhia Humaira yang berada di dalam kereta sudah tidak senang duduk. Akhirnya, Dhia Humaira juga turut keluar dari kereta tersebut.

"Tuan..."Dhia Humaira lantas mendekati lelaki tersebut. Apa yang lelaki ini cuba buat?

"Assalamualaikum.."Ucapnya lagi. Pintu kayu itu terus terbuka dari dalam, dan satu susuk lelaki asing keluar dengan hanya berkain pelikat.

"Siapa kau ni? Aku tak nak bayar zakat ke, bayar sedekah ke...Aku takda duit..."Ujar lelaki yang agak berumur itu. Dhia Huamira hanya sepi tanpa kata kerana masih terkejut. Siapa gerangan lelaki ini? Apa yang lelaki ini buat dirumah ayah?

"Siapa tu Bang Mail?"Muncul satu lagi suara. Susuk wanita yang hanya berbaju kelawar keluar dari rumah.

"Makcik! Makcik buat apa dengan dia dalam rumah ni?"

"Eh....Kau buat apa dekat sini? Bukan Luqman dah jual kau?"

"Mak...Makcik tahu saya kena jual?"Luruh air matanya. Dia tahu mak tirinya ini tak baik dengannya. Tapi dia memang tak sangka dua beranak ni memang sanggup buat dia macam ni. Ya Allah, apa salah aku dengan mereka sampai begini mereka layan aku?

"Ehem!"Zayyan Mateen yang sedari tadi jadi pemerhati berdehem.

"Siapa pula ni? Dia ni ke yang beli kau?"Terbuntang mata Dhia Humaira dengan persoalan mak tirinya. Mudahnya perkataan ini keluar dari mulut mereka. Seolah-olah diri dia ni ibarat barang dagangan

"Saya Zayyan... Saya taknak masuk campur urusan sesiapa pun. Saya kesini sebab nak hantar Dhia Humaira balik..."Selafaz Zayyan Mateen berkata.

"Tuan....Sa...Saya taknak...."Dhia Humaira sudah menggeleng. Tak sanggup dia nak balik dan tinggal di rumah ini semula.

"Look...Aku takboleh simpan kau lama-lama....Lagipun, kau ada keluarga kan?"

"Huh! Kau ni bajet suci je la selama ni? Tapi jadi perempuan simpanan juga....Hey, Dhia! Kau dengan aku tu takda bezanya...
Sama!"Zayyan Mateen dan Dhia Humaira memandang wanita yang lancang tersebut.

"Sumpah demi Allah saya tak buat perkara terkutuk tu....Tuan ni yang selamatkan maruah saya...Maruah yang anak makcik cuba gadaikan!"

"Sudahlah Dhia...Kau nafikan pun, benda takkan berubah... Kau tetap sama dengan aku!"

"Makcik!"Ternaik satu oktaf suaranya. Menggigil badannya saat ini.

"Okay enough! Apa-apa pun, semua ni takda kaitan dengan saya....Tugas saya dah selesai dan saya balik dulu..."Pamit Zayyan Mateen. Pintu kereta dibuka lalu dia lolos masuk ke dalam kereta.

"Tuan...Tuan tak boleh tinggalkan saya dekat sini....Tuan Mateen...."Pintu kereta diketuk dan cuba dibuka namun hampa. Pemiliknya sudah kunci dari dalam..

"Tuan...!"Panggilannya tidak diendah. Laju kereta itu pergi.

........

TBC

........

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now