27

5.6K 184 7
                                    

Sebulan! Sebulan masa yang diambil untuk lengkapkan prosedur nikah. Kehulu-kehilir Zayyan Mateen pergi untuk lengkapkan apa yang diperlukan.

Dari daftar kursus nikah sehinggalah menempah slot nikah dengan jurunikah. Semua dia buat sendiri, hanya beberapa kali sahaja dia terpaksa mengheret Dhia Humaira sekali.

Itupun untuk ke kursus kahwin dan jalani ujian HIV. Alhamdulillah, walaupun dalam masa yang singkat. Semuanya telah selesai. Lusa mereka akan akad nikah di pejabat agama.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk. Kak Mun yang kebetulan baru selesai keluar dari tandas segera memakai tudung dan membuka pintu bilik. Dhia Humaira masih lagi bertelekung walaupun sudah lama selesai menunaikan solat isyak.

"Eh! Tuan? Ada apa tuan?"

"Saya nak jumpa Dhia sekejap.."

"Ouh! Masuklah tuan, Dhia ada tu..."Pintu bilik dibuka luas.

"Kak Mun jangan pergi jauh... Tunggu sekejap ye, saya cakap dengan dia tak lama.."

Kak Mun hanya mengangguk. Walaupun dia percaya akan majikannya ini. Tapi membiarkan bukan muhrim berduaan tetap suatu perkara yang salah.

Zayyan Mateen mendekati Dhia Huamira yang duduk di birai katil sambil merenung ke luar balkoni itu. Dia lihat ke arah luar sekejap sebelum pandangannya jatuh kepada wanita itu.

"Ehem!"

Dhia Humaira tersentak dari lamunan. Lalu memandang ke arah datangnya bunyi suara itu.

"Tu..Tuan, a..ada apa?"Dhia Humaira lihat sekeliling. Cuba mencari kelibat Kak Mun.

"Kak Mun ada dekat luar tu kalau dia yang kau cari....Aku datang sekejap je ni..."

Dhia Humaira mengangguk.

"Nah!"Beg kertas bersaiz agak besar itu diletak di tepi Dhia Humaira.

"Apa ni tuan?"

"Baju kurung. Pakai waktu kita nikah nanti..."

Dhia Humaira pandang beg kertas disisinya kemudian dia pandang wajah lelaki itu. Satu keluhan dilepaskan. Luar balkoni dipandang kembali.

"Masih belum terlambat untuk tuan batalkan semua ni...Saya tak layak untuk lelaki sebaik tuan.."

"Takda sesiapa yang berhak untuk menilai layak atau tidak seseorang itu untuk aku Humaira. Kau yang aku pilih. Takda sesiapa yang boleh ubah.."

"Tapi saya jijik tuan....Saya sendiri jijik dengan diri saya!"

"Jijik atau tak.. Aku tetap pilih kau! Boleh tak, kau berhenti cakap benda mengarut ni? Jangan rendahkan maruah kau!"

"Maruah apa lagi yang saya ada tuan? Saya masih lagi ingat bagaimana setiap inci tubuh saya...."Berhenti bicaranya. Mata dipejam. Cuba diusir jauh kejadian malang itu.

"Sudah! Aku kesini bukan nak dengar mulut kau cakap benda-benda mengarut. Aku kesini sebab nak bagi baju tu... Buat masa sekarang, kita akad nikah dahulu. Lepas keadaan dah reda, kita buat majlis..."

"Majlis? Orang macam saya tak la...."

"Kau ingat aku ni baik sangat ke Humaira? Sekali lagi kau cakap kau ni tak layaklah, jijiklah...Aku cium mulut kau tu!"

Dhia Humaira menunduk. Air matanya mengalir ke pipi. Apa perlu dia buat sekarang? Patutkah dia lari? Tapi kemana? Dia taktahu masalah apa lagi yang dia akan hadap jika berada di luar sana. Dia tak kenal sesiapa.

"Kau jangan cuba nak lari Humaira...Kalau kau lari, sampai lubang cacing aku cari kau! Ingat tu!"Zayyan Mateen pusing badan untuk melangkah keluar dari bilik ini. Kalau berlama lagi dia dalam ni, lain pula nanti jadinya.

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now