57

5.1K 152 0
                                    

Baru sahaja Zayyan Mateen nak masukkan loyang ke dalam oven, isterinya itu datang menegur.

"Abang..."

Terhenti pergerakkannya di depan pintu oven. Kepala ditoleh kebelakang.

"Errr...Sayang sorry, lepas ni abang kemas...Lagipun abang dah siap ni.."Takut pula isterinya itu mengamuk. Sejak berkahwin ini, aura tegasnya dulu semakin hilang. Bukan takut isteri tapi sayang isteri. Hehehe..

Selepas Zayyan Mateen menutup pintu oven, Dhia Humaira datang mendekat lalu memeluk tubuh suaminya dari belakang.

"Sorry.."Ucapku.

"Eh! Kenapa ni?"

"Sorry termarah abang tadi....Saya ni isteri tak bersyukur kan? Sudahlah minta abang buatkan kek lepastu marah-marah abang pula...."

Zayyan Mateen tersungging senyuman. Ternyata itu yang membuatkan isterinya begini. Dia pegang tangan isterinya lalu dia pusing tubuh kebelakang. Berdepan dengan Dhia Humaira.

"Takda apalah...Apalah sangat yang sayang minta abang buat berbanding dengan pengorbanan sayang untuk anak kita nanti..."Pipi isterinya itu dielus.

"Awww...Abang so sweet...Abang nak air? Saya buatkan special untuk abang..."Dia tahu suaminya itu sudah penat membuat kek, dia nak buatkan air untuk suaminya itu.

"Apa-apa je sayang....Tapi abang nak air yang ada ais.."Aku angguk lalu melangkah ke arah kabinet.

Apabila tiba di kabinet dapur yang bersebelahan dengan singki, aku perasan ada satu loyang di situ.

"Abang?"

"Hhhm?"Zayyan Mateen yang sedang mengelap island table itu menoleh ke arah ku.

"Ni apa?"Aku tunjuk loyang itu.

"Ohhh! Tu kek tak jadi. Terlebih bakar..."Dia tersengih.

Entah kenapa aku teringin sangat nak rasa, lalu aku gapai pisau yang berhampiran. Sedia nak potong kek tersebut.

"Eh! Sayang nak buat apa?"Dia terus menghampiri isterinya itu.

"Saya nak rasa boleh?"

"Tak boleh sayang..Kek tu hangus...Tengok warna pun dah takda selera. Sayang tunggu yang satu lagi tu ye...Yang ini takpayah.."Baru sahaja dia nak capai loyang tersebut, tangannya dihalang Dhia Humaira.

"Tapi saya teringin..Bolehlah ye?"Aku kelip-kelip mata depannya.

"Tapi...."

"Sikit je, teringin..."

Zayyan Mateen mengeluh. Dia mengangguk membenarkan tindakan isterinya. Apabila mendapat kebenaran suaminya. Dhia Humaira lantas memotong kek itu.

"Bismillah.."Satu suapan masuk ke dalam mulutnya.

"Errr...Rasa apa?"Tanya Zayyan Mateen apabila melihat tiada kerutan dari wajah isterinya itu.

"Sedap! Rasa flavour rentung..."
Aku tutup mulut lalu ketawa.

"Kan abang dah cakap....Dah bak sini, jangan makan.."Dia nak ambil potongan yang masih tersisa di tangan isterinya itu.

"Ala janganlah...Saya nak habiskan yang ni, yang tu abang boleh sedekah dekat tong sampah.."Dia tunjuk dekat loyang tadi.

Zayyan Mateen tergeleng. Pelik betul la selera orang mengidam ni.

........

TBC

........

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now