31

5.8K 187 3
                                    

Setelah mendapatkan dress untuk Dhia humaira. Kali ini, mereka ke butik pakaian lelaki untuk mendapatkan suit baru untuk Zayyan Mateen. Dress berwarna purple lavender menjadi pilihan Dhia Humaira dan semestinya zipless... tak sanggup dia nak ulang situasi yang sama nanti.

Mereka masuk ke butik tersebut dan disambut mesra oleh owner butik. Nampak gayanya, Zayyan Mateen macam pelanggan tetap di butik itu.

"Welcome Tuan Mateen... Can I help you?"

"I need a new suit for my event...Show me some of them.."

"Sure...Follow me.."

Dia tarik tangan isterinya agar turut melangkah.

"If you want some helps, please call me... I'll wait outside..."Bilik persalinan di butik ini agak besar dan luas tak sama macam bilik persalinan di butik pakaian wanita tadi.

"Thank you Leo..."Leo tersenyum mengangguk dan berlalu keluar dari situ.

"So...Tugas kau sekarang...Pilih suit yang sesuai dengan aku..."Beberapa pasang suit kemas tergantung itu dilihat.

Rambang matanya melihat suit tersebut. Pelbagai design dan pelbagai warna. Mana pernah seumur hidup dia pilihkan baju untuk orang. Baju sendiri pun pakai yang mana ada je... Tak kena dengan selera lelaki itu kan susah nanti..

"Saya tak pandailah tuan....Saya rasa tuan pilih sendiri lah..."

"Nope....Aku nak kau pilihkan....Pilih warna yang masuk dengan warna dress kau tadi.."

Dhia Humaira mendekati tempat tergantungnya suit itu. Dah kata tak pandai, dipaksa juga.

Suit berwarna dark black itu menjadi pilihan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya terhadap suit itu. Sesuai kut dengan dress tadi.

"Tuan, saya rasa warna ni sesuai."Aku menunjukkan suit itu kepadanya.

Zayyan Mateen melihat seketika suit itu. Warna basic tetapi design dia menarik. Minimalist.

"Nice..Good choice.."Butang baju kemeja ditubuhnya dibuka satu persatu.

"Eh..Eh...Tuan kenapa buka butang?"Dhia Humaira sudah kalut.

"Tolong aku pakaikan.."Arahnya selamba.

"Huh?"Saat itu Zayyan Mateen sudah pun melepaskan baju kemeja dari tubuhnya. Segera Dhia Humaira berpaling ke arah lain.

"Bagi aku suit tu.."Suit yang lengkap dengan kemeja itu dipegang oleh Dhia Humaira. Lantas hanya tangan sahaja yang sibuk menghulur baju tersebut kepada Zayyan Mateen. Wajahnya masih berpaling ke arah lain.

"Kenapa kau ni?"Melilau sahaja tangan wanita itu saat menghulurkan suit.

"Saya bagi tuan baju la...Nah, ambilah.."Dicucuh lagi baju itu agar diambil oleh Zayyan Mateen.

Tersungging senyuman nakal di bibir lelaki itu.

Zayyan Mateen lantas menyambar lengan isterinya kemudian dia tarik sehingga Dhia Humaira berpaling ke arahnya.

"Tuan apa ni?"

"Apa yang apa? Aku ambil baju aku lah..."

"Baju tuan yang ni...Yang tuan tarik ni tangan saya..."Dhia Humaira cuba untuk merungkaikan pegangan tersebut.

"Kenapa pipi kau merah?"Usik Zayyan Mateen.

"Ma...Mana ada...Lepaslah tuan.."

"Fine! Menangis pula nanti dekat sini...Usik sikit je gelabah..."Baju yang berada di tangan isterinya diambil.

Dhia Humaira lantas menjauhi suaminya, lalu dia pusingkan badan membelakangi Zayyan Mateen. Tapi depannya sekarang cermin, secara tak langsung dia terlihat sosok tegap suaminya melalui pantulan cermin.

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now