16

5.7K 194 3
                                    

"Saya outsation seminggu. Tolong update saya kalau ada apa-apa yang jadi.."( Dalam erti kata lain. Tolong jagakan Dhia Humaira untuk saya....)

"Baik tuan..Err..Tuan...Maaf kalau saya bertanya... Tapi apa yang dah jadi sebenarnya...?" Kak Mun cuba menyoal. Semalam seharian Dhia Humaira tak bercakap apatah lagi makan. Asyik termenung je dalam bilik.

"Bukan sekarang masanya...Balik nanti saya cerita..."

"Ba..Baik tuan.."

"Tolong tengokkan dia..."

"Baiklah..."Selepas itu kereta yang membawa Zayyan Mateen hilang dari perkarangan rumah.

.......

Pulau Kelambu, Sabah

Bunyi papan kekunci yang sibuk ditekan itu menggamit Zack untuk datang mendekat.

"Apa yang kau dapat Han?" Soal Zack saat duduk disebelah Elhan.

"Apa yang boleh aku cakap... Kawalan diaorang rapi... Atas, bawah, kiri, kanan full dengan pengawal.."

"Kalau kita serbu je terlalu bahaya. Orang dia lagi ramai..."
Sampuk Ferdi.

"Apa pendapat kau Mateen?" Karl menyoal Zayyan Mateen yang dari tadi merenung ke luar jendela. Entah apa yang direnung dari tadi.

Tiada respons!

"Mateen."Ferdi menyentuh bahu rakannya itu. Tersentak Zayyan Mateen dibuatnya.

"Kau kenapa ni? Dah 2 hari kita dekat sini, aku tengok kau asyik mengelamun je..!" Karl yang tadi duduk kini sudah berdiri berhadapan Zayyan Mateen.

"Takda apa.... Aku just fikirkan jalan untuk masuk tempat diaorang..."

"Ye ke? Atau kau fikirkan perempuan tu?"

"Karl.."Elhan yang rasa ada bunga-bunga pergaduhan segera menegur.

"Kau bukan macam ni tau Mateen...Sejak Dhia tu duduk dengan kau, kau dah tak fokus!"

"Takda kena mengena la dengan dia... Dah kenapa kau nak bising ni?"

"Kenapa aku bising? Kau sedar tak, kita ni dalam misi? Kau boleh pula mengelamun dekat situ... Salah langkah, jadi jenazah kita ni!"

"Fine! Kau rasa kau bagus kan? Teruskan!"Zayyan Mateen ambil langkah meninggalkan ruangan itu.

"Shit!"Karl menedang kerusi kayu itu sehingga terbalik.

"Sudahlah... Boleh tak korang bertenang? Belum apa-apa lagi dah bergaduh..."Ujar Elhan sambil menggeleng. Dia bangun dari duduk lalu mengejar langkah Zayyan Mateen.

........

"Air?"Tin minuman yang dihulurkan membuatkan Zayyan Mateen berpaling ke sisi. Dia mendongak untuk melihat gerangan yang menghulurkan tin minuman tersebut.

"Dia macamana?"Soal Elhan apabila mengambil tempat di sisi Zayyan Mateen.

"Maksud kau?"Tin minuman dibuka lalu dengan rakus dia meneguk air tersebut.

"Dhia Humaira?"

Uhuk! Uhuk!

Tersedak Zayyan Mateen apabila nama itu meniti di bibir Elhan.

"Kenapa dengan dia?"Soal Zayyan Mateen kembali. Bibirnya yang basah itu dilap dengan hujung lengan baju.

"Apa dah jadi sebelum kita kesini?"

Tergandah dia dengan soalan Elhan. Lelaki ini cepat betul menangkap. Haih! Salah dia juga sebab tak fokus dalam misi. Zayyan Mateen mengeluh lalu memandang ke langit malam.

"She almost got raped...Again!"

"Huh? Ro..Rogol? Macamana? Bukan dia dekat rumah kau ke? Kau ke yang ro..."

"No.... Aku tak bodoh lagi nak buat benda tu.."

Elhan lega. Dia percaya rakannya tak sejahil itu.

"Sebelum datang sini, aku hantar dia balik ke rumah dia semula...."
Zayyan Mateen menceritakan segalanya yang terjadi kepada Elhan.

"Jadi sekarang dia macamana?"
Tahulah Elhan akan hujung pangkal cerita dan mengapa rakannya itu seperti ini.

"Aku taktahu...Lepas suruh Kak Mun ambil dia, aku tak tahu langsung tentang keadaan dia. Kak Mun hanya cakap yang dia termenung dan tak makan..."

"Kau risaukan dia?"

"Huh?"Zayyan Mateen memandang wajah Elhan.

"Kau risaukan dia kan?"Ulang Elhan.

Zayyan Mateen menunduk.

"Aku bukan risau, apa yang boleh aku simpulkan... Aku rasa bersalah....Kalau aku tak tinggalkan dia, mesti dia tak kena macam tu.."Saat dia tengok Dhia Humaira terbaring lemah itu, dia tahu wanita itu sudah terlalu kecewa dan menderita. Kalau dulu di kelab malam Chow Tan, tidak sempat terjadi apa-apa kepadanya. Tetapi kali ini, impak dia mesti besar buat gadis naif sepertinya.

"Aku tahu perasaan kau sekarang...Bercelaru dan bersalah...Tapi, aku minta kau tolak tepi dulu... Kita dekat sini sebab misi.... Fokus dan selesaikan misi kita....Balik nanti baru kita fikir cara penyelesaian untuk Dhia..."

Betul kata Elhan. Mereka disini kerana ada tanggungjawab yang besar. Dia perlu profesional. Perlu asingkan rasa bersalah dengan tanggungjawab. Dia yakin Kak Mun dan yang lain ada untuk tenangkan Dhia Humaira.

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now