18

5.4K 181 0
                                    

Setelah dia membuat pemeriksaan. Dr.Zahir mendekati Zayyan Mateen.

"She was depressed...Berapa lama dah dia macam ni?"

"Kak Mun cakap dah seminggu..Tapi yang dia mengamuk sakan, baru hari ni.."

"Apa dah jadi ni Mateen? Siapa dia ni? Mana kau jumpa dia?" Bertubi-tubi soalan yang Dr.Zahir berikan. Selaku doktor peribadi Zayyan Mateen. Zahir tak pernah nampak lagi perempuan ini di rumah agam ini.

"Apa aku kena buat sekarang? Ubat apa dia kena ambil?"Zayyan Mateen ambil keputusan untuk tidak menceritakan hal yang terjadi.

"Tekanan yang dia hadapi terlalu tinggi... Buat masa sekarang, kita kena approach dia dengan perlahan-lahan... Don't preasure her too hard...Esok aku bagi ubat yang dia kena makan, Malam ni aku suntik ubat penenang dulu...."

Zayyan Mateen angguk mengerti.

"Thanks...Maaf kalau kacau kerja kau.."

"No problem, dah memang tugas aku.... Apa-apa hal call aku balik...."Dr.Zahir menepuk bahu Zayyan Mateen dan berlalu keluar dari bilik itu.

Zayyan Mateen memandang susuk yang sedang lemah terbaring itu. Rasa bersalahnya semakin menebal.

'Maafkan aku....'Kemudian dia pula melangkah keluar dari bilik itu.

......

"Kenapa Kak Mun tak call saya? Kan saya kata, apa-apa hal call saya?"Nada tegas dilontar kepada Kak Mun.

"Ma..Maafkan Kak Mun tuan...Kak Mun tak sangka Dhia akan bertindak macam ni.."Kak Mun menunduk.

Zayyan Mateen mengurut pelipisnya. Nak marah beria pun tak guna, benda dah jadi.

"Selepas ini, tolong update saya... Dahlah, Kak Mun boleh balik..."Nada yang tegas tadi kendur kembali.

.....

Dari tadi dia berdiri disitu merenung ke luar tingkap. Entah apa yang menarik pandangannya di pagi hari itu. Sejak menjalani rawatan susulan. Dia sekarang sudah semakin sembuh. Terima kasih kepada Dr. Zahir, Tuan Mateen, Kak Mun dan seluruh pekerja di dalam rumah ini.

Bila difikir balik, perkara yang dia buat memang susah untuk dihadam. Nyaris dia nak meragut nyawanya sendiri jikalau tidak Tuan Zayyan Mateen yang menghalang. Mengalir air matanya mengenang kejadian tersebut.

Tok! Tok!

Bunyi ketukan membuatkan dia berpaling ke arah pintu.

"Dhia? Tuan nak jumpa dekat laman depan.."

"Baik Kak Mun.."Dia bersiap ala kadar. Tudung sarung digapai lalu dipakai.

.......

"Ikut aku!"Ujar Zayyan Mateen sambil berjalan ke arah kereta.

Dhia Humaira seakan trauma mendengar dan melihat kelakuan Zayyan Mateen itu. Segera dia menggeleng. Baru sahaja dia nak berundur pergi, Zayyan Mateen bersuara.

"Aku takkan hantar kau ke sana Humaira. Aku nak bawa kau ke satu tempat...Percaya dengan aku.."

Masih teragak-agak Dhia Humaira dengan kata-kata lelaki itu.

"Aku janji Humaira... Jom!"

Beberapa minit dia berdiri merenung lelaki itu, setapak demi setapak dia mendekati kereta yang dinaiki oleh Zayyan Mateen.

.......

Mereka baru sahaja turun dari kereta, terus tubuh Zayyan Mateen diserbu dan dipeluk oleh seorang kanak-kanak lelaki.

"Abang Yan...! Rindunya.. Kenapa abang lama tak datang sini?" Ujar kanak-kanak lelaki bernama Afif.

Kepala Afif digosok Zayyan Mateen.

"Maaf... Abang ada banyak kerja..."

"Afif, ajak Abang Yan masuk...."Tegur stau suara wanita.

"Assalamualaikum umi.."Ucap Zayyan Mateen sambil tunduk hormat. Dhia Humaira tunduk menyalami tangan wanita itu.

"Waalaikumusalam.. Masuk Yan, ajak kawan tu masuk sekali." Kawan yang dimaksudkan Puan Jariah itu ialah Dhia Humaira.

"Jom masuk.."Ajak Zayyan Mateen. Afif yang berada disebelah dari tadi erat menggengam tangan kanan miliknya.

.....
TBC
.....

THB [Treat Her Better]Where stories live. Discover now