"Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya. Pagi ini kita bertuah menerima seorang staf baru yang akan menjadi ketua anda semua di pejabat ini." ucapan pembukaan CEO tempat aku mencari sesuap nasi.
"Saya perkenalkan.. Puan Nurain Azimah.. tapi dia dah berkahwin ya. Jangan sapa-sapa nak mengatal. Ingat semua!.. dan awak!.. Nurain, kalau ada yang cuba masuk jarum.. awak report terus pada saya.. tahu laa nasib dia nanti.." sambung Tuan Halim.
Suatu pagi pada bulan Januari 2009. CEO syarikat audit yang aku bekerja datang bersama seorang wanita yang sekali pandang amat menarik minatku.
Seorang wanita yang aku lihat sangat berketrampilan. Dia hanya berbaju kurung berbunga halus dan ditambah dengan blazer coklat. Kulitnya putih bersih.. Dan bertudung..
"Alangkah bahagianya dapat Boss yang cantik putih gebu nih. Semangat skit nak mai gheja. Harap-harap tu tak laa chengei (garang) macam Boss sebelum nih.." aku bermonolog sendirian.
Boss baru itu diiringi oleh CEO untuk berkenalan dengan aku dan rakan-rakan yang lain. Bagi yang wanita, ada yang memeluk cium dan ada yang hanya berjabat tangan. Bagi kami kaum adam, jangan harap laa.. CEO kami tu seorang yang alim dan sangat menjaga suasana islamik semasa di pejabat.
Tidak ramai pekerja wanita yang berbangsa asing bekerja di pejabatku. Mungkin tidak tahan dengan peraturannya. Tuan Halim amat tegas terutamanya hal-hal berkaitan dengan disiplin, tingkah laku dan cara berpakaian.
"Am!.. Apa yang kau mengelamun tu? Nih kenalkan Puan Nurain Azimah.." teguran Tuan Halim menyedarkanku dari lamunan.
Akibat terkejut, aku terus menghulurkan tanganku untuk berjabat tangan. Sekali lagi aku dikejutkan dengan tepisan tangan Tuan Halim.
"Jangan cuba-cuba!. Jaga kelakuan awak tu. Jangan sampai saya panggil isteri awak ke pejabat ini!" tegas Tuan Halim. Lagaknya seperti seorang Guru Disiplin.
"Tapi tuan.. Saya belum..." balasku cuba membela diri.
Aku tersipu malu. Mukaku terasa tebal dan merah. Tapi aku perlu segera betulkan kesalahan kenyataan CEO aku tadi. Bila masanya aku berkahwin.
"Addoooiiiiii.. potong stim laa orang tua nih." aku merungut dalam hati.
"Assalamualaikum puan. Saya Amir Amsyar. Panggil Am pun dah ok. Jangan panggil Padang Mahsyar sudah laa yer puan.. takut orang tak berani nak dekat pulak sat gi.." aku berseloroh.
Puan Nurain tertawa.
Tuan Halim menjegil matanya.
Rakan-rakan hanya mampu tersenyum."Che Am ni memang suka buat lawak. Sunyi kami kalau dia tak dak. Dan... sebenarnya dia belum pernah berkahwin. Still solo and available." celah kak Zah.
Kak Zah merupakan seorang staf senior di pejabatku yang juga merupakan seorang janda yang tidak mempunyai anak. Suaminya meninggal dunia 3 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.
"Thanks akak.. nanti saya belanja KFC naa." balasku lega dengan kenyataan yang menyelamatkan aku.
Kak Zah menunjukkan double thumbs-up kepadaku.
"It's Okey.. Saya suka.." balas Puan Ain.
Tuan Halim terus mengiringi Puan Nurain berkenalan dengan semua staf di pejabatku yang hanya memiliki kakitangan tidak sampai 20 orang kesemuanya.
Sesi perkenalan diakhiri dengan jamuan makan yang semestinya ditaja oleh CEO sendiri.
.........................
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.