"Mei Ling.. besok you tunggu di rumah you.. dalam jam 9.30 pagi, I sampai, ok?" pesan En Fadzil sebelum pulang ke rumahnya.
"Ok boss!" jawabku.
Akhirnya aku akur untuk menemaninya ke Sabah untuk menghadiri kenduri salah seorang client syarikat kami dan juga kawan kepada bossku. Aku juga terasa cukup berdebar dengan percutian kali ini. Percutian yang bukannya atas dasar kerja, tetapi.. memang benar-benar bercuti.
........................................
"Milah.. Milah jaga diri ya semasa di sana nanti. Ibu risau laa.. 4 malam kan Milah tinggalkan ibu?" bicara ibu membuatkan aku terasa sebak mendengarnya.
"Ya bu.. 4 malam ja.. Ibu jangan laa risau.. Milah ok.. lagipun kan Milah pergi dengan boss Milah.. Ibu pun kenal dia kan?" jawabku.
"Ya laa.. tapi kamu tu perempuan.. mesti jaga tingkah laku.. mesti jaga maruah." sambungnya yang tidak lekang dengan nasihat dan peringatan.
Aku dapat rasakan hubunganku dengan En Fadzil (Friends with benefits) dapat dihidu oleh ibu. Tetapi.. selagi aku tidak memeluk agama islam, dia hanya mampu menasihatiku sahaja. Mungkin dia sudah dapat merasakan yang aku telahpun terlanjur dengan bossku. Tetapi dia tidak marah membabi buta, sebaliknya dia sering memberi nasihat-nasihat yang berguna dan sering berdoa agar aku dikurniakan Nur Islam.. agar aku boleh menjadi insan yang lebih berguna kepada agama dan negara.
Begitulah indahnya Islam, umatnya saling ingat mengingati walaupun bukan seagama dengan mereka. Keperibadian ibu juga memang menjadi idolaku sejak dari kecil lagi. Aku juga sering berharap agar aku bakal bertemu jodoh dengan insan yang boleh mengajar dan menunjukkan kepadaku jalan yang lurus. Jalan yang diredhai-Nya. Hanya masa yang akan menentukan.
Ketika itu, aku berbual kosong bersama ibu sementara menunggu ketibaan En Fadzil menjemputku untuk ke lapangan terbang. Dan seperti yang dijanjikan, En Fadzil tiba awal 5 minit sebelum pukul 9.30 pagi. Dia yang tahu aku amat menitik berat tentang pengurusan masa, tidak mahu dipersalahkan jika kami terlewat.
Kami tiba di KLIA2 pada jam 10.30 pagi. Selepas selesai urusan check-in, En Fadzil mengajakku untuk bersarapan terlebih dahulu. Sambil bersarapan, kami berbual tentang tentatif percutian selama 5 hari 4 malam di Sabah nanti.
"Apa yang perlu kita buat nanti Boss?" tanyaku merujuk kepada kenduri yang akan kami hadiri.
"Tak perlu buat apa-apa pun.. just tunjuk muka saja.. and may be attend family dinner Dato' Razif tu saja." balas En Fadzil.
"So.. memang betul-betul bercuti laa kita di Sabah ni." balasku.
En Fadzil mengangguk sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dia merenung tajam ke dalam mataku sebaik sahaja keduanya bertembung. Renungan yang sepertinya mempunyai maksud yang tersirat yang hendak disampaikan kepadaku.
........................................
3.40 petang
En Fadzil menyuruhku menunggunya sementara dia menunggu bagasi kami. Tidak lama kemudian, dia datang menghampiriku bersama 2 beg pakaian kami. Kami berjalan menuju ke ruang menunggu ketibaan. Seperti yang diduga, sudah ada pemandu Dato' Razif yang menunggu kami. Ternyata hubungan antara En Fadzil dan Dato' Razif cukup rapat.
Setelah mengharungi hampir sejam tiga puluh minit, kami tiba di Semporna dari Lapangan Terbang Tawau. Kami di bawa terus ke hotel yang telah ditempah oleh Dato' Razif di Semporna. Tidak kuduga hanya sebilik sahaja ditempahnya. Namun aku mengikuti En Fadzil ke bilik tanpa sebarang bantahan.
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.