BAB 24 : BERJANJI

2K 35 2
                                    

Aku kembali bertugas seperti biasa. Kenanganku bersama dengan En Fadzil disimpan dalam memory disk dalam kotak mindaku. Ingatanku hanya tertumpu kepada janji-janji yang telah dilafazkan oleh bossku semasa kami bercuti di Negeri Dibawah Bayu.

Aku juga langsung tidak menceritakan kepada ibu tentang apa yang telah berlaku di sana walaupun ibu sering bertanya mengenainya. Aku cuma ceritakan tentang Majlis Kenduri anak kepada Dato' Razif yang merupakan sahabat kepada bossku. Aku ceritakan tentang persiapan dan keadaan semasa majlis itu berlangsung sahaja. Aku tahu, ibu meraguiku.

Tugas seharianku berlangsung tanpa sebarang perubahan. Kekal seperti sebelum ini. Staf-staf di pejabatku juga tiada langsung yang mempersoalkan percutianku bersama En Fadzil. En Fadzil juga tidak pernah mengungkit apa yang telah berlaku di Mabul.

Masa berlalu begitu pantas. Aku tidak lagi mampu untuk memendam perasaan bersalahku pada Kak Ayu. Kini aku bertekad untuk menjarakkan diriku dengan En Fadzil. Aku nekad untuk berhenti kerja di syarikatnya dan mencari kerja yang lain pula. Dalam diam aku melakukannya tanpa pengetahuan bossku.

Hari ini hari ahad. Seharian aku di rumah. Tidur.. Bangun.. Makan.. Sembang-sembang dengan ibu.. Tengok tv.. Tidur.. Bangun.. Makan.. Lepak dalam bilik sambil merenung masa depanku. Di tanganku ada sepucuk surat yang amat penting bagiku. Aku memegang surat peletakan jawatanku untuk dimasukkan ke dalam sampul.

Terkenang perjanjianku di Mabul semasa bercuti bersama dengan bossku. Aku merenung siling.....

... Petang itu selepas bersnorkeling, kami kembali ke bilik dan bersiap untuk dinner. Setelah lengkap menyalin pakaian, kami terus menuju ke tempat makan. Sekembalinya kami ke dalam bilik, En Fadzil menerima panggilan daripada isterinya.. aku mengambil kesempatan itu utk menelefon ibu.

"You call sapa tadi?" tanya En Fadzil kepadaku sebaik sahaja aku menamatkan panggilan semasa dia masuk kembali ke dalam bilik.

"Ibu.. Dia kirim salam kat you. Nasib baik dia tak dengar suara you tadi.. kalau tidak, kantoi kita!" jawabku lembut tetapi sedikit tegas.

"Wa'alaikum salam.. nasib baik lagi kan.." jawabnya seakan menyesal dengan tegurannya tadi.

"Kak Ayu call you ke tadi? Apa dia kata?" tanyaku kembalinya.

"Ya.. dia cerita anak I jatuh tadi.. mujur luka sikit je.. tak teruk." balas En Fadzil.

"Dia tak tanya pasal kita.. atau pasal I ke?" tanyaku lagi.

"Ada laa juga.. tapi.. I bagitau dia kita tidur bilik berasingan. Hihihihi.." balasnya.

Begitulah sikap casanovanya yang telah sebati dengan dirinya. Aku langsung tidak mempersoalkan alasan yang telah diberikan kepada isterinya. En Fadzil terus menyusun ayat-ayat powernya yang secara tidak langsung merebus perasaanku.

"Maafkan I Mei Ling.. I benar-benar sukakan you.. tapi.. I tak rela untuk menyakiti hati dan perasaan sahabat I itu. Untuk percutian kita kali ini.. biarlah kita bercuti.. yang benar-benar bercuti.. biarlah percutian kita ini menjadi honeymoon antara kita.. selepas percutian ini.. kita akan kekal sebagai majikan dan pekerja seperti biasa.. dan I berjanji.. tiada lagi hubungan batin antara I dengan you.. janji!" panjang lebar penjelasan dan janji En Fadzil kepadaku.

Aku tidak mampu untuk membantah kata-katanya itu. Otakku ligat mencari jalan agar dia benar-benar mengotakan janjinya sebaik sahaja kami pulang daripada percutian kami kali ini.

Aku juga telah berjanji kepada diriku sendiri, andai kata En Fadzil tidak menepati janjinya.. aku akan berhenti kerja daripada syarikatnya. Aku tidak lagi mampu menanggung rasa bersalahku pada Kak Ayu. Aku benar-benar bertekad, namun aku pendamkan terlebih dahulu ikrarku itu.

SELAGI MAMPU KUMELANGKAHWhere stories live. Discover now