"Ibu!.. Ibu!.." jeritku sambil berlari-lari mencari Ibu.
Aku mencari ibu setelah aku menerima sepucuk Surat Tawaran Bekerja dari sebuah syarikat. Resume yang telah aku hantar kepada berpuluh syarikat, akhirnya menerima balasan yang menggembirakan hatiku. Hanya ibu sahaja yang selalu mendengar keluhan hatiku. Tetapi dimanakah dia sekarang? Aku terus menggeledah ke seluruh pelosok rumahku tetapi tidak juga aku menemui kelibatnya. Aku kembali membelek surat tersebut.
"Ibu!.. Ibu dimana?" aku masih lagi terjerit-jerit.
Aku terus mencarinya. Tiada sesiapapun di dalam rumahku. Kedua orang tua dan adikku tiada di rumah, mereka telah berhijrah ke Australia dan menetap di sana. Tinggallah aku dan Ibu yang menjaga rumah kami. Ibu adalah segala-galanya buatku.
Aku terus mencari dan mencari. Kepada Ibu sahaja tempat aku meluahkan segalanya. Samada baik atau buruk, Ibu lah tempat aku berkongsi luahan hatiku. Setiap bilik.. setiap ruang aku mencarinya.
Akhirnya aku menemui ibu yang sedang menyidai pakaian yang baru selesai dibasuhnya. Aku terus menghampiri dan memeluknya. Dengan perasaan gembira aku menunjukkan surat tersebut kepadanya. Dia kelihatan sangat gembira. Air matanya tidak lagi dapat dibendung mengalir membasahi pipinya.
"Alhamdullillah.. Syukur pada-Nya." luah Ibu.
Begitulah saat awal aku berkongsi kegembiraan menerima tawaran bekerja, setelah hampir setahun aku menamatkan pengajianku. Hanya Ibu yang akan menemaniku di majlis konvoku nanti.
Terlintas juga kenanganku bersama Abang Amir. Aku tetap menanti kemunculannya. Kelibatnya juga tidak kelihatan pada majlis konvo batch dia. Entah mengapa dia tidak dapat hadir pada majlis tersebut. Namun, ia tidak mematahkan semangatku untuk terus menanti.
Kini.. sudah tiba saatnya aku melangkah ke alam yang baru buat diriku. Aku perlu menghadiri temuduga akhir sebelum aku memulakan kehidupanku yang baru itu.
"Ibu teman Milah nanti ya.. Milah takut.. tapi kalau ada Ibu.. Milah akan jadi kuat." aku mengajak Ibu.
"In Shaa Allah.. Ibu tahu Milah kuat.. nanti Ibu temankan.. mana tahu.. kalau-kalau ada kerja kosong di situ.. boleh ibu kerja sekali dengan Milah." balas Ibu berjenaka.
"Ibu tak perlu nak kerja.. Ibu tinggal saja di rumah kita ni. Biar Milah yang cari nafkah untuk kita.." balasku.
Aku dapat rasakan yang Ibu akan kesunyian apabila aku mula bekerjaya. Pasti dia risau, aku akan melupakannya kerana sibuk dengan tugasan seharianku nanti. Namun.. aku akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku. Dan tempat kerja yang bakal aku berkhidmat ini pun tidak jauh daripada rumahku.
"Ibu jangan lah risau.. Milah akan sentiasa ada bersama Ibu." janjiku padanya.
........................................
Aku tiba di perkarangan syarikat tersebut lalu mencari parkir. Memang rezekiku apabila terdapat sebuah kereta yang ingin keluar, lalu aku terus memarkirkan keretaku menggantikan keretanya.
Aku menoleh ke arah ibu yang sedang menadah tangannya berdoa kepada Tuhan, dan aku pasti doa itu ditujukan kepadaku. Aku turut mengaminkan doanya sebaik sahaja dia menyapukan tangan ke mukanya.
Kami keluar dari kereta dan terus menaiki tangga dan memasuki ruang pejabat syarikat berkenaan. Seorang gadis menyambut kedatangan kami dan mempelawa Ibu duduk di tempat menunggu, dan aku di minta ke meja pendaftaran.
"Saya Mei Ling. Saya telah diminta untuk hadir ke temuduga akhir di syarikat ini. Jika mengikut surat ini, temuduga yang dimaksudkan adalah pada hari ini jam 10 pagi." aku memperkenalkan diri di meja kerani yang terletak di hadapan pejabat syarikat tersebut.
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.