BAB 4 : BUKU BARU

5.7K 80 4
                                    

Hubungan antara Amir Amsyar dan Nurain Azimah semakin hari semakin rapat. Ke mana saja berdua. Daripada tidak disedari hinggalah ada yang bertanya.

Namun ungkapan 'hanya berkawan' sering terkeluar dari mulut mereka. Walaupun pada hakikatnya telah berulang kali mereka melayari bahtera bila ada kesempatan.

Pernah juga mereka dengan sengaja memohon kursus yang sama agar dapat keluar dari ruang lingkup pejabat serta jauh dari pandangan mata rakan sepejabat.

Bilik hotel ditempah berasingan..
Tetapi bila malam menjelang..
Pasti satu bilik akan kekosongan..

Di antara Amir dan Nurain sudah tiada rahsia lagi. Hubungan ini akhirnya dapat dihidu juga oleh suami Ain.

Berlakulah pertengkaran sesama mereka. Adakalanya Nurain terpaksa mengambil MC untuk mengelakkan hubungan rumahtangganya terbongkar. Namun, segalanya akan diluahkannya hanya pada Amir.

........................................

Di suatu petang semasa pulang dari kerja.

"Bro.. jumpa aku di *******. Aku tunggu kau. Make sure kau datang!" aku terima mesej di telefonku. Mesej daripada Azhar..

"Baik!" balasku.

"Pasai apa pulak laki dia nak jumpa aku ni? Sure perang besaq dah semalam nih.." bisikku dalam hati selepas membalas mesejnya.

Kejantananku rasa tercabar. Aku terus memandu keretaku ke tempat yang telah ditetapkan oleh Azhar. Satu kawasan berhampiran sebuah tasik yang boleh dikatakan agak sunyi. Hanya akan terdapat beberapa individu sahaja yang berjoging di situ.

Setibanya aku di lokasi yang dimaksudkan,
Azhar sedang menunggu sambil menghisap rokok. Aku menuju ke arahnya selepas memakir keretaku di tempat yang telah disediakan.

"Assalamualaikum.." sapaku menghormatinya.

"Kau mesti tahu sebab apa aku nak jumpa kau bro.. So.. Aku mahukan penjelasan.." bentak Azhar tanpa menjawab salamku terlebih dahulu.

Azhar terus kepada intipati perjumpaan kami pada petang itu dengan suara yang agak tinggi.

"Awat.. pasai apa?.. Hang yang nak jumpa aku.. Dah tu dok tanya pulak kat aku pasai apa?" balasku agak kurang senang dengannya.

"Kau memang ada affair dengan bini aku selama nih kan? Dah berapa lama? Sampai tahap mana hubungan korang? Cakap!" soalan bertalu-talu daripada Azhar.

"Macam biasa.. time kerja.. dia boss, aku kuli. Lepas waktu kerja.. kami sekadar berkawan.." jawabku acuh tak acuh.

Rasa meluat nak melayan orang biadap macam tu. Aku lihat mukanya semakin merah. Dia menghampiriku. Jari jemarinya digenggam kemas. Mungkin hendak menyerangku.

Aku bersedia..

Apabila dekat sahaja denganku. Azhar menghayun penumbuknya ke arahku. Aku yang ada laa sikit belajar silat masa zaman remajaku dahulu berjaya mengelak.

Azhar terus menghayun sekali lagi.

Kali ini aku berjaya menepis, menangkap dan mengunci pergerakkannya itu. Azhar tidak dapat bergerak. Dia tidak dapat melakukan apa-apa.

"Arrggghhhh.. Hei mangkuk! Lepaskan aku sial!!" jerkahnya.

Beberapa orang yang sedang berjoging terlihat berhenti dan menyaksikan apa yang sedang berlaku antara kami.

"Boleh! Tapi guna laa dulu akai hang tu. Jangan dok serang orang tak tentu hala. Nih bukan bini hang yang boleh hang bedik ikut suka hati." aku melepaskannya perlahan-lahan dan penuh berhati-hati.

SELAGI MAMPU KUMELANGKAHWhere stories live. Discover now