"Mate!.. Mate dah siap blom?" terdengar laungan Kamal dari bawah.
"Breakfast dulu.. kita nak kena gerak dah nih.." sambung Kamal.
"Ok mate.. dah nak turun dah nih.." balasku.
Aku mencapai bag kerjaku lalu turun mendapatkan Kamal dan Watie. Watie yang telah lengkap bertudung. Aku melihatnya dengan penuh kekaguman.. sungguh ayu.. manis.. kiut. Sememangnya perwatakan idamanku. Aku pandang Kamal. Aku pandang Watie. Mereka berdua tersenyum melihat kelakuku itu.
"Heeyyyy!!.. Awat mate ngan Watie dok tersengeh kat ana nih?" tegurku.
Aku pasti Watie telah menceritakan kepada Kamal tentang apa yang telah terjadi sebentar tadi. Aku terus menghampiri mereka dan duduk menjamah nasi lemak yang telah Watie sediakan.
"Ntah!!" jawab Kamal dan Watie serentak
........................................
"Mate.. petang nih mate balik dengan Watie.. ana mungkin lewat sikit petang nih.." Kamal memberi arahan padaku setibanya di hotel tempat aku bakal berkursus.
"Tapi ana tak dak nombot phone Watie." balasku bingung.. dan berharap Kamal akan memberikannya padaku.
"Mate tunggu ja kat lobi.. nanti Watie akan datang jumpa mate." kata Kamal lalu pergi meninggalkan aku.
........................................
4.15 petang.
Penceramah tidak menunjukkan tanda-tanda seperti mahu berhenti dan masih rancak bercakap. Aku resah gelisah.. sekejap-sekejap melihat telefonku.. sekejap-sekejap melihat jam tanganku.. silih berganti.
"Kau ok ker Amir?.. aku tengok dah macam kucing nak beranak laa pula.." tanya Sham yang duduk disebelahku.
"Hang rasa bila nak abih slot nih?" balasku.
"Nak habis dah tu.." sambung Sham lalu kembali memberi tumpuan ke hadapan.
4.35 petang.
Selesai sahaja slot ceramah, aku berkemas dan terus berlalu pergi. Tanpa menjamah sedikitpun minum petang yang telah disediakan penganjur. Aku meluru ke lif berhampiran.. turun menuju ke lobi hotel.. dan menanti dengan harapan yang tidak pasti.
4.45 petang.
Aku masih setia memerhatikan skrin telefonku. Tiada sebarang panggilan masuk. Tiada juga sebarang pesanan mesej yang kuterima.
4.48 petang.
Aku bangun dari sofa empuk menuju ke pintu utama lobi hotel.. aku melangkah keluar dari lobi. Aku perhatikan sekitarnya.. tidak kutemui apa yang kucari.. tidak terlintas bayang yang kutunggu.
Aku resah.. dan tidak tentu arah..
"Apa kena dengan hang nih Amir?" aku terus bermonolog sendirian.
4.50 petang.
Aku kembali duduk di sofa di lobi..
Menanti..
dan terus menanti..
Aku berdiri..
Aku duduk kembali..
Aku berdiri..
Jalan ke hulu ke hilir..4.53 petang.
Trut.. Truuttt..
"Abang Am ok ka?" whatsApp daripada nombor yang tiada dalam senarai contact list aku.. tetapi aku pasti, ia mesej daripada Watie.
"Abang Am ok.. Watie kat mana?" balasku.
Aku yakin ia sememangnya mesej daripada Watie. Aku memandang ke sekeliling sambil berlagak tenang.
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.