Aku menggosok tubuh Izzati.. Izzati menggosok tubuhku.. kami saling meraba dan meramas.. tetapi tidak sampai meningkatkan berahi kami semula.
Selesai mandi, aku mengelap tubuh Izzati.. dan Izzati mengeringkan tubuhku.
Selesai Izzati solat maghrib, kami turun ke bawah.. Ibu sedang menyediakan makan malam.
"Mari tolong Ibu.. Kamu berdua buat apa di atas lama sangat tu?" Ibu bersuara setelah menyedari kehadiran kami berdua di dapur.
"Apa lagi Ibu.. bergosip laa." balasku segera cuba menyembunyikan apa yang berlaku antara aku dan Izzati sebentar tadi.
Selesai makan malam.. kami menonton TV bersama.
"Ibu.. Milah nak bawa Zati keluar jap.. nak cari apa yang patut untuk di bawa balik ke asrama besok.." Aku meminta izin Ibu dan Izzati mengangguk setuju.
"Pergilah.. tapi jaga diri.. kamu tu anak dara. Keluar malam-malam ni akan ada mata yang memandang.. hati-hati tau.." pesan Ibu.
"Baik Ibu.. Milah janji balik awal. Jom Zati.." balasku lalu kami berdua terus berlalu pergi.
Aku membawa Izzati ke Mall yang sering menjadi tumpuan ramai. Mencari keperluan sambil mencuci mata. Sebelum pulang ke rumah. Kami singgah di satu restoran fastfood kesukaan ramai. Kami melepak seketika sambil bercerita pelbagai perkara.
"Mei Ling.. Aku tahu ada persoalan yang bermain di fikiran kau.. aku akan ceritakan juga nanti. Kita kan dah berstatus 'sahabat'.. aku tahu dan aku yakin kau akan menyimpan rahsiaku. Aku percayakan kau. Walaupun kita baru mengenali satu sama lain.." janji Izzati padaku.
"You can keep your trust on me beb." janjiku kembali kepadanya.
Selesai makan dan melepak, kami pulang ke rumah. Semasa di dalam kereta, keadaan sunyi.. tak banyak kami bicarakan. Kami disambut Ibu sebaik sahaja kami tiba di rumahku.
"Ibu belum tidur lagi?" sapaku sebaik sahaja Ibu membuka pintu.
"Macam mana nak tidur. Cuba kamu lihat jam.. dah pukul berapa sekarang?" balas Ibu.
"Maafkan Milah Ibu.. kami singgah sekejap minum-minum dulu tadi.." balasku sambil kupeluk tubuh Ibu.
Aku tahu itu kelemahannya. Dari kecil lagi, Ibu akan berhenti memarahiku apabila tubuhnya dipeluk.
"Dah!.. Pergi salin pakaian dan tidur.. dah pukul 12 dah ni.." arah Ibu kepada kami.
Aku dan Izzati membawa barang yang telah dibeli tadi naik ke atas. Selesai menyalin pakaian.. kami duduk mengemas kain baju dan keperluan yang telah dibeli tadi. Kami menyambung bicara kami.. sehinggalah..
"Zati.. kau pernah ada boyfriend?" tanyaku menukar tajuk yang menjurus kepada rahsia dirinya.
"Tak pernah.." balasnya ringkas..
"Tappiiiiiii.." Izzati cuba menyambung bicaranya.
Aku diam.. menanti ceritanya dengan sabar. Agak lama juga ianya terhenti.
"Tapi.. aku bukan lagi dara. Mahkota yang aku jaga telah diragut oleh bapa saudaraku sendiri.." sambungnya.
Aku terdiam.. tidak mahu menyampuk dan tidak mahu menukar mood Izzati ketika itu.
"Dia telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak masa itu. Anak dia yang umurnya 4 tahun ketika itu sangat rapat dengan aku.." Izzati mula bercerita sambil mengemas barang keperluannya.
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.