Membesar dalam keluarga yang mewah memang sesuatu yang sangat menggembirakan.. apa sahaja yang diimpikan, pasti menjadi kenyataan tanpa menghadapi sebarang masalah.
Wang ringgit mengalir seperti air di terusan. Barang-barang yang berharga dari dalam mahupun luar negara menjadi mainan.. dari segi pakaian, kasut, assesori dan sebagainya sudah tidak daya untuk disenaraikan namanya.
Namun.. dalam kemewahan itu, hanya satu yang sukar untuk dikecapi walaupun ianya dibayar dengan jutaan ringgit sekalipun.. ianya terlalu sukar untuk aku mendapatkannya. Sesuatu yang sangat aku dambakan iaitu kasih sayang..
1998 merupakan tahun akhirku di sekolah menengah dan bererti tahun ini juga merupakan tahun yang amat penting bagiku untuk menghadapi SPM. Satu ujian yang bakal menentukan halatujuku di masa hadapan.
Namun terlalu sukar untuk aku menghadapinya tanpa sokongan kasih sayang daripada Papa dan Mama. Apa yang mereka tahu hanyalah melambakkan wang ringgit demi kebahagiaanku.
Setiap hari Papa dan Mama akan hilang pada awal pagi dan pulangnya sehingga lewat malam.. kadang kala tidak pulang hingga beberapa hari dan ada kalanya hingga seminggu lamanya.
Selama ini, aku hanya dibelai dan diberi kasih sayang oleh orang gajiku. Kak Ton, walaupun hanya orang gaji tetapi aku mengganggapnya seperti seorang ibu yang tidak pernah penat menjagaku.
Dialah tempat aku mencurahkan segala rahsia hidupku. Walaupun kami berlainan bangsa dan agama, Kak Ton tidak pernah rasa terasing disebabkan Papa dan Mamaku tidak pernah menghalang apa jua yang hendak dilakukan Kak Ton.
Papa dan Mamaku berasal dari Melaka lebih senonim dengan Baba dan Nyonya Melaka, manakala Kak Ton pula adalah jiran keluarga Mama di Melaka.
Selepas Papa dan Mama berkahwin, mereka pindah ke Kuala Lumpur menjalankan perniagaan di sini.
Aku dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1981.. namaku Mei Ling.. dan Kak Ton yang kuanggap seperti ibu telah pun berusia 42 tahun sebaya dengan Mamaku dan muda 3 tahun daripada Papaku.
Setelah tamat persekolahanku di sekolah menengah, dengan berbekalkan keputusan SPM yang tidak begitu memberangsangkan.. aku melanjutkan pelajaranku di sebuah kolej swasta.
Aku mendaftar di Kolej 'X' dengan hanya ditemani Kak Ton. Papa dan Mamaku masih lagi berada di Australia menguruskan hal-hal berkaitan perniagaan Papaku yang semakin berkembang.
Setelah selesai pendaftaran.. aku mengajak Kak Ton minum di Cafe kolej tersebut.
"Sabarlah Jamilah.. bukan kamu tak biasa dengan Papa dan Mama kamu tu. Kesat air mata tu.. nanti budak-budak lelaki tu nampak, jatuh laa saham kamu tu.." pujuk Kak Ton yang sangat mengerti apa yang tersirat di hatiku.
Aku tidak kekok dengan nama yang diberikannya kepadaku. Sejak dari kecil dia menyebutnya, walaupun di hadapan kedua orang tuaku.
"Jamilah ni bererti Cantik.. tengok ini amoi.. banyak cantik oooooo.." masih terngiang-ngiang lagi buat pertama kali ibu memanggilku dengan nama itu semasa usiaku baru menjangkau 7 tahun.
"Ya laa Ibu.. Milah bersyukur adanya ibu.. Milah sayang ibu.. selamanya.." kataku membalas kata-kata memujuknya.
"Dalam masa terdekat ini.. Milah tak dapat nak bersama ibu.. Milah kena stay kat asrama.. nanti ada masa.. Milah akan balik menjenguk ibu.." sambung aku kembali memujuk hatinya yang bakal kesunyian.
"Itu wajib.. Ibu takut tinggal di rumah besar tu sorang-sorang. Kamu memang kena selalu balik jenguk ibu." balas Kak Ton yang telah kematian suaminya 8 tahun yang lalu.
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.