"Kenapa kau juga begitu baik denganku.. Zahir macam sombong.. tapi.. dalam diam dia selalu ambil berat tentang diriku.." menologku sebelum tidur.
Dek kerana telah tertidur petang tadi, mataku tidak mahu terlena. Fikiranku kini tertumpu kepada kebaikan diri bossku yang dalam diam amat mengambil berat tentang diriku.
Dek kerana tidak dapat melelapkan mata, aku bangun dan menuju ke balkoni. Tubuhku dihembus bayu malam, sedangkan telingaku pula disulam dengan deruan ombak yang menghempas pantai.
Aku hanya merenung bulan yang bercahaya. Terasa seperti diri ini telah bertukar menjadi pungguk yang selalu merindui bulan. Aku tidak mampu untuk terbang kepadanya. Hanya mampu merenung.
Dalam keasyikan aku merenung bulan, gegendang telingaku bergetar mendengar pintu sliding di bilik sebelah menggelongsor di atas railnya. Muncullah seorang lelaki yang mula mencuit hati kecilku.
"Jauh merenung.. Ingatkan seseorang ke?" tanya En Fadzil yang turut merenung ke arah renunganku.
"Teringatkan Ibu di rumah." balasku menyembunyikan simpulan yang terikat di hatiku.
"Untunglah Ibu yang ada anak yang selalu ingatkan dia.." balasnya masih kekal dengan pandangan ke arah bulan.
Aku merenung wajah bossku. Handsome. Isteri dia pun cantik. Berduit pula tu En Fadzil ni.. patut la ramai skandal. Aku pula selalu berdoa agar tidak terpalit perasaan suka kepadanya. Cukup laa sekadar hubungan sebagai pekerjanya.
Kali ini kami berbual lebih kepada kehidupan peribadi. Aku yang lebih banyak bertanyakan kepadanya, dengan alasan untuk lebih mengenali diri orang atasanku. Apabila giliran dia yang menyoalku, aku akan cuba melarikan diri dengan mereka cipta pelbagai helah. Namun, aku tahu dia dapat mengetahuinya cuma dia langsung tidak mendesakku.
"Dah laa Mei Ling.. pergi tidur.. besok kan nak bangun awal.. lepas breakfast, kita keluar jumpa client." arahnya.
"Boss masuk laa dulu.. nanti bila mengantuk I masuk tidur.. besok nak I kejutkan you ke tak?" tanyaku sebelum En Fadzil masuk ke biliknya.
"Boleh!.. You jadi wake-up call I.." balasnya.
"Satu lagi.. you tak boleh tidur ni sebab tiada orang yang dodoikan you ke?" sambungnya lagi.
"Ha'ah.." balasku lalu bangun dan masuk ke dalam bilikku kerana malu.
"Addoooiiiiii.. kenapa la aku jawab macam tu. Apa pula yang dia fikirkan nanti. Bukan tujuan aku nak menggoda dia. Tapi kalau dia salah faham, aku yang susah lepas ni.." aku menyesal dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.
Aku berbaring sambil membelek-belek telefonku. Cuba untuk melupakan kejadian sebentar tadi dan berusaha untuk tidur. Aku setkan alarm sebagai back-up jika aku tidak bangun seperti biasa. Dalam keasyikan membelek telefonku.. ia telah berjaya menidurkan aku.
........................................
"Tahniah En Fadzil.." ucapku.
En Fadzil terus datang kepadaku sebaik sahaja selesai menandatangani kontrak yang bernilai RM 1.8 juta. Aku tidak menyangka, dia tidak melupakan aku dengan kejayaan itu. Dia terus menghampiriku sebaik selesai bersalaman dengan orang-orang penting bagi projek ini.
"Tahniah untuk awak juga Mei Ling.. Kejayaan ini bukan kejayaan saya seorang, tetapi kejayaan kita bersama." balasnya.
"Jom kita bersama mereka.." ajaknya.
Aku mengikutinya bercampur dengan beberapa orang kenamaan yang menghadiri majlis tersebut.
"Let's celebrate the agreement that has been sealed. We will have dinner here at 9 tonight. Everyone please don't be absent." laung En Fadzil kepada semua hadirin.
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.