BAB 20 : IMBAS

2.2K 32 6
                                    

"Milah.. dah hampir 3 tahun kamu bekerja di syarikat itu.. nampak gayanya kamu memang suka bekerja di situ?" soal ibu di suatu petang ketika minum petang bersama ibu.

"Suka! Kenapa bu? Milah nampak macam tak suka ka?" balasku sambil menghirup air teh strawberi yang menjadi kegemaranku.

"Bagus lah kalau kamu suka.. ibu cuma risaukan kamu saja." balas Ibu sambil menyuapkan cucur kodok yang dibuatnya.

"So far.. Milah selesa bekerja di situ.. Staf baik.. Boss baik.. kerja pun tak laa teruk sangat.. cuma kena pandai manage masa saja." balasku sambil memeluk ibu di sisiku.

"Ibu bukan apa Milah.. Ibu takut kamu tu tersangkut dengan suami orang. Selalu sangat outstation dengan dia.. atau memang dah tersangkut dah?" soal Ibu.

"Ish! Ibu ni.. tak nak laa Milah." balasku.

"Kamu masih berharap pada Amir?" tanya ibu.

Aku terdiam. Bersetuju dengan soalan Ibu, dan hanya menjawabnya dengan berdiam diri. Seperti kata orang-orang tua.. diam tandanya setuju! Sesungguhnya hati dan jiwaku masih terpaut pada Abang Amir.

Tetapi di manakah dia?

Satu soalan yang masih membelenggu fikiranku.

........................................

Kehidupanku semakin selesa dengan kerjayaku. En Fadzil sangat berpuas hati dengan prestasiku. Dia sering memujiku di hadapan client dan kawan-kawannya. Hubungan kami juga semakin hari semakin rapat. Telah beberapa kali hubungan terlarang kami ulangi, kebiasaannya berlaku semasa kami outstation dan dalam keadaan mabuk tidak sedarkan diri 100%.

Pernah juga kami berbicara tentang perkara itu, tetapi tiada kata putus. Sehinggakan kami bersetuju bahawa hubungan kami sekadar Friends with Benefits. Kami melakukan sex sekadar memenuhi kehendak batin dan tiada boleh wujud perasaan cinta.

Setiap kali keluar outstation bersamanya, aku akan dibekalkannya dengan pil anti kehamilan. Penggunaan pil lebih selamat kerana En Fadzil risau dia tidak menggunakan kondom ketika bersamaku dalam keadaan tanpa sedar itu. Kami langsung tidak pernah melakukan sex semasa kami dalam keadaan sedar.

En Fadzil juga sering membawaku berjumpa dengan isterinya, samada untuk lunch atau dinner sekali. Sering juga dia membawaku ke event-event yang melibatkan keluarganya. Kebiasaannya.. Ibu akan ikut sekali denganku. Ini semua demi satu kepercayaan daripada isterinya dan juga Ibuku.

Ketika itu, kami langsung tidak menunjukkan perasaan Friends with Benefits seperti apa yang telah kami setujui. Lakonan antara majikan dan pekerja benar-benar meyakinkan Kak Ayu dan Ibuku.

Namun.. jauh di sudut hatiku, aku sangat rasa bersalah dengan isterinya. Pernah juga aku utarakan perasaanku itu kepada En Fadzil. En Fadzil selalu meyakinkan aku bahawa dia akan pastikan hubungan ini tidak akan memecah belahkan hubungan antara dia dan isterinya.

Namun.. setiap kali kami outstation, pasti akan terjadi hubungan yang sangat memberikan kepuasan kepada nafsu batinku. Walaupun adakalanya, kami sendiri tidak pasti samada kami melakukannya ataupun tidak. Ada kalanya bila kami sedar di waktu pagi, kami masih berpakaian lengkap walaupun tidur di atas katil yang sama semalaman.

Hubungan antara aku dan En Fadzil sangat aku jaga. Ketika di pejabat, kami tetap dipandang selaku majikan dan Personal Assistantnya. Tiada sebarang syak wasangka langsung di kalangan pekerja yang lain.

Sehinggalah satu hari, ketika aku berada di dalam biliknya.. aku terlihat sebuah album gambar. Album yang langsung tidak aku pedulikan sepanjang 3 tahun bekerja dengannya. Di kesempatan ketiadaannya, aku membelek-belek album tersebut. Setiap helaian diselak dan diperhatikan satu persatu.

SELAGI MAMPU KUMELANGKAHWhere stories live. Discover now