Suasana sunyi.. aku menatapi siling. Mengenangkan trip aku ke KL kali ini yang sangat-sangat memberi kesan padaku. Beberapa moment indah telah tercipta, tetapi moment aku bertemu kembali dengan pujaan hatiku begitu terpahat dalam jiwa ragaku.
Reunion bersama Mei Ling sangat memberi kesan yang mendalam kepada pemikiranku di kala ini. Beberapa perancangan harus aku atur demi masa depanku bersamanya.
"Jauh merenung tu Sayang.." Mei Ling memecahkan fokusku.
"Apa yang direnungkan hingga tembus siling rumah i..?" sambung Mei Ling.
"Assalamualaikum.. Am tengah memikirkan plan and strategy masa depan kita.. menyusun priority step.. mana yang perlu Am lakukan dahulu.." kataku lalu mencium dahinya.
Bibirku terus mencari bibirnya.. morning kiss khas buat kekasihku.
"Wa'alaikum salam.." Mei Ling kembali berbisik padaku.. kami berdua tersenyum.
"Am.. you dah solat?" soalan cepumas Mei Ling kepadaku secara tiba-tiba.
"Eerrrrrrrr..." aku terkantoi.
"Terlajak laa sayang.. letih berperang semalam.." balasku sambil tersenggeh.
"Am.. You know right.. You perlu bimbing I.. I tahu.. kitaaa.... kita bukannya manusia sempurna.. at least.. sekiranya I memeluk Islam.. I tak nak memeluk Islam semata-mata ingin menjadi isterimu.. tetapi.. I memeluk Islam adalah untuk mencari keredhaanNya.." lancar sungguh tutur katanya.
Aku kembali merenung dengan apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku telah menyimpang jauh dari landasan kebenaran. Aku telah abaikan suruhan-Nya.
Walaupun bagiku.. ada masanya aku mungkin tergolong dalam golongan manusia yang baik.. tetapi aku juga mempunyai kehidupan hitamku yang tidak ramai yang mengetahuinya.
"In Shaa Allah sayang.. Am akan masukkan sekali dalam Pelan Tindakan kita tentang isu ini." janjiku separa yakin.
Sememangnya kehidupanku penuh dengan kecelaruan. Ada kalanya aku naif. Ada kalanya pula aku nakal.
"Am janji.. satu hari Am akan tinggalkan semua kehidupan seperti ini.. Am harap.. kita dapat bersama-sama menunaikannya.." sambungku lagi.
"Kak Ain juga sering mengingatkan Am.. sebab itulah dia sanggup bermadu.. agar Am dapat berubah dan tidak lagi membuat perkara maksiat seperti sekarang ini. Naluri seorang isteri.." bertubi-tubi pendapat aku keluarkan demi menutupi kelemahan diriku.
"Mungkin inilah hikmah-Nya. Diturunkan bidadari buat Am.. agar Am dapat betulkan kesalahan dan kesilapan Am.." balasku panjang lebar kepadanya.
"I know .. You really like to have sex. The same goes for me.. but.. one day we have to leave this black life. Loyal to our partner.. faithful to heaven.. Lillahi Ta'ala.." Mei Ling menyambung kata-katanya seperti seorang ustazah.
Tidak kuduga, aku yang sepatutnya menjadi pembimbing tetapi sekarang ini aku pula yang dibimbingnya.
"I promise my dear.. I will make you a catalyst for my change. We change together.." aku berjanji lagi.
Lalu kupeluk Mei Ling. Dia membalasnya. Tidak dengan perasaan berahi. Sebaliknya dengan perasaan yang penuh kasih dan sayang.
"Let's prepare our breakfast. My maid cuti 2 hari.. just for my lovely guest.." kata Mei Ling sambil mencubit pipiku.
"Addoooiiiiii.." aku berpura-pura.. dan kembali tersenyum.
"Jom.. nanti banyak lagi perkara yang hendak kita bicarakan.." lantas aku bangun dari katil.. masih berbogel.
YOU ARE READING
SELAGI MAMPU KUMELANGKAH
RomanceSetiap perjalanan pasti akan ada likunya. Setiap persimpangan harus kupilih, ke kiri mahupun ke kanan. Aku perlu tetapkan hala tuju agar tidak tersasar.